Sunday, December 13, 2009

Comelnya Tangan aku..haha

 Hari jumaat hari tu, aku g jumpa kawan sekelas aku time diploma. Nama dia Farin. Kita orang agak lama tak jumpa la. Last jumpa time konvo pastu dah tak jumpa dah. So pagi tu aku dapat incoming call dari no dia. Lepas jawab, dia cakap dia ada kat melaka, so aku pon apa lagi ajak la dia lepak minum. So kita orang pon set la. Kita orang lepak kat the coffee bean. Dia belanja, klu duit aku sendiri sory la hehe. Agak lama la kita orang lepak. Banyak gak cerita yang disembangkan. So pastu masing-masing balik. On the way aku nk balik, berlaku la satu tragedi yang merubah struktur tangan aku.

 Masa tu aku dah nak dekat sampai rumah aku. Tengah atas moto tetiba, tangan aku pedih. Rasa cam disengat oleh serangga apa tah. Tak perasan serangga apa yang sengat. Terus aku stop kan moto aku. Tengok-tengok jari hantu kat tangan kiri aku ada kesan sengatan. Memang sakit la. Sampai-sampai je rumah terus ayah aku suruh aku letak madu lebah. Ayah aku cakap kalau kena sengat lebah kena letak madu lebah. Sebabnya aku tak tau. Mybe petua kot. Tak pe la, kira ilmu hidup la nie. Petang tu tangan aku ok lagi. Tiba malam tangan aku dah macam tangan giyen hehe..tembam dan comel..hehe. Tapi yang tak tahannya, tangan aku tu teramatlah gatal. Syukurla hari ini tangan aku dah semakin ok.

Jom tengok tangan aku yang comel ni :


Tangan kiri aku..comel kan?


Tangan kanan aku..berbeza tak?

1 comment: