Mengenal diri kita dengan sebetul kenal.Manusia umumnya sesuatu yang sangat kompleks.Sangat rumit.Personaliti yang mampu berubah bila-bila masa bukan sekadar bergantung kepada persekitaran malah lebih dari yang direncana oleh akal sebaliknya personaliti tu berubah mungkin diri sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa.Berjaya mengenali diri sendiri membuktikan dia telah berjaya menguasai dirinya.Sekiranya itu tercapai.Keuntungannya lumayan mejangkau aset digengaman."musuh kita sebenar adalah diri kita","untuk menjadi hebat,kita perlu memotivasikan diri kita dan menjadi lebih hebat kita perlu melaksanakan apa yang dimotivasikan" dua baris ayat yang membuktikan penguasaan diri adalah yang teratas dari segala kejayaan.Kata yang acap kali di ulangi,dikongsi,dipaparkan di segenap media.Ternyata ayat ini banyak benarnya dan diterima akal yang waras oleh semua lapisan.Namun yang memaparkan adakah mereka sudah mencapai kejayaan tertinggi itu?
Aku bukan menegur kepada mereka yang memaparkan.Sekiranya aku menegur samalah ertinya tindakan aku ini dengan "kata dulang paku serpih".Kerna aku sendiri tidak petah kenal siapa aku sebenar?Masih bertelengku sendiri mencari bagaimana untuk aku kenal?"bagaimana" adalah kata sesuai untuk situasi ini.Tertarik pada baris ayat "cermin diri kita adalah mereka,kerana kita hanya nampak kita tetapi mereka nampak lebih dari kita".Mungkin persepsi masyarakat sekeliling perlu untuk kita kenal siapa kita.Jesteru berfikiran terbuka adalah wajib untuk langkah kita takluk diri kita.Lalu bagaimana pula dengan ayat ini "hanya jauhari mngenal manikam"?.Diri kita adalah apa yang kita tahu.Kalau begitu,mereka tidak perlu dalam misi taklukan ini.
Benarla kita(manusia) adalah perkara rumit.Menyelesaikannya tidak perlu menggunakan teori kejuruteraan,konsep fizik juga formula matematik.Tapi perlu gunakan apa?
Jawapan kita dipengaruhi akal logik dan usia kehidupan.
No comments:
Post a Comment