Thursday, September 13, 2012

Awak bukan sakit kaki,tapi saraf awak bermasalah.

 Hari ni seperti yang dirancang, aku akan admit ke hospital Mahkota Medical Center (MMC) untuk rawatan lanjut mengenai masalah kaki. Temujanji jam 9pagi bersama Dr. Thiru yang merupakan pakar dalam Orthopedic (Bone and join). Selepas rawatan terperinci dan analisis yang telah dibuat, doktor thiru pon bagi tau result analisis tu. Ayat yang aku tak kan lupa "awak ni bukan ada masalah tulang atau join tetapi masalah saraf,tulang dan join tu tanda untuk masalah saraf awak yang tak berfungsi dengan baik" serius aku terkejut. Apa lagi masalah aku kali ni. So doktor thiru bukan expertize dalam bidang saraf. Aku kena refer dengan pakar mengenai masalah saraf. Maybe next week appointment aku. Tak ada sebarang masalah bagi aku untuk urusan ni. Tapi yang mengrungsingkan benak aku ni. kenapa dan bagaimana masalah ni boleh ada kat aku??SARAF bagi aku bukan masalah yang kecik. Dan aku study kat google, cukup la sikit sebab aku takut nak tau. Yang sikit pon dah menakutkan aku. Kalau ni ujian dari Nya,aku terima dan mohon diberi petunjuk pada silap aku yang sebelum ni.