Wednesday, December 9, 2009

MBOR : Meeting MARES

 MBOR atau lebih dikenali dengan Malaysian Books Of Records. Salah sebuah kelab outdoor kat UTeM iaitu Kelab Rekreasi Dan Sukan Ekstream (KeReX) merancang ingin menganjurkan satu program mega. Program tu merupakan satu jalan untuk mencipta rekod malaysia dalam arena pergunungan. Menurut pihat penganjur (KeReX), sebanyak hampir 21 gunung akan ditawan secara berserentak. Cara dan bagaimana program ini dijalankan masih dalam perbincangan mereka. Sama-sama la kita saksiakan nanti. Dalam melaksanakan program ini, mereka telah memilih MARES sebagai salah sebuah badan yang akan membantu menjayakan program ini. MARES lebih dikenali sebagai Malaysian Amateur Radio Emergency System Society.

 Pada 06/12/2009 iaitu pada hari ahad, mereka telah mengadakan satu perjumpaan dengan wakil MARES di PJ. Aku turut sama melibatkan diri dalam meeting ini. Sekadar mengisi kekosongan je. Kami pergi kesana seramai 5orang dengan menaiki kereta jiji. 5orang tersebut ialah :-

1. Salam
2. Jiji
3. Kabil
4. Chong
5. Wan

 Kami bergerak dari melaka pada jam 1.30 P.M. Sekitar jam 4.30 P.M kami tiba di markas MARES yang terletak di PJ. Berbekalkan bantuan GPS dari hand phone salam, kami dapat lah mencari lokasi MARES yang terletak dalam sebuah taman. Walaupun pada mulanya kami banyak kali terbabs dah terpaksa berpusing-pusing berkat kesabaran dan kemahiran kabil membace gps, kami semua berjaya sampai ke lokasi sebenar. Setibanya kami di sana, kami di bawa ke A&W. Di situ kami mengadakan meeting menganis sistem komukinasi yang akan digunakan dalam program MBOR ini. Banyak juga la perkara yang kami pelajari mengenai radio amatur. Selepas agak lama perbincangan kami, kami pon bersurai dan di bawa ke markas MARES semula untuk melihat peralatan-peralatan yang di miliki MARES. Selepas mendengas sedikit penjelasan mengenai sistem MARES dan latar belakang mengenai MARES, kami di jamu sedikit makanan. Sambil menjamu makanan sempat kami berbual mesra dengan sebahagian ahli-ahli MARES.

 Selesai semua, kami pun meminta diri untuk pulang ke melaka. Sebelum pulang ke melaka, kami singgah di Uptown Shah Alam untuk berjalan-jalan. Di situ kami sempat berjumpa dengan Ajak, seorang senior dalam kelab KeReX. Selepas kami selesai makan malam dan bersembang, kami pun meninggalkan shah alam dan bergerak menuju ke Putrajaya. Selepas berjalan-jalan dan bergambar di Putrajaya, kami pun bergerak pulang ke Melaka. Perjalanan pulang ke melaka memberikan pengalaman yang menarik. Kami berpusing-pusing di dalam Putrajaya mencari jalan keluar. Selepas berjaye keluar, kami mencari jalan ke tol yang menuju ke melaka. Kami menggunakan gps salam. Hasil dari gps salam, akhirnyer kami terpakse ikut jalan lama. Waktu tu minyak kereta dah hampir habis, so paham-paham la. Selepas berjaya masuk ke high way nilai kami terus menuju ke stesen minyak berdekatan. Selesai menigisi minyak, kami pon pulan ke Melaka. Sekitar 2.00A.M kami tiba di Malaka. Di sini kami bersurai.

Gambar :-

Baru Sampai Di Markas MARES


Meeting Di A&W
 
Meeting Di A&W


Wakil Dari Jepon Datang Melawat Markas MARES


Markas MARES


HF (High Frequency)


VHF (Very High Frequency)


VHF Controller


The Radio Amateur's World Map


Other Equipment


Equipment


HF Controller


Pangang Sosej


Beramah Mesra Dengan Ahli MARES


Menjamu Selera


Lepak di Uptown Shah Alam Dengan Ajak











No comments:

Post a Comment