Friday, January 29, 2010

Gunung Lambak Berjaya

 Dah lama rasanya aku tak post apa-apa entry. Kesibukan menghalang aku untuk mengadap blog aku. So pagi ni aku agak free dan keiginan menulis datang balik. Seperti entry sebelum ni, aku ada cerita pasal program gunung lambak, program pertama aku setelah agak lama aku 'senyap'. Syukur program ni berjalan seperti yang dirancang. Target program ni pon berjaya dicapai.

 Pada mulanya penyertaan hanya dibuka kepada 60 orang iaitu 2bas. Tapi penyertaan pada hari pertama promosi dijalankan telah menjangkau lebih dari target sebenar iaitu seramai 73orang. Niat hati nak tolak penyertaan, tapi rasa tak sampai hati pulak, so aku pun terima jela. Target aku dalam program ni adalah aku dapat penyertaan budak baru seramai 40 orang. Syukur, target aku tercapai malah berlebih.

Friday, January 15, 2010

Kembali semula??

 Kembali semula?? Kembali ke mana?? Aku g mana sebelum ni?? Aku tinggalkan apa sebelum ni?? hehe.. Banyaknya persoalan yang nak dijawab. Ok entry kali ni, aku nak cerita kisah aku dan kelab kesayangan aku iaitu KeReX UTeM. Aku dah agak lama tak terlibat dengan sebarang pengurusan kelab ni. Terlampau lama tu tak la. Tapi satu sem juga la aku tinggalkan. Semenjak aku sambung dgree, aku tak pernah lansung berkerja untuk kelab ni. Kenapa ea?? ok tolong ye jangan salah paham. Aku tak kecik hati pun. Aku tak melibatkan diri, sebab banyak benda yang menghalang aku untuk menyertai program-program anjuran KeReX. Mungkin sebab aku sibuk kot sem lepas. Sem lepas aku adalah seorang student yang sangat pasif. Aktiviti aku banyak berlaku dalam bilik. Aktiviti utama aku adalah "kuah lentang", "kuah dada", "kuak paru-pari" dan semua jenis kuak la. Lokasi kuak adalah di atas katil. Hehe. Kalau masa dip dulu, sabtu ahad mesti aku tak ada kat rumah. Tapi sekarang lain beb. Aku lebih banyak masa dalam bilik.

Thursday, January 14, 2010

Permulaan baru kehidupan baru di tahun yang baru

 2009 dah meninggalkan kita. Kita sedia atau tidak 2010 tetap datang jua dan sekarang kita makin serasi bersama 2010. Tahun ini, kehidupan sebagai pelajar aku masih lagi di UTeM dan menginap di Kolej Kediaman Bunga Raya, Pangsapuri Bukit Beruang. Tapi jadual aku sekarang sudah ada perubahan. Makin sibuk dan bertambah sibuk. Semestar lepas aku relax sehabis relax, so sem ni balasan kepada sem lpas yang relex.

Thursday, January 7, 2010

Adik aku yang bongsu dah darjah 1.

 Entry ni aku nak post selasa lepas, tapi memandangkan gambar dari phone aku ada sedikit masalah untuk ditransfer ke PC aku, so niat aku terpaksa di tunda. Sekarang ni aku ngah ada masa free, sambil-sambil menunggu jam melangkah ke no 11, niat nak tulis pasal kisah adik bongsu aku ni datang balik. Nama adik aku ni Muhammad Danial Haikal Bin Abdul Majid. Adik bongsu aku ni umur tahun ni masuk 7tahun. Tahun ni dia masuk la alam sekolah sebenar. Kalau sebelum ni dia hanya bergelar pelajar prasekolah, kata orang tua-tua sekolah makan, so tak dikira sekolah sebenar la. Seperti yang aku bagi tau, dia anak bongsu dalam family aku, so sendiri fikir la betapa manjanya dia. Boleh dikatakan, semua kemahuan dia akan ditunaikan. Kalau korang nak tau, masa dia tadika atau prasekolah, dia bawak duit sekolah RM 1.00. Aku rasa nilai ni besar bagi seorang budak tadika di luar bandar. Aku dulu tak bawak satu sen pon.hehe..Darjah satu pulak dia bawak duit belanja RM2.00 pulak, dah naik darjah, so kena la naik duit belanja.erm....

Kokurikulum : Kelab Kembara

 Sem ni aku terpaksa ambil satu subjek kokurikulum. Dalam sabjek ni aku telah memilih kelab Kembara sebagai kelab kokurikulum aku. Aku pilih kelab ni pasal aku dah ada sedikit background mengenai kembara, so dapat la sedikit sebanyak membantu aku nak score A untuk subjek ni.

 Hari ni aktiviti yang ahli kembara buat adalah belajar mengenai khemah. Lokasinya di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka. Kami belajar apa itu khemah?, Apa fungsi khemah?, Dimana khemah digunakan?, Jenis-jenis khemah dan cara mendiri dan menurunkan khemah. Kami di bahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 10 orang. Setiap kumpulan mempunyai nama yang berlainan. Nama kumpulan aku adalah 'Bongsai Tonggek'. Macam mana boleh dapat nama ni?. Cerita dia cam ni, salah seorang bagi nama bongsai. Tapi En. Saiful, instruktor kami tanya kami balik bongsai apa?. So aku pon terus jawab bongsai tonggek. Nama ni aku amek semperna nama tampat di gunung korbu.

Tuesday, January 5, 2010

Perjuangan Kita Belum Selesai

 Kalau tengok pada tajuk entry kali ni, tajuknya agak ke arah politik. Pagi semalam, time aku tengah layan you tube aku tertarik untuk melayan video clip lagu "anak kecil main api". Sambil-sambil aku melayan lagu ni, jemari aku ligat juga membuka new tab untuk video yang seangkatan dengannya. So tiba lah satu masa, aku terpandang video clip bertajuk "malique ft dr. mahathir - layu". Dari tajuk saja aku sudah tertarik untuk mendengar lagu tu. So aku pun terus layan lagu tu. Lirik yang seakan-akan puisi dalam lagu tu memang menarik minat aku untuk aku share dengan pembaca blog aku ni. Aku rasa puisi tu wajar kita fahamkan dan runungkan bersama-sama bagi setiap bibit-bibit kata. Dalam lagu ni, ada terselit sedikit sajak ciptaan DR Mahathir yang di diklamasikan oleh beliau kitika perhimpunan umno terakhir beliau iaitu pada 23 jun 2001 di PWTC yang berjudul "Melayu Mudah Lupa".

Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010

 Pada semua rakyat malaysia aku nk ucapkan selamat menyambut tahun baru. 2010 telah datang. Aku harap kita sambut dari segi positive site. Pada rakyat Melaka tahniah!!!..Angka 2010 menjadikan kita sebagai negeri maju. Terima kasih pada barisan pemerintah negeri Melaka kerana usaha gigih anda  memberi gelaran gelaran ini. Bagi aku sambutan tahunbaru telah lama aku tinggalkan. Dulu time aku masih 'panas', setiap kali menjelangnya tahun baru, aku dan kawan-kawan moto atau lebih kita kenal sebagai mat rempit bagaikan berpesta. Kesana sini riuh dengan deruman paip moto yang semestinya bunyi kuat gila ditambah pula dengan bunyi hond moto yang macam-macam jenis. Lepas penat pusing singgah kedai minum. Pastu merempit pulak nak balik rumah. Kalau ade road block, terus lari. Tapi erti tahun baru tak pernah aku fikir kan. Itu la zaman aku dulu. Tapi zaman tu dah lama berlalu. Sekadar jadi kenangan.