Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010

 Pada semua rakyat malaysia aku nk ucapkan selamat menyambut tahun baru. 2010 telah datang. Aku harap kita sambut dari segi positive site. Pada rakyat Melaka tahniah!!!..Angka 2010 menjadikan kita sebagai negeri maju. Terima kasih pada barisan pemerintah negeri Melaka kerana usaha gigih anda  memberi gelaran gelaran ini. Bagi aku sambutan tahunbaru telah lama aku tinggalkan. Dulu time aku masih 'panas', setiap kali menjelangnya tahun baru, aku dan kawan-kawan moto atau lebih kita kenal sebagai mat rempit bagaikan berpesta. Kesana sini riuh dengan deruman paip moto yang semestinya bunyi kuat gila ditambah pula dengan bunyi hond moto yang macam-macam jenis. Lepas penat pusing singgah kedai minum. Pastu merempit pulak nak balik rumah. Kalau ade road block, terus lari. Tapi erti tahun baru tak pernah aku fikir kan. Itu la zaman aku dulu. Tapi zaman tu dah lama berlalu. Sekadar jadi kenangan.

 Sekarang aku kurang sikit semangat untuk menyambut tahun baru. Cukup la sekadar aku tahu yang tahun telah bertukar angka. Masa dah berlalu. Dan semestinya umur ku juga bakal meningkat usia. Hari-hari yang aku lalui selama ni bagaikan menyelak halaman demi halaman dan sekarang ni aku tiba di satu halaman baru bagi sub topik baru. Halaman tu tertulis tajuk bagi sub topik itu dan tajuk nya adalah 2010. Orang kata tahun baru kena ada azam baru. So apa ya azam aku? so aku nak share ngan pembaca blog aku azam tahun baru aku.

Azam tahun baru :
1. Memiliki cam DSLR
2. Memiliki kehidupan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

So tu je kot..Sekali lagi Salam Tahun Baru kepada semua.

3 comments:

  1. wah!DSLR

    nnt dah ade cam DSLR nk jd muke org pertama ok tak??hehe ;)

    ReplyDelete
  2. blh je...
    tp kne ade DSLR dlu la..hehe

    ReplyDelete
  3. Ok.cunh!
    janji tau.
    muke first!
    hee ;D

    ReplyDelete