Friday, January 15, 2010

Kembali semula??

 Kembali semula?? Kembali ke mana?? Aku g mana sebelum ni?? Aku tinggalkan apa sebelum ni?? hehe.. Banyaknya persoalan yang nak dijawab. Ok entry kali ni, aku nak cerita kisah aku dan kelab kesayangan aku iaitu KeReX UTeM. Aku dah agak lama tak terlibat dengan sebarang pengurusan kelab ni. Terlampau lama tu tak la. Tapi satu sem juga la aku tinggalkan. Semenjak aku sambung dgree, aku tak pernah lansung berkerja untuk kelab ni. Kenapa ea?? ok tolong ye jangan salah paham. Aku tak kecik hati pun. Aku tak melibatkan diri, sebab banyak benda yang menghalang aku untuk menyertai program-program anjuran KeReX. Mungkin sebab aku sibuk kot sem lepas. Sem lepas aku adalah seorang student yang sangat pasif. Aktiviti aku banyak berlaku dalam bilik. Aktiviti utama aku adalah "kuah lentang", "kuah dada", "kuak paru-pari" dan semua jenis kuak la. Lokasi kuak adalah di atas katil. Hehe. Kalau masa dip dulu, sabtu ahad mesti aku tak ada kat rumah. Tapi sekarang lain beb. Aku lebih banyak masa dalam bilik.

 Ok tu cerita yang lepas. Tapi baru-baru ni, aku telah menyiapkan satu paper work untuk program KeReX. Lama dah beb aku tak buat paper work. "Perk, ko kenapa ni wan?" monolog aku dalam diri aku sendiri. Haha. Aku saja terfikir untuk bantu KeReX wujud kan program. Mana la tahu program ni boleh memberi satu pulangan yang bagus kepada KeReX. So sama-sama kita lihat. Program aku tak la sehebat program-program sebelum ni. Program aku sekadar program gunung yang hanya memakan masa selama satu hari. Lokasinya di Gunung Lambak, Kluang Johor. Paper work aku dah diluluskan oleh pusat sukan, bus pon dah lulus, tapi dapat satu bus ja. So besok aku plan nak g mintak lagi satu bus. Harap-harap dapat la, boleh la aku bawak ramai-ramai. Target aku nak dapat penyertaan dari budak baru UTeM.

Antara maklumat program :

Nama Program : Pengenalan Rekreasi, Gunung Lambak
Lokasi : Gunung Lambak, Kluang Johor
Tarikh : 23 Januari 2010
Bayaran : RM 30.00 (Pengangkutan - makan - insuran - permit - baju )
Sasaran penyertaan : 60 Orang ( Dua bus)

So sesiapa yang membaca dan minat untuk menyertai, bagi tau la.

Ok ni paper work aku, hehe :

Muka Depan Paper Work


Aku kembali mengarah program
 
Poster Gunung Lambak. Roza yang design

No comments:

Post a Comment