Thursday, October 7, 2010

Deligasi Gunung IPT

 Setelah KeReX bercuti dari aktiviti gunung selama lebih dari sebulan ekoran bulan puasa dan hari raya aidilfitri, kini KeReX muncul dengan program baru dengan bawakan yang baru. Naik saja cuti raya, KeReX terus menganjurkan satu program gunung. Program kali ini mempunyai sedikit kelainan dari program-program gunung sebelum ini. Kali ini KeReX sebagai pihak penganjur telah menyediakan satu Program Deligasi Gunung IPT. Kebiasanya kita dengan program deligasi dilakukan di dewan, bilik perbincangan atau lebih jelas secara "indoor". Program ini memberikan kelainan dengan wujudnya deligasi yang julung kalinya di adakan di puncak gunung. Kejayaan program ini hasil dari kerjasama empat IPT di Malaysia. Antaranya ialah Merbau Advanture Recreation Club (MARC), UTM, Kelab Kembara dan Rekreasi, UNITEN, Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (KRESMA), dan Kelab Kembara, UTHM. 
 Program yang berlansung selama dua hari satu malam ini di adakan pada 25 September 2010 sehingga 26 September 2010. Program ini merupakan langkah baru dalam dunia penerokaan khazanah alam di Malaysia. Langkah baru ini di mana barisan yang terdiri dari golongan Mahasiswa/i bangkit dan membina satu gerakan yang lebih profesional dalam dunia pendakian dan menjadikan aktiviti ini lebih ke arah yang profesional. Dengan bertemakan "Penerokaan Profesional, Dari Golongan Profesional, Ke Arah Yang Profesional" kami selaku peminat aktiviti mendaki yang juga merupakan golongan mahasiswa/i ingin menjadi salah satu dari golongan yang bertanggungjawab memelihara khazanah alam di Malaysia. Gagasan ini masih lagi di peringkat baru. Namun dengan wujudnya program deligasi buat kali pertama ini, kami telah bersepakat untuk menjadikannya program penerus agar gagasan pendaki mahasiswa/i ini dapat dikukuhkan lagi dan pada masa akan datang menjadi satu badan pendaki yang kukuh seperti OGKL, KARAT,Kelab Kembara Malaysia dan banyak lagi.
 Hasil dari program ini, kami telah bersetuju untuk mengadakan program sebegini pada masa akan datang secara "Rotation" di mana setiap IPT akan merasai peluang menjadi pihak penganjur. Hal ini kerana kami melihat program sebegini sebagai landasan kepada kami untuk bertukar-tukar idea dan pendapat dalam memantapkan lagi kelab rekreasi masing-masing dan menanamkan semangat berekreasi dan cinta alam di kalangan pelajar IPT masing-masing.
 Berkenaan dengan program deligasi pertama ini, perjalanan programnya adalah seperti berikut. Bermula pada jam 9 malam, pihak penganjur, KeReX UTeM berkumpul sesama wakil untuk program ini di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) untuk pengagihan peralatan dan ration. Selesai mengangihkan barang-barang, Pengarah program mengambil kesempatan memberi sedikit taklimat program. Selesai taklimat, kami pon bergerak menuju ke kaki gunung Rajah di Air Terjun Chamang, Bentong Pahang.


Pengagihan Peralatan dan Ration

Berhenti di R&R Seremban
 Sekitar jam 5.30 pagi, kami tiba di Air Terjun Chamang. Setibanya kami di sana, wakil dari dua IPT iaitu UiTM dan UNITEN telah pun sampai. Wakil dari UTHM pula datang bersama kami dengan menaiki bas UTeM. Setibanya kami di sana, terus kami bergotong royong menyediakan sarapan pagi. Sekitar jam 7.30 pagi, wakil dari UTM pun sampai dengan menaiki sebuah van.


Menyediakan sarapan pagi di Air Terjun Chamang
Wani [Timbalan Pengarah]
Syahir [Mantan Presiden]
Bun [AJK Makanan]
Joe
 Setelah selesai sarapan pagi, kami pun berkumpul untuk taklimat mengenai trek yang akan kami lalui. Taklimat di berikan oleh pengarah program yang juga bertindak selaku penunjuk arah untuk ekspedisi kali ini. Selesai taklimat, kami pon melakukan sedikit rengangan. Senaman pagi ini di ketua oleh saudara Sharul.


Sharul

Senaman pagi sebelum memulakan pendakian

 Selesai senaman pagi, peserta semua memulakan perjalanan ke tapak perkhemahan pertama iaitu kem batu hijau. Permulaan pendakian, peserta terpaksa meredah trek balak selama 1jam 30 minit. Trek balak berakhir di pintu masuk gunung rajah. Pintu masuk ini mempunyai simbolik iaitu batu besar dan tertera tulisan "Pintu Masuk"

Pintu Masuk Gunung Rajah

 Sekitar jam 1.20 Petang, kami semua tiba di kem lata naning. Di sini kami berhenti untuk makan tengah hari. Selesai kami makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke Kem Batu Hijau. Perjalanan ke Kem Batu Hijau diteruskan pada jam 3.00 petang. Sekitar jam 4.00 petang kami tiba di Kem Batu Hijau. Di situ kami bermalam. Pada malamnya pula, selesai makan malam, satu sesi perkenalan dan perbincangan mengenai program deligasi diadakan. Sekitar jam 11.00 malam, semua peserta bersiap untuk tidur.



