Monday, December 28, 2009

Wedding Along & Alang Fasa 1 : Perjalanan ke Kelantan

 Hari ni masa aku agak lapang. So dalam kelapangan ni aku teringat untuk menulis pasal wedding abang aku. Banyak cerita pasal wedding ni aku nak abadikan kat blog aku. So untuk nampak lebih sistematik aku akan ceritakan dalam bentuk berperingkat. Pada Fasa 1 ni aku nak cerita pasal perjalanan dari Melaka ke Kelantan. Aku diberitahu yang kami sekeluarga akan pergi ke kelantan pada 16/12 hingga 20/12 iaitu selama 5 hari. Kami terpaksa tinggal lama di sana disebabkan kami perlu menghadiri dua majlis kenduri kahwin iaitu kenduri Along aku di Bachok dan Alang aku di Wakaf Baru. Kami seramai 16orang akan gerak ke sana dengan menaiki dua kereta, kerete Unser ayah aku dan kereta Persona along aku. Di sana kami akan menetap di Bachok, di rumah yang disediakan oleh family Kak Long aku iaitu isteri Along aku.

 16/12. Pagi tu seawal 5pagi mak aku dah bangun untuk menyediakan sarapan serta bekalan yang akan dibawah sepanjang perjalanan kami ke Kelantan. Keriuhan di rumah aku kian gamat seawal jam 7pagi. Masing-masing sibuk bersiap-siap untuk pergi 'berjalan' ke Kelantan. Yang belum mandi terus g mandi dan yang dah siap tolong masukkan barang-barang dalan kereta. Suasana gamat ni aku abadikan dengan merakam menggunakan video cam panasonic MD9000. Video cam tu abang aku pinjam dari tempat kerja lama dia. Sambil menunggu pak cik, datuk dan nenek aku sampai kat rumah, kami menggunakan masa untuk membuat preparation untuk perjalanan kami pagi tu. Sekitar jam 10.15 pagi kami pon memulakan perjalanan kami ke Kelantan dengan slogan "Kelantan tunggu aku cabar ko" (ayat ni edit dari movie KL menjerit)..

 Berbekalkan semangat berjalan dan kegembiraan menerima ahli keluarga baru perjalanan kami menjadi agak seronok. Aku yang bertugas sebagai video man tak terlatih merakam kan serba sedikit detik-detik perjalan kami. Selepas lebih kurang 2jam 30minit perjalanan kami, kami telak pon memasuki tol gombak menuju ke genting sempah. 30minit selepas itu kami berhenti rehat untuk makan. Settle makan kami kembali meneruskan perjalanan. Berjalanan kali ni mungkin lebih lama. Perjalanan kami bertambah menarik kerana diiringi deretan trak tentera yang agak panjang. Tidak berapa lama, kami telak pon memasuki sempadan negeri Pahang. Dari situ perjalanan kami tidak banyak bersimpang siuh. Dari satu daerah ke satu daerah negeri Pahang kami lalui. Ada masa kami masuk kawasan pekan dan ada masa kami lalui kawasan hutan, getah dan kelapa sawit. Setiap daerah yang kami laui, ada sahaja cerita yang mengaitkan daerah itu. Ketika melalui Bentong Pahang teringat masa aku sampai kat sini dulu, masa tu g naik gunung Rajah. Tiba di Bilut pula movie Bilut yang dilakonkan oleh Rosyam Nor menjadi topik perbualan. Di Kuala Lipis pula topik Siti Nurhaliza pula menyusul.

 Setelah agak lama perjalanan kami yang lansung tak berhenti, kami pon tiba di Merapoh iaitu berhampiran dengan sempadan Pahang dan Kelantan. Bermula di situ, mata kami melilau mencari perhentian untuk berehat serta makan. Cari punya cari akhirnya kami telah pon memasuki sempadan negeri Kelantan iaitu Gua Musang. Perjalanan kami ditemani dengan permandangan batu kapur yang menarik. Akhirnya kami singgah di kawasan rehat di Gua Musang. Nama tempat tu aku lupa..huhu..Disitu kami makan tengah hari. Erm makan tengah hari pukul 5.30 petang..hehe..Selesai makan, sembahyang dan bergambar kami meneruskan perjalan ke Bachok Kelantan. Perjalanan kali ni pula kami di temani dengan deretan lori balak yang agak menyeram kan. Dalam keadaan jalan yang gelab ditambah pula hujan, perjalanan kami menjadi lebih lambat. Dari gua Musang kami ke Manik Urai Seterusnga Kuala krai dan sekitar jam 11.15 malam kami tiba di kampung Beris Panchor, Bachok Kelantan. Setibanya di rumah keluarga merta along aku kami dibawa ke rumah yang disediakan untuk kami menginap selama 5hari. Selepas mengeluarkan barang dari kereta, kami pergi semula ke rumah mertua Along aku yang tidak jauh dari situ. Di situ kami di hidangkan dengan makanan. Selesai makan, masing-masing mengambil kesempatan untuk bersembang. Setelah lebih kurang satu jam kami di situ kami balik ke rumah yang disediakan. Malam tu tidur kami memang nyenyak. Kepenatan sepanjang perjalanan memudahkan kami tidur dengan nyenyak. Ok la cukup sampai sini. Selanjutnya pada entry akan datang.

Gambar - Gambar :

Beg-beg pakaian


Loading barang masuk dalam kereta


Sarapan pagi


Berhenti rehat pertama


Berhenti rehat ke 2 (Gua Musang)


Makan Tengah Hari


Haikal


Kat Masjid


Kat Masjid


Kat Masjid


Kat rumah kak long


Makan malam kat rumah kak long

4 comments:

  1. wah! meriah...
    congratez dpt kakak2 ipar...
    sori gak coz xpat dtg...
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. ko g bachok xgtau ak pon..haha

    ReplyDelete
  3. lupe lak...ko ddk bachok kew?
    mane la aku tau..lg pon aku g sane bkn g berjalan...ke kenduri je..

    ReplyDelete