Monday, May 21, 2012

Drama Bunga-bunga Syurga

Dalam slot Zehra rancangan dibawah TV3 sekarang ada memaparkan drama berjudul BUNGA-BUNGA SYURGA.Kisah secara umumnya berkisar kehidupan serta tanggungjawab terhadap anak-anak yatim.Drama yang banyak memberi ilmu mengenai hukum terhadap anak-anak yatim serta ikhtibar di atas kesilapan yang kita lakukan. Aku nak share 2 OST dalam drama ni.

OST dendangan Jack,Shiela,Ning berjudul SEMUA ISI HATI MU.OST ni pada permulaa drama :


Saturday, May 19, 2012

Hargai kenikmatan itu.

Segala kenikmatan yang ada perlu kita hargai.Kenikmatan itu bukan lah sekadar kemewahan.Tapi kenikmatan yang sebenar adalah hak serta keboleh pancaindera pemberian dari Allah bermula dari kita lahir.Aku ulang lagi sekali pemberian dari Allah.Dia dah bagi kita kena la berterima kasih kepada Nya dengan cara bersyukur tapi bukan sekadar berkata syukur tapi tak ikut apa yang diperintahkan.Itu la yang aku juga buat.Dan aku sedar kenikmatan aku sedikit telah diambil.Syukur yang diambilnya tidak seberat orang lain.Dan aku diberi kesedaran juga dari Nya.Tapi kamu semua tak perlu tunggu kenikmatan kamu di carik baru hendak tergadah.Fikir sendiri.

Tebing Sungai

Salam dan selamat pagi.Syukur kita masih diberi peluang untuk bernafas.

 Satu situasi sekali lagi ingin aku kongsi sebagai renungan.Situasi berada di tebing sungai pasti di depannya adalah sungai.Ketika di situ,keenakkan lebih dari berada di dalam sungai berbanding di atas tebing.Jika dibawa situasi ini ke dalam kehidupan,aku contohkan kehidupan aku.Aku rasa sudah agak lama aku terjun ke dalam sungai.Pada mulanya sekadar di pinggir tebing,kemudian menyusul kehadapan sedikit dan terus lagi ke hadapan.Pastinya keseronokkan yang di hadapan yang aku kejar tanpa sedar tebing jauh dah aku tinggalkan.Menoleh ke belakan,lihat pada tebing yang jauh itu aku rasa malas untuk bertindak ke sana kembali.Keseronokkan ada disini kenapa perlu aku bersusah demi meninggalkan keseronokan.Tapi terlupa pada fakta benar di depan lagi sana ada jeram,ada alur air deras yang bila-bila masa boleh menarik aku hanyut dan terjatuh.Jika berpeluang,mungkin boleh kembali ke tebih selepas hanyut atau terjatuh.Kalau tidak.Keseronokkan berakhir begitu saja.Untung ke?
Masih sempat untuk kita berpatah balik.Walaupun jauh tapi titik selamat ada di situ.Bukan sekadar selamat yang perlu di letak dalam syarat kembali.Tapi perlu kita sedar dari mana kita mula.Aku masih cuba bergerak perlahan menghampiri tebing yang lama aku tinggal.Semoga lelahku ke sana tidak memutuskan semangatku ke sana.Aku mohon untuk cuba sedaya kudrat mencapai tebing itu.Semoga tanganku dapat menyentuh tebing itu.

Friday, May 18, 2012

Konsep yang sama,situasi yang berbeza.

Salam sekian pembaca,

Kali ni,aku nak ke tengahkan satu solan dan jawapannya kita nilai bersama.Soalan ni aku tuju jugak untuk aku umumnya.

Soalan :
"sekiranya kita sedang memandu/menunggang menuju satu destinasi,kita tersesat atau pun tersalah jalan.Pastinya kita dengan segera cuba menjengah,mencari,meneliti semua petunjuk arah yang ada di sekeliling kita.Tujuannya untuk segera mencari jalan lain untuk kembali atau senangnya untuk sampai ke destinasi yang sebenar.Perkara yang sama dalam perjalanan hidup kita yang juga menuju ke satu destinasi.Namun bila kita sedar kita tersalah,mengapa tidak kita segerakan tindakan membetulkan laluan menuju ke destinasi kita yang sebenar?"

Jawapan:
Masing-masing mempunyai jawapannya.aku tak mintak diluahkan atau diterangkan jawapan itu.Sekiranya terlintas atau terfikir jawapannya.kita simpan dan pastinya kita renung jawapan yang kita sendiri beri untuk diri kita.

Thursday, May 17, 2012

Aku Tukang, Kau Tukang, Kita Tukang

Aku nak share sikit satu puisi dari artis yang umumnya kita kenal sebagai pelawak, Sabri Yunus.Aku dengar dia deklamasikan puisi ni di malam puisi riong di utem lebih kurang 2thun 2thun yang lepas.Namun ada 1lagi seloka yang disampaikan oleh dia tapi masih gagal di cari.Yang ni baru jumpa dan aku nak share. Mendalam maksudnya dan perlu kita fikir. Puisi ini berjudul "Aku Tukang, Kau Tukang, Kita Tukang"

Akulah tukang
akulah tukang
akulah tukang
di sini kau tukang.

Aku tukang
kau tukang
aku tukang 
kau tukang.

Kita adalah tukang
tukang karut, tukang picit
tukang belit, tukang kebas
tukang lacur, tukang hibur
tukang hulur, tukang beli.

Tukang ampu
semampu-mampu
mengampu
tukang helang
tiada alah 
bijak mencelah.

~Sabri Yunus~

Siapa Kita?

Mengenal diri kita dengan sebetul kenal.Manusia umumnya sesuatu yang sangat kompleks.Sangat rumit.Personaliti yang mampu berubah bila-bila masa bukan sekadar bergantung kepada persekitaran malah lebih dari yang direncana oleh akal sebaliknya personaliti tu berubah mungkin diri sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa.Berjaya mengenali diri sendiri membuktikan dia telah berjaya menguasai dirinya.Sekiranya itu tercapai.Keuntungannya lumayan mejangkau aset digengaman."musuh kita sebenar adalah diri kita","untuk menjadi hebat,kita perlu memotivasikan diri kita dan menjadi lebih hebat kita perlu melaksanakan apa yang dimotivasikan" dua baris ayat yang membuktikan penguasaan diri adalah yang teratas dari segala kejayaan.Kata yang acap kali di ulangi,dikongsi,dipaparkan di segenap media.Ternyata ayat ini banyak benarnya dan diterima akal yang waras oleh semua lapisan.Namun yang memaparkan adakah mereka sudah mencapai kejayaan tertinggi itu?

Aku bukan menegur kepada mereka yang memaparkan.Sekiranya aku menegur samalah ertinya tindakan aku ini dengan "kata dulang paku serpih".Kerna aku sendiri tidak petah kenal siapa aku sebenar?Masih bertelengku sendiri mencari bagaimana untuk aku kenal?"bagaimana" adalah kata sesuai untuk situasi ini.Tertarik pada baris ayat "cermin diri kita adalah mereka,kerana kita hanya nampak kita tetapi mereka nampak lebih dari kita".Mungkin persepsi masyarakat sekeliling perlu untuk kita kenal siapa kita.Jesteru berfikiran terbuka adalah wajib untuk langkah kita takluk diri kita.Lalu bagaimana pula dengan ayat ini "hanya jauhari mngenal manikam"?.Diri kita adalah apa yang kita tahu.Kalau begitu,mereka tidak perlu dalam misi taklukan ini.

Benarla kita(manusia) adalah perkara rumit.Menyelesaikannya tidak perlu menggunakan teori kejuruteraan,konsep fizik juga formula matematik.Tapi perlu gunakan apa?

Jawapan kita dipengaruhi akal logik dan usia kehidupan.