Tuesday, January 5, 2010

Perjuangan Kita Belum Selesai

 Kalau tengok pada tajuk entry kali ni, tajuknya agak ke arah politik. Pagi semalam, time aku tengah layan you tube aku tertarik untuk melayan video clip lagu "anak kecil main api". Sambil-sambil aku melayan lagu ni, jemari aku ligat juga membuka new tab untuk video yang seangkatan dengannya. So tiba lah satu masa, aku terpandang video clip bertajuk "malique ft dr. mahathir - layu". Dari tajuk saja aku sudah tertarik untuk mendengar lagu tu. So aku pun terus layan lagu tu. Lirik yang seakan-akan puisi dalam lagu tu memang menarik minat aku untuk aku share dengan pembaca blog aku ni. Aku rasa puisi tu wajar kita fahamkan dan runungkan bersama-sama bagi setiap bibit-bibit kata. Dalam lagu ni, ada terselit sedikit sajak ciptaan DR Mahathir yang di diklamasikan oleh beliau kitika perhimpunan umno terakhir beliau iaitu pada 23 jun 2001 di PWTC yang berjudul "Melayu Mudah Lupa".

Pada entry kali ni aku lampirkan sajak "Melayu Mudah Lupa" dan video clip "layu" ni sekali. Ok selamat melayani video dan menghayatinya.


Melayu mudah lupa
(Dr Mahathir bin Mohammad - 23 jun 2001)

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

Video Clip





No comments:

Post a Comment