Seperti kebiasaan, bila kebosanan aku akan keluar berdua-duaan bersama 'awek hitam' ku. Lokasipun lokasi yang menjadi kebiasaan juga, 'air pancut berirama' di Hang Tuah Mall. Kenapa aku suka pergi sana??mungkin kerana 'awek' aku ni suka tengak air pancut tu. Atau mungkin sebab aku suka tengok air pancut tu dan memaksa 'dia' untuk tengok. Al maklumla, aku mana boleh berenggang dengan 'awek' aku ni. Semasa kami menikmatan permandangan ciptaan manusia yang sememangnya cantik itu, seperti biasa juga 'awek' aku akan rakam permandangan yang 'dia' lihat dalam memori 'dia'.
Permandangan kami tiba-tiba tertumpu pada satu babak "rajuk-merajuk" dan "pujuk-memujuk". Si merajuk dengan reaksi mukanya yang agak masam ditambah pula muncung bibirnya yang di halakan ke depan. Terlihat jelas reaksimerajuknya. Namun reaksi itu kelihatan comel. Si pemujuk pula dengan reaksi muka sedih merayu itu memujuk si merajuk itu. Tertunduk la si pemujuk. Tak fikir dah dia pada sekeliling, yang penting si merajuk kembali ceria seperti biasa.
Babak itu kami lihat.'Awek' aku yang agak nakal ini menjadi lebih nakal dengan merakam babak itu dalam memorinya. Maka, terakam la satu babk yang menarik itu.
Qoute :
Cerita rekaan semata-mata. Gambar untuk lakonan tidak diupload. Sekadar koleksi kami berempat.
Barisan pelakon :
Nikon D3000 = Awek Hitam
Living Life = Aku
Eja = Si Merajuk
Chong = Si Pemujuk
Cerita ini terjadi hanya kami yang tahu kenapa.
Cerita sebenar, kami bosan dan tak tahu nak buat apa, so kami pun set untuk lepak-lepak. So dalam lepak-lepak tu, kami pon sembang-sembang dan ambil gambar. Model yang aku dera, Chong dan Eja.
Hasil Snaping dari Living Life utuk tontonan pembaca :
Si Pemujuk : Chong
Si Merajuk : Eja
Dah baik dah...
wan..aku tgk mcm chong jer yg merajuk lebey..hehehe..
ReplyDeletehehehe..chong mmg ngajuk btul2...tp bkn ngan kite la..ngan tetttttttt...haha
ReplyDelete