Monday, December 28, 2009

Wedding Along & Alang Fasa 1 : Perjalanan ke Kelantan

 Hari ni masa aku agak lapang. So dalam kelapangan ni aku teringat untuk menulis pasal wedding abang aku. Banyak cerita pasal wedding ni aku nak abadikan kat blog aku. So untuk nampak lebih sistematik aku akan ceritakan dalam bentuk berperingkat. Pada Fasa 1 ni aku nak cerita pasal perjalanan dari Melaka ke Kelantan. Aku diberitahu yang kami sekeluarga akan pergi ke kelantan pada 16/12 hingga 20/12 iaitu selama 5 hari. Kami terpaksa tinggal lama di sana disebabkan kami perlu menghadiri dua majlis kenduri kahwin iaitu kenduri Along aku di Bachok dan Alang aku di Wakaf Baru. Kami seramai 16orang akan gerak ke sana dengan menaiki dua kereta, kerete Unser ayah aku dan kereta Persona along aku. Di sana kami akan menetap di Bachok, di rumah yang disediakan oleh family Kak Long aku iaitu isteri Along aku.

Kembali Memulakan Rutin Pelajar

 Sudah agak lama aku tak post entry kat blog ni. Kesibukan menguruskan majlis perkahwinan dua orang abang aku menghalang aku nak menulis. PC aku pon dah seminggu berbungkus dalam kotak, baru semalam aku keluarkan balik. Kenduri pon dah settle so boleh la aku mengiatkan jemari aku menulis. Cuti semester pon dah habis. Sekarang ni aku kat bilik hostel aku. Bilik Hostel?? maknanya aku dah memulakan semestar baru aku. Yeah!!!..happy gak la. Cuti semestar ni aku rasa lama sangat walaupun pada hakikatnya cuti ni cuma sebulan. Malam semalam aku baru ja sampai hostel. Kunci hostel belum lagi aku ambil. Niat aku nak ambil semalam, tapi memandangkan kerja-kerja mengemas masih belum siap so terpaksa la aku tangguhkan niat aku tu.

Monday, December 14, 2009

Banner Untuk Wedding Abang-abang Aku

 Pada mulanya aku tak tau pon yang wedding abang aku nie nak kena wat banner. So aku pon wat tak tau la. Aku pon bukan mahir pon dalam bab-bab mengedit ni. Cukupla aku dah design wedding card yang tak seberapa tu. So bila along aku balik tetiba dia cakap dia belum tempah banner. Belum tempah?? Ni maksud dia nak kena tempah. Kalau-kalau dah ada design bagus la. Sekadar nak hantar g tempah tak ada masalah bagi aku. Tapi kalau kena design memang agak merumitkan la bagi aku. Tapi benda yang aku tak nak tu datang gak. Ayah aku suruh aku design banner untuk wedding nanti. So aku pon try la wat banner. Oleh karana kat PC aku tak ada software Adobe Photoshop, so aku pon try wat pakai Microsoft Publisher je. Macam-macam jenis la hasil design aku. So untuk menghasilkan design yang lebih bagus, aku minta tolong dua orang kawan aku iaitu emora valeria dan Sang Tuah.

Sunday, December 13, 2009

Comelnya Tangan aku..haha

 Hari jumaat hari tu, aku g jumpa kawan sekelas aku time diploma. Nama dia Farin. Kita orang agak lama tak jumpa la. Last jumpa time konvo pastu dah tak jumpa dah. So pagi tu aku dapat incoming call dari no dia. Lepas jawab, dia cakap dia ada kat melaka, so aku pon apa lagi ajak la dia lepak minum. So kita orang pon set la. Kita orang lepak kat the coffee bean. Dia belanja, klu duit aku sendiri sory la hehe. Agak lama la kita orang lepak. Banyak gak cerita yang disembangkan. So pastu masing-masing balik. On the way aku nk balik, berlaku la satu tragedi yang merubah struktur tangan aku.

Wednesday, December 9, 2009

Tempahan T-Shirt Fakulti Dibuka Sekarang

Perhatian kepada semua mahasiswa/i UTeM. Kami di sini membuka tempahan T-Shirt fakulti. Sebanyak 6 design mengikut fakulti masing-masing disediakan. Harga bagi setiap helai adalah RM20.00. Untuk tempahan anda perlu membayar wang deposit sebanyak RM10.00 dan memberikan butir-butir berikut :-

1. Nama (Yang mudah dikanali)
2. No. Phone (Yang mudah dihubungi)
3. Saiz baju (Mengikut kesesuaian badan)
4. Jenis Design(Design fakulti mana?)

MBOR : Meeting MARES

 MBOR atau lebih dikenali dengan Malaysian Books Of Records. Salah sebuah kelab outdoor kat UTeM iaitu Kelab Rekreasi Dan Sukan Ekstream (KeReX) merancang ingin menganjurkan satu program mega. Program tu merupakan satu jalan untuk mencipta rekod malaysia dalam arena pergunungan. Menurut pihat penganjur (KeReX), sebanyak hampir 21 gunung akan ditawan secara berserentak. Cara dan bagaimana program ini dijalankan masih dalam perbincangan mereka. Sama-sama la kita saksiakan nanti. Dalam melaksanakan program ini, mereka telah memilih MARES sebagai salah sebuah badan yang akan membantu menjayakan program ini. MARES lebih dikenali sebagai Malaysian Amateur Radio Emergency System Society.