Thursday, November 5, 2009

Baju EX-DMF 06/09 Untuk Tempahan

 Hasil perbincangan antara aku dan sasuke seorang bekas classmeet aku yang sekarang merupakan pelajar kelas BMFR, kami telah bercadang untuk membuat tempahan baju untuk pelajar EX-DMF 06/09. Baju ini ditempah sebagai satu medium yang boleh di jadikan kenangan perhubungan yang terbina di kalangan kita sesama DMF 06/09. Di samping itu, baju ini juga sebagai lambang kita masih lagi mampu bersatu walaupun kita kini sudah berlainan kelas.

 Hasil dari perundingan antara kami berdua satu lakaran baju telah terhasil. Hasil sentuhan tangan sasuke yang sudah terkenal dengan kemahirannya mencipta lakaran baju yang terkenal. Walaubagaimanapun kehebatan beliau, kehebatan itu masih belom mampu dilihat oleh pemilik jenama terkenal seperti giordano, nike, adidas dan sebagainya.

 Perhatian kepada semua warga DMF 06/09. Kami di sini ingin memberi tahu mengenai tembahan baju ini. Harga baju ini adalah RM 20.00 sehelai. Sekiranya ingin membuat tempahan, bayaran pendahuluan perlu di buat sebanyak RM10.00 bagi memudahkan proses penempahan baju. Untuk membuat tempahan, anda diminta memberi keterangan seperti nama yang mudah dikenali, nombor telefon yang mudah dihubungi serta saiz baju yang bersesuaian dengan susuk badan. Sebarang pertukaran saiz selepas proses tempahan dibuat, tidak akan dilayan sama sekali.

 Untuk maklumat anda warga DMF 06/09, tempahan baju ini adalah edisi terhad. Tempahan baju hanya dibuka kepada pemilik kad metrik DMF 06/09 SAHAJA. ORANG LUAR TIDAK DIBENARKAN membuat tempahan dan tempahan untuk ORANG LUAR juga TIDAK DIBENARKAN. Pihak kami tidak akan melayan sebarang rayuan walaupon anda MENAWARKAN HARGA yang TINGGI.

 Tempahan baju ini bukan lah dilakukan pada semestar ini, tetapi ianya dilakukan pada semestar hadapan. Pemberitahuan awal ini adalah bertujuan memudahkan anda dalam proses penyedian wang tempahan. Tempahan juga adalah bebas. Bebas di sini bermaksud, kami tidak memaksa anda untuk menempah, tetapi sekiranya anda berminat anda boleh la membuat tempahan. Untuk tempahan anda boleh lah menghubungi kami di nombor berikut 0136241730(WAN MELAKA) atau 0176439616(SASUKE)

Lakaran Baju :


Contoh


Bahagian Hadapan


Bahagian Belakang

3 comments:

  1. aku sokong..tapi kalau bleh kecikkan skit design blakang tue. sekadar memberi pendapat. tp pape hal aku sokong je. hidup ex-dmf!

    ReplyDelete
  2. Dsign nie saiz A3..nie kire antara saiz biase yg slalu ditempah..tp nnt blh la aku bincang ngan sasuke..sbb die dsingner..pape pon tq bg cadangan..

    ReplyDelete