Sudah agak lama aku tak post entry kat blog ni. Kesibukan menguruskan majlis perkahwinan dua orang abang aku menghalang aku nak menulis. PC aku pon dah seminggu berbungkus dalam kotak, baru semalam aku keluarkan balik. Kenduri pon dah settle so boleh la aku mengiatkan jemari aku menulis. Cuti semester pon dah habis. Sekarang ni aku kat bilik hostel aku. Bilik Hostel?? maknanya aku dah memulakan semestar baru aku. Yeah!!!..happy gak la. Cuti semestar ni aku rasa lama sangat walaupun pada hakikatnya cuti ni cuma sebulan. Malam semalam aku baru ja sampai hostel. Kunci hostel belum lagi aku ambil. Niat aku nak ambil semalam, tapi memandangkan kerja-kerja mengemas masih belum siap so terpaksa la aku tangguhkan niat aku tu.
Semester ni kalau diikutkan senarai subject yang aku kena ambil, agak heavy berbanding dengan semestar lepas. So sem ni terpaksala aku lebih merajinkan diri. Result sem lepas tak la sehebat mana. Sekadar boleh melapangkan dada aku dan bersyukur kerana lebih baik dari sebelumnya. Tapi masih jauh lagi perjalanan aku kat UTeM ni, so aku kena struggle lagi dan lagi. Apapun semua tu dah lepas, yang dihadapan masih menanti. So pada rakan-rakan lain ayuh!!!!
No comments:
Post a Comment