Tuesday, September 21, 2010

Raya D' Puncak - XPDC Tok Nenek - Yong Yap

 Salam Semua, entry yang lepas aku ada bagi tau yang aku akan ke Perak pada raya ke-6 tapi tak bagi tau sebab. So kali ni aku bagi tau sebab aku ke Perak. Aku ke sana sebab nak pergi join trip gunung. Gunung yang aku naik ni gunung Tok Nenak - Yong Yap. Trip ni dah lama aku nak pergi, tapi banyak sangat halangan. Aku pernah set up trip ni tapi terpaksa batalkan kerana kes orang sesat di gunung Yong Yap. Syukur kali ni aku dapat pergi dan berjaya menyelesaikan trip ni dengan selamat. Dalam trip ni, aku kena tawan 5puncak iaitu puncak Kambing - Tok Nenek - Kayong - Bubu - Yong Yap. Puncak Tok Nenek ni memang lawa. View 360 sememangnya menjanjikan kepuasan kepada pendaki yang berjaya jejakkan kaki di puncak tu. Yong Yap pula merupakan puncak G7 yang belum pernah aku pergi. So Alhamdulilah, dengan jejaknya kaki aku kat puncak Yong Yap, maka khatam la misi G7 aku.
 Baju tempahan khas untu trip ni, semperna misi khatam G7 aku terlaksana :



 Trip ni gogo dia Cik Arin. Line up trip ni seramai 23 orang. Rata-rata dari mereka, aku kenal. Trip ni bermula pada 15 September 2010 hingga 19 September 2010. 3hari 2malam kami treking, selebihnya perjalanan pergi balik aku dari melaka. Perjalanan trip nie secara ringkasnya cam ni :

15 September 2010 [Rabu] :
 Jam 7.30 a.m, aku ngan chong pergi rumah eja. Dari rumah eja kami bertiga jalan kaki ke bus stop ayer keroh dan naik bus salira untuk ke Melaka Sentral. Dari Melaka Sentral kami ambil bus ke Medan Gopeng Perak. Bus kami gerak jam 9.30 a.m. Setelah 5jam, kira-kira jam 2.30 p.m kami pon sampai di Medan Gopeng. Kat sini kami jumpa hakim dan ayen. Di sini semua peserta berkumpul untuk pergi ke Cameron Highland.

Bag Aku
Chong
Dalam Bus Salira
Di Melaka Sentral

Menaiki bus ke Medan Gopeng
Roza
Di Medan Gopeng

Saleh
Kabil

Bambang

 Tiba di Medan Gopeng kami terus pergi makan. Kat kedai makan kami jumpa dengan Bambang, Kabil, Saleh, dan Roza. Selesai makan kami turun dan berkumpul dengan peserta lain untuk gerak ke Cameron Highland.

Awin
Erin
Line Up
Nad & Roza


Jam 6 p.m, kami pun menaiki bus bergerak ke Cameron Highland.



Awin & Faiq
Bazli & Erin



Kami tiba di Kg. Raja maghrib. Singgah makan lepas tu terus jalan kaki ke Masjid Kg. Raja. Di masjid tu kami agih-agihkan ration dan equipment. Kami juga bermalam di situ.



Ration




Gadis
H

Sharul

Hafiz
Ejab


16 September 2010 [Khamis] :
 Jam 6 a.m, kami dah bangun. Seperti trip biasa, bangun-bangun terus mandi, pack bag, sembahyang dan tunggu 4wd datang. Jam 7 a.m 4wd sampai. Dari Kg. Raja kami naik 4wd terus ke Pos Brooke. Pos Brooke ni kampung orang asli di kaki gunung Yong Yap dan Tok Nenek.



Topek
Zul
Naik 4wd





Eja














Sebelum sampai di Pos Brooke, kami singgah di Balai Polis Lojing, Gua Musang Kelantan untuk buat laporan masuk hutan.













Dari balai polis, kami terus ke kampung Pos Brooke. Sampai di Pos Brooke, kami bersarapan pagi. Menu kali ni roti canai. Selesai makan, kami senam dan angkat sauh. Treking kami pon bermula.














Ru







Anak-anak orang asli



Rajis







Perjalanan kami hari ni menuju ke Puncak Kambing. Di situ kami tidur untuk malam yang pertama.










Cincau


Hakim







Berhenti Lunch

17 September 2010 [Jumaat] :
 Bangun pagi, seperti biasa sarapan dan bersiap untuk treking hari ni. Mula-mula kami treking ke Puncak Tok Nenek. Treking ke Tok Nenek free body je. Just bawa kemara dan baju raya. Sampai di sana terus tukar baju dan bergambar. View Tok Nenek memang lawa. Penat hilang bila dapat layan view dan bergambar.




Ayen




























































Nabil



















Selesai bergambar sakan di Tok Nenek, kami pun gerak ke Puncak Kambing semula untuk clear camp site. Jam 12 p.m, kami teruskan perjalanan kami ke Puncak Bubu. Malam ke-2 kami tidur di puncak Bubu.

