Raya Pertama :
Bermula dengan bersiap-siap dengan baju melayu, aku pun pergi ke masjid untuk sembahyang raya. Selesai sembahyang raya aku balik ke rumah, untuk bersarapan pagi. Menu sarapan di pagi raya semestinya ketupat daun palas, nasi impit dan rendang. Selesai sarapan pagi, kami sekeluarga bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Selesai bersalam-salaman, kami pon merakamkan gambar keluarga semperna aidilfitri tahun ini.
Menu
Selesai di rumah, kami bergerak ke Bukit Bulat, kampung moyang aku. Setibanya kami di sana, saudara mara aku dah pon berada di sana. Kami pon bersalam-salaman, beramah mesra dan yang penting makan lagi.
Setelah agak lama di sana, kami pon mohon diri. Perjalanan seterusnya ke Hutan Percha, kampung nenek aku.
Sebelum gerak dari rumah moyang aku, sempat lagi bergambar.
Di Hutan Percha pula, kami bersama saudara terdekat iaitu adik beradik mak. Di sana kami berehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kesempatan yang ada di gunakan dengan bersembang. Macam-macam topik wujud.
Mak Lang, Mak dan Mak Long
Selepas rehat di rumah nenek, kami sekeluarga pulang ke rumah. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di rumah Mak Enon. Mak cik ni sekeluarga memang rapat dengan kelarga kami. Mak aku setiap hari berniaga di depan rumah dia.
Dari rumah Mak Enon, kami terus pulang ke rumah.
Masing-masing dah letih, perjalanan raya sambung besok pula.
Raya Ke-2 :
Raya ke-2, kami sekeluarga tak pergi jalan mana-mana. Sebabnya, hari ni ramai yang bagi tau nak datang. So rumah aku jadi lokasi makan-makan. Menu hari ni agak banyak. Menunya Nasi Lemak, Bihun Tomyam, Popia Basah, Kuih Syara dan lain-lain.
Antara tetamu yang datang pula, keluarga mak aku, kawan kakak aku, kawan mak aku dan sape tah..hehe
Bila dah petang tetamu beransur-ansur pulang.
Malam pula, kawan mak aku masa kami sekeluarga tinggal di kedah datang. Selesai semu, seperti biasa kemas-kemas dan rehat. Raya ke-2 dah melabuhkan tirainya.
Raya Ke-3 :
Hari ni, kami keluar berjalan raya. Lokasi pertama persinggahan adalah rumah Cik Zah, kawan mak aku.
Dari rumah Cik Zah, kami ke rumah sepupu ayah, kami panggil Mak Long.
Dari rumah mak long, kami terus ke rumah adik datuk aku, Nek Bik.
Raya Ke-4 :
Hari ni, waktu siang aku tak da jalan raya. Memang tak da plan nak jalan raya pun. Petang, Abang Long dan Kak Long balik ke Selayang. Diorang dah nak start kerja. Malam, jam 8malam lak, giliran kak ngah aku pula balik. Dia balik ke UUM. Ada tugasan yang perlu disiapkan, so terpaksa la dia balik awal. Tengah-tengah syok online, tiba-tiba budak kampung aku, Radhi chat kat FB, jemput datang rumah dia. Aku pun terus siap-siap dan pergi rumah dia. Kat sana aku lepak ngan bebudak kampung aku yang lain. Sembang punya sembang, datang la kekawan Radhi. Kawan sekolah dia dulu. Kat situ, ada la juga aku snap gambar. Paling menarik gambar kemera SLR Olimpia, Japan model lama. Model yang guna kodak lagi. Memang retro habis.

Radhi dengan kemera entik dia.
Raya ke-5 :
Hari ni, memang aku tak da jalan raya lansung. Aku sibuk kemas-kemas untuk bertolak ke Perak besok. Untuk apa aku ke perak??tunggu entry seterusnya. Aku balik Melaka balik 19/9. So raya aku dah habis la. Lepas ni dah naik cuti, sibuk sikit memang tak sempat la nak jalan raya. Ini la perjalanan Aidilfitri aku untuk tahun 2010.
No comments:
Post a Comment