Tuesday, September 21, 2010

Raya D' Puncak - XPDC Tok Nenek - Yong Yap

 Salam Semua, entry yang lepas aku ada bagi tau yang aku akan ke Perak pada raya ke-6 tapi tak bagi tau sebab. So kali ni aku bagi tau sebab aku ke Perak. Aku ke sana sebab nak pergi join trip gunung. Gunung yang aku naik ni gunung Tok Nenak - Yong Yap. Trip ni dah lama aku nak pergi, tapi banyak sangat halangan. Aku pernah set up trip ni tapi terpaksa batalkan kerana kes orang sesat di gunung Yong Yap. Syukur kali ni aku dapat pergi dan berjaya menyelesaikan trip ni dengan selamat. Dalam trip ni, aku kena tawan 5puncak iaitu puncak Kambing - Tok Nenek - Kayong - Bubu - Yong Yap. Puncak Tok Nenek ni memang lawa. View 360 sememangnya menjanjikan kepuasan kepada pendaki yang berjaya jejakkan kaki di puncak tu. Yong Yap pula merupakan puncak G7 yang belum pernah aku pergi. So Alhamdulilah, dengan jejaknya kaki aku kat puncak Yong Yap, maka khatam la misi G7 aku.

Wednesday, September 15, 2010

Aidilfitri 2010

 Salam lebaran kepada semua. selesai sudah ibadah puasa kita, kini tiba masa kita menyambut kedatangan syawal yang kita nantikan. Sekarang dah pun hari raya yang ke-5. Oleh kerana aku rasa, aku dah tak jalan raya, aku rasa aku nk upload gambar hari raya aku bermula dari raya pertama hingga raya ke-4. Raya tahun ni aku dan keluarga sambut di Melaka. Ahli keluarga aku semua pulang kecuali abang lang aku. Dia raya di kampung isteri dia di Wakaf Baru, Kelantan. Ini la sedikit catitan perjalanan raya aidilfitri 2010 aku.

Raya Pertama :
 Bermula dengan bersiap-siap dengan baju melayu, aku pun pergi ke masjid untuk sembahyang raya. Selesai sembahyang raya aku balik ke rumah, untuk bersarapan pagi. Menu sarapan di pagi raya semestinya ketupat daun palas, nasi impit dan rendang. Selesai sarapan pagi, kami sekeluarga bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Selesai bersalam-salaman, kami pon merakamkan gambar keluarga semperna aidilfitri tahun ini.

Friday, September 3, 2010

Cuti Raya Bermula..

 Salam semua, aku sekarang dah pon mula bercuti selama 2 minggu untuk sambutan hari raya aidilfitri. Semalam test thermo ibarat beban terakhir sebelum menikmati cuti. Cuti raya tahun ni agak meriah, sebab cuti yang agak panjang. Kami akan mula balik sesi pembelajaran pada 19 Sept 2010. Kalau tak salah raya ke-9. So memang sempat la nak raya puas-puas. Rumah aku sekarang, tinggal 3 orang je, lagi 3orang dah balik ke kampung. Pagi tadi kehangatan raya makin terasa, bila kekawan kelas aku yang bukan serumah ngan aku, nak balik ke kelantan. Diorang konvoi berkereta. So sebelum balik, seperti biasa, salam-salam, ucap selamat hari raya, mintak maaf. Serius memang rasa gila bahang raya. So kepada semua, selamat bercuti. Kepada yang pulang ke kampung halaman, elok-elok dalam perjalanan, ingat ada yang menanti kepulangan anda. Kepada yang tak sempat jumpa untuk minta maaf dan ucap selamat hari raya, andai terbaca entry ni, selamat hari raya aku ucapkan, dan maaf ku pohon andai ada tersalah cara terkasar bahasa. Semoga raya tahun ni, anda semua gembira. Ok itu je. Salam semua.

Wednesday, September 1, 2010

Internal Hard Disk 640GB For Sale

Hard Disk Masih Dalam Plastik

Capaciti : 640GB
Model : Sata
Brand : Western Digital
Waranty : 2 Tahun
Condition : Tip Top [10/10]
Caption : Belum pernah pakai, masih dalam plastik
Prize : RM 180
Pos : RM10
COD : Sekitar Melaka
Cantact : 0136241730 (wan)