18 September 2010 [Sabtu] :
 Seawal jam 6 a.m, kami semua sudah bangun untuk bersarapan. Selesai sarapan kami kemas camp site dan bersiap-siap untuk treking. Sempat kami layan view di puncak Bubu. Jam 8.30 a.m, kami memulakan treking ke Puncak Yong Yap.












View Bubu




Perjalanan kami ke Yong Yap amat menyiksakan. Kekurangan air betul-betul mencabar. Tekak kering tahap tak ingat. Hakim sampai keluarkan sengkuang dan makan mentah-mentah. Yang lawanya, mula-mula aku, ru ngan hakim makan. Last-last semua makan sengkuang tu. Hilang dahaga kejap. Tak lama lepas tu, kami pon sampai di simpang Yong Yap - Bubu. Di situ kami letak bag dan naik ke puncak Yong Yap secara free body. Sampai di puncak Yong Yap kami pon bergambar.





Aku, H dan Erin Grad G7



Geng Baju Merah
Geng Sirap










Line Up Girl




Alumni BENT
Born 1984
Born 1986

Born 1987
Born 1988

Born 1989

Born 1990

Born 1991







Selesai bergambar, kami pon turun ke simpang Yong Yap-Bubu. Tiba di simpang, kami pon meneruskan perjalanan kami ke kem sungai Y untuk lunch. Dari sungai Y kami teruskan perjalanan keluar ke Pos Brooke. Perjalanan keluar kami terpaksa merentasi hampir 36 sungai yang berarus deras. Sekitar jam 10 p.m, kami tiba di simpang Yong Yap-Tok Nenek. Di situ kami berhenti rehat sekejap untuk makan alas perut. Selesai makan, kami teruskan perjalanan kami. Jam 2 a.m, kami pun tiba di Pos Brooke. Perjalanan yang memakan masa 18 jam sememangnya memenatkan. Tiba di Pos Brooke, semua kepenatan gila.  


















19 September 2010 [Ahad] :
 Pagi tu kami bangun masa bebas. Tidur yang agak selesa kerana kami tidur dalam rumah orang asli Pos Brooke. Bangun-bangun, terus kemas-kemas barang dan jemur barang-barang yang basah. Sambil-jemur, kami pon mandi. 4wd yang datang lambat menyebabkan kami lapar dan akhirnya kami pon masak kuih jemput-jemput dan lempeng. Manakala kabila meneruskan misi mencari durian. Banyak gak yang dia dapat. Untung gak kami dapat makan durian. 




































Tengah hari, 4wd pun sampai. Kami pon bergerak keluar ke Kg. Raja dengan menaiki 4wd. Dari Kg. Raja kami ambil bas ke Tanah Rata. Lama juga kami tunggu bas sampai kami ikhtiar tahan lori untuk tumpang ke Tanah Rata. Jam 3.20 p.m, bas yang kami tunggu pon sampai.
























Dari Tanah Rata, kami bersurai dan balik ikut negeri masing-masing. Aku,Chong,Eja,Faiq,Nad,Sharul,Cincau dan Hafiz ambil bas ke KL. Bas kami jam 4.30 p.m. Sekitar jam 10.15 p.m, kami sampai di hentian bas Bukit Jalil. Dari situ kami ambil bas balik ke Melaka. Jam 10.45 p.m, bas kami bergerak ke Melaka. 






Sampai di Tol Ayer Keroh, kami turun di situ. Kami balik ke rumah masing-masing dengan kereta kawan Faiq. 

Trip ni best tapi penat. So, aku nak ucapkan terima kasih kat Arin as a gogo trip sebab sediakan trip ni. Pada line up terima kasih gak, atas kerjasama korang kita berjaya laksana trip ni dengan selamat. Apa yang kita lalui akan jadi sejarah yang akan kita kenang pada masa akan datang. Saat tu gambar yang di tengok diiringi ngan gelak ketawa. Saat tu juga kita akan saling terigat antara satu sama lain. Percaya la kalau saat tu ada antara kita yang lost contact, mesti kita akan tertanya-tanya dimana dia..So, biar la 'lost contact' tu tak berlaku di kalangan kita. 

















10 comments:

  1. terbaik la wan!..thx 4 the pic~

    ReplyDelete
  2. same2...log utk rjukan mase akan datang..hehe

    ReplyDelete
  3. wan...aku nanges dowh utk ayat yg bawah sekali nih..=(

    ReplyDelete
  4. suke gambar kat puncak tuh!kreatif ^)_^

    ReplyDelete
  5. wawahhhhhh mission completed! syabas wan.. n the gang.

    ReplyDelete
  6. Erin : Aku ckp bnde btul..sory aku pos utk renungan kite kkwan..bkan utk nangis..hehe

    Ra : Tq..kate tema raya d Gunung..so kene la pkai cam tue..lokasi lak lawa so mmg berbalaoi2 la..hehe

    Yup mission complete..lame dh tnggu nk complete..pape pon tq..

    ReplyDelete
  7. trime kasih...ade rezeki korang2 lak...

    ReplyDelete
  8. suke gmbr yg atas gunung tu
    pakai baju raye..nice! ;D

    ReplyDelete