Thursday, January 14, 2010

Permulaan baru kehidupan baru di tahun yang baru

 2009 dah meninggalkan kita. Kita sedia atau tidak 2010 tetap datang jua dan sekarang kita makin serasi bersama 2010. Tahun ini, kehidupan sebagai pelajar aku masih lagi di UTeM dan menginap di Kolej Kediaman Bunga Raya, Pangsapuri Bukit Beruang. Tapi jadual aku sekarang sudah ada perubahan. Makin sibuk dan bertambah sibuk. Semestar lepas aku relax sehabis relax, so sem ni balasan kepada sem lpas yang relex.

 Sem ni aku dah mula mengikuti perkembangan pengurusan KeReX UTeM, dah lama aku tinggal benda-benda ni tapi sekarang mula balik. Sem ni gak aku ada kokurikulum iaitu kelab kembara. Dalam kelab ni aku dilantik jadi ketua, so boleh tahan gak sibuk nya. Dan kehidupan yang baru aku adalah, aku seorang penjual burger. Plan nak jual burger ni dah lama aku cadangkan. Tapi sem ni baru berkesempatan. Bisnes ni aku jalan kan bersama 2 orang kawan aku, nuar dan joe. Aku jual burger kat dalam kawasan asrama pangsapuri bukit beruang. Senang sikit aku nak uruskan stall burger ni sebab tapak aku jual burger bawah rumah aku je. Untuk kami berniaga dalam keadaan selamat tanpa sebarang ganguan, Aku dengan nuar terlebih dahulu membuat surat permohonan kepada pihak HepA UTeM. Hasilnya permohonan kami telah diluluskan. Pihak asrama pula suruh kami sediakan satu surat akur janji. Syukur surat tu pun aku dah siapkan semalam. Semalam adalah hari kedua aku berniaga. Setakat ni perniagaan kami kira ok, terima kasih kat kawan-kawan aku yang banyak support aku jual burger.

 So dengan jual burger ni, boleh la aku dapat side income yang boleh tampung perbelanjaan harian aku. Dapatla aku capai azam 2010 aku dengan cepat. Hehe..

P/S : gambar aku di post kemudian, entry nie aku taib time aku kat lab C++..Haha..

Ok nah tengok gambar. Bukan gambar pon, just surat kebenaran. Gambar gerai belum sempat ambil.


Surat Kebenaran


Surat Akur Janji

4 comments:

  1. benjo x nk sayo 1, burger special xnk sayo 2..

    ReplyDelete
  2. ala dah siap coding..smbil2 tue online jap..hehe

    roza kedai dh tutup..tula lambat lagi..sape suruh..

    ReplyDelete