Kem Lata Naning





Menu makan malam





Perbincangan program dan sesi perkenalan di Kem Batu Hijau.

 Keesokan harinya pula, sekitar jam 5.00pagi kem batu hijau telah kembeli bising. Para peserta sibuk menyediakan sarapan pagi. Sekitar jam 7.00 pagi pendakian dari Kem Batu Hijau ke puncak di teruskan. Sekitar jam 10.00 pagi, peserta selamat tiba di puncak gunung rajah. Kegembiraan terlihat pada setiap wajah peserta setelah berjaya menawan puncak gunung rajah yang berketinggian 5526 kaki.





Ery [MARC,UTM]
Sofia & Azwa [MARC, UTM]
Muci [Kembara UNITEN]
Nas [KeReX, UTeM]
MARC, UTM
Kembara, UTHM
KeReX, UTeM



 Selesai bergambar, sesi pertukaran plak kerjasama sebagai simbolik program deligasi pon dijalankan.
Pertukaran KeReX, UTeM kepada MARC, UTM
Pertukaran MARC, UTM kepada KeReX, UTeM
Pertukaran KeReX, UTeM kepada KRESMA, UiTM
Pertukaran KRESMA, UiTM kepada KeReX, UTeM
Pertukaran KeReX, UTeM kepada Kembara UTHM
Pertukaran Kembara UTHM kepada KeReX, UTeM
Pertukaran KeReX, UTeM kepada Kembara, UNITEN
Pertukaran Kembara UNITEN kepada KeReX, UTeM
Pertukaran MARC, UTM kepada Kembara, UNITEN
Pertukaran Kembara, UNITEN kepada MARC, UTM
Pertukaran MARC, UTM kepada Kembara, UTHM
Pertukaran Kembara, UTHM kepada MARC, UTM
Pertukaran MARC, UTM kepada KRESMA, UiTM
Pertukaran KRESMA, UiTM kepada MARC, UTM
Pertukaran KRESMA, UiTM kepada Kembara UNITEN
Pertukaran Kembara, UNITEN kepada KRESMA, UiTM
Pertukaran Kembara, UTHM kepada KRESMA, UiTM
Pertukaran KRESMA, UiTM kepada Kembara, UTHM
Pertukaran Kembara, UTHM kepada Kembara, UNITEN
Pertukaran Kembara, UNITEN kepada Kembara, UTHM

 Selesai sesi pertukaran plak kerjasaman, sesi bergambar pun berlansung.
Peserta Deligasi Gunung IPT
Peserta Deligasi Gunung IPT [Perempuan]
Peserta Deligasi Gunung IPT [Lelaki]
Peserta Deligasi Gunung IPT [Kembara, UNITEN]
Peserta Deligasi Gunung IPT [MARC, UiTM]
Peserta Deligasi Gunung IPT [Kembara, UTHM]
Peserta Deligasi Gunung IPT [KRESMA, UiTM]
Peserta Deligasi Gunung IPT [KeReX, UTeM]
Presiden KeReX, UTeM
Pengarah Program bersama Pengawai pengiring MARC, UTM


Selesai upacara di puncak, semua peserta bergerak turun ke Kem Batu Hijau. Sekitar jam 12.00 tengah hari, peserta memulakan perjalan turun. Sekitar jam 1.20 petang, peserta tiba di Kem Batu Hijau.
Kem Permatang




Kem Batu Hijau

 Tiba di kem batu hijau, peserta bergotong royong mengemas tapak khemah dan menyediakan makanan tengah hari. Sekitar jam 4.10 petang, peserta memulakan perjalanan turun ke kaki gunung iaitu air terjun chamang. Sekitar jam 7.00 petang, peserta di bahagian hadapan tiba di air terjun chamang. Manakala peserta terakhir sampai pada jam 9.00 malam. Setelah selesai mengemas diri, peserta pun bersalam-salaman. Peserta deligasi bersurai di air terjun chamang. Wakil dari KeReX, UTeM dan Kembara UTHM pula menaiki bas pulang ke UTeM. 


Berhenti Makan di Genting Sempah

 Sekitar jam 2.30 pagi, kami tiba di Pusat Persatuan Pelajar(PPP), UTeM. Selesai mengemas peralatan kelab, kami terus bersurai dan pulang ke Kolej Kediaman Masing-masing.

Plak Kerjasama
Bergambar bersama Plak kerjasama

 Program Deligasi Gunung IPT selesai dengan jayanya. Di harap pada masa akan datang program ini berjaya di jalankan dan dapat memberi impak yang lebih berkesan kepada peminat sukan rekreasi di kalangan mahasiswa/i IPT di Malaysia.

No comments:

Post a Comment