Dah lama rasanya aku tak post apa-apa entry. Kesibukan menghalang aku untuk mengadap blog aku. So pagi ni aku agak free dan keiginan menulis datang balik. Seperti entry sebelum ni, aku ada cerita pasal program gunung lambak, program pertama aku setelah agak lama aku 'senyap'. Syukur program ni berjalan seperti yang dirancang. Target program ni pon berjaya dicapai.
Pada mulanya penyertaan hanya dibuka kepada 60 orang iaitu 2bas. Tapi penyertaan pada hari pertama promosi dijalankan telah menjangkau lebih dari target sebenar iaitu seramai 73orang. Niat hati nak tolak penyertaan, tapi rasa tak sampai hati pulak, so aku pun terima jela. Target aku dalam program ni adalah aku dapat penyertaan budak baru seramai 40 orang. Syukur, target aku tercapai malah berlebih.
Kesibukan program mula terasa pada hari jumaat, sehari sebelum kami bergerak ke kluang johor. Petang tu aku kena g ambil baju program dan banner. Malam pula, aku g mydin untuk beli ration program. Malam tu aku g beli ration ngan zura,wani dan amir.
Pagi-pagi pula, seawal jam 4pagi, aku, nuar dan kuda sibuk menyediakan sarapan pagi untuk peserta. Sekitar jam 7.30 pagi, perkarangan kolej kediaman bunga raya telah dipenuhi oleh peserta program gunung lambak. Zura dan wani terus menjalankan tugas mereka mengambil kedatangan serta menyelesaikan pembayaran peserta. Sekitar jam 9pagi, tayar bas mula bergerak ke kluang johor. Kami semua tiba di kaki gunung lambak sekitar jam 11.30pagi. Selesai menurunkan barang, semua peserta bergerak ke satu kawasan lapang di 'starting point'. Disitu sedikit taklimat diberi kepada peserta. Peserta makan sarapan di situ dan juga menerima pakaian program.
Sekitar jam 12tengah hari kami semua memulakan pendakian ke puncak gunung lambak. Perjalanan pada mulanya berjalan lancar. Trek yang landai membuatkan riak wajah peserta terukir senyuman. Seketika kemudian, trek yang agak menegak muncul di depan mata. So, masing-masing dah mula berubah wajah, merungut dan macam-macam yang boleh menyebabkan mental. Perjalanan seperti ini berterusan sehingga kami sampai di kawasan lapang. Di situ tersedia satu kawasan rehat. Setelah semua peserta tiba di situ, kami menyambung perjalanan menuju ke puncak. Perjalanan ke puncak gunung, 2orang peserta perempuan muntah. Berkat kewibawaan Eja dan Roza masalah itu dapat ditanggani.
Sekitar jam 1.30tengah hari, semua peserta tiba di puncak gunung lambak. Sesi bergambar bermula dengan meriah. Semua peserta tidak melepaskan peluang bergambar di kawasan tanah tinggi itu. Sekitar jam 3.15 petang, kami memulakan perjalanan turun ke kaki gunung lambak. Kali ini, posisi aku adalah sebagai sweeper. Peluang menjadi sweeper ni, dapat la aku gunakan untuk berbual panjang dengan rakan gunung aku yang dah agak lama aku tak jumpa,jai. Sekitar jam4.30 kami tiba di kaki gunung. Setibanya kami di kaki gunung, peserta sedang menjamu makanan petang. Erin yang menguruskan makanan datang pada masa yang ditetapkan. Selesai makan, peserta bersiap-siap mengemas diri dan menunaikan solat.
Sekitar jam 6.15 petang, kami menaiki bas dan bergerak pulang ke melaka. Kami tiba di kolej kediaman sekitar jam 9malam. Setibanya di kolej kediaman, kami semua bersurai. Mission Complete.
P/S : Kepada semua peserta juga AJK pelaksana, terima kasih kerana membantu menjayakan program ini, kerjasama dari pihak anda semua membantu menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment