Salam dan selamat pagi.Syukur kita masih diberi peluang untuk bernafas.
Satu situasi sekali lagi ingin aku kongsi sebagai renungan.Situasi berada di tebing sungai pasti di depannya adalah sungai.Ketika di situ,keenakkan lebih dari berada di dalam sungai berbanding di atas tebing.Jika dibawa situasi ini ke dalam kehidupan,aku contohkan kehidupan aku.Aku rasa sudah agak lama aku terjun ke dalam sungai.Pada mulanya sekadar di pinggir tebing,kemudian menyusul kehadapan sedikit dan terus lagi ke hadapan.Pastinya keseronokkan yang di hadapan yang aku kejar tanpa sedar tebing jauh dah aku tinggalkan.Menoleh ke belakan,lihat pada tebing yang jauh itu aku rasa malas untuk bertindak ke sana kembali.Keseronokkan ada disini kenapa perlu aku bersusah demi meninggalkan keseronokan.Tapi terlupa pada fakta benar di depan lagi sana ada jeram,ada alur air deras yang bila-bila masa boleh menarik aku hanyut dan terjatuh.Jika berpeluang,mungkin boleh kembali ke tebih selepas hanyut atau terjatuh.Kalau tidak.Keseronokkan berakhir begitu saja.Untung ke?
Masih sempat untuk kita berpatah balik.Walaupun jauh tapi titik selamat ada di situ.Bukan sekadar selamat yang perlu di letak dalam syarat kembali.Tapi perlu kita sedar dari mana kita mula.Aku masih cuba bergerak perlahan menghampiri tebing yang lama aku tinggal.Semoga lelahku ke sana tidak memutuskan semangatku ke sana.Aku mohon untuk cuba sedaya kudrat mencapai tebing itu.Semoga tanganku dapat menyentuh tebing itu.
No comments:
Post a Comment