Seperti semestar yang lepas, BMFP akan menganjurkan trip sesama pelajar kelas. Trip kali ini lebih jauh dari trip tahun lepas. Kali ini kami memilih Negeri Terengganu sebagai negeri percutian. Manakala lokasi di Terengganu yang dipilih pula adalah Pulau Perhentian. Trip kali ini memerlukan kos perbelanjaan yang berganda besar dari trip sebelumnya. Trip yang bertemakan sepenuhnya percutian ini memerlukan peserta membayar RM260.00 seorang untuk menyertainya. 'Sepenuhnya Percutian' ini bermaksud peserta tidak perlu masak sendiri dan tidur dalam khemah seperti trip yang lepas-lepas. Kali ini kami tidur di challet dan makanan serta BBQ kami disediakan. Trip ini pada awalnya dirancang untuk membawa kesemua 70 orang pelajar kelas tahun 2 BMFP. Namun permasalahan yang berlaku menyababkan kami gagal untuk pergi dengan jumlah peserta yang dirancang. Walaubagaimanapun, seramai 18orang pelajar menyertai trip ini dan berjaya menyelesaikan trip ini dengan meriahnya. Trip kali ini berjalan agak lama iaitu selama tiga hari dua malam bermula dari 01 October 2010 hingga 03 October 2010.
Bermula pada malam 30 September 2010, sekitar jam 9.00 malam, peserta telah hadir di Pusat Persatuan Pelajar (PPP), UTeM. Selepas semua peserta sampai dan bas yang akan membawa kami pun tiba, kami pun menaiki bas untuk ke lokasi percutian. Sekitar jam 10.00 malam bas yang kami naiki memulakan perjalanan. Destinasi persinggahan kami yang pertama adalah di R&R Seremban. Di sana kami berhenti untuk makan malam. Tiba di R&R, perut masing-masing yang lapar dapat diredakan. Selesai makan, kami menyambung perjalanan kami ke Besut Terengganu. Kekosongan tempat duduk dalam bas memberikan ruang yang selesa untuk peserta tidur sepanjang perjalanan. Sekitar jam 7.00 pagi kami tiba di Kelantan. Kami berhenti di sebuah masjid untuk solat subuh. Selesai solat subuh, kami teruskan perjalanan ke Jeti Besut di mana lokasi menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian. Sekitar jam 8.00 pagi, kami tiba di Kampung Seberang Kastam, Besut Terengganu. Di situ kami berhenti untuk sarapan pagi. Selesai sarapan, kami terus ke Jeti Besut. Tiba di jeti, semua peserta mendaftarkan diri untuk masuk ke Pulau Perhentian.
Di Pusat Persatuan Pelajar (PPP)
Dalam Bas
Di R&R Seremban
Sarapan di Kg. Seberang Kastam, Besut Terengganu
Setelah semua peserta selesai melakukan pendaftaran, kami semua di bawa ke bot. Setelah semua bersedia di dalam bot, kami pon terus menuju ke Pulau Perhentian. Permulaan, bot yang kami naiki bergerak perlahan. Selepas beberapa minit, pemandu bot mula memandu bot dalam kelajuan yang agak tinggi. Keriuhan berlaku dalam bot ekoran gelak ketawa dari peserta. Kepada pemilik kemera pula tidak melepaskan peluang merakan gambar kenangan menaiki bot. Ada juga yang merakam video gelagat di dalam bot. Selepas 45 minit di dalam bot, kami tiba di persisiran pantai Pulau Perhentian. Gelagat semasa turun dari bot tidak lupa di rakam. Setibanya kami di restoran, kami di jamu minuman sejuk. Tekak yang agak kering terasa lega selepas meminum air yang sejuk.
Dalam Bot ke Pulau Perhentian
Setibanya di Pulau Perhentian
Berehat sebentar di Restoran
Selepas semua peserta mendapat kunci bilik masing-masing, mereka pun bergerak ke bilik masing-masing untuk menyimpan barang-barang. Dua orang dalam satu bilik. Selesai menyimpan barang, peserta bersiap-siap untuk melayan angin di pantai. Bermula dengan bergambar, akhirnya semua mandi laut. Sambil-sambil mandi, peserta mencari kelibat hidupan laut. Petang itu kami berpeluang melihat ikan Nemo. Namu haiwan laut yang menjadi perhatian kali ini adalat Gamat. Gelagat masing-masing yang geli untuk pegang gamat mencuit hati. Namun ramai juga yang berjaya pegang gamat untuk bergambar.
Bergambar Di Pantai
Makan Tengah hari
Bergambar dengan lumut
Ikan Nemo
Selesai mandi, peserta pun balik ke bilik untuk membersihkan diri. Ada juga yang menggunakan masa terluang untuk tidur. Hari pertama kami di pulau, tiada aktiviti yang kami janji dengan sesebuah organisasi. Semua adalah aktiviti di bawah perancangan sendiri. Sebelah petang pula, kami berkumpul dan bersiar-siar sekitar pantai. Sambil-sambil bersiap, kami bergambar berlatar belakangkan pemandangan laut.
Bersiar-siar
Balik selepas bersiar-siar
Di sebelah malam pula, kami bergotong royong membantu orang restoran untuk BBQ. Menu bbq malam tu adalah sotong, ayam dan ikan. Selesai bbq, kami semua makan malam. Menu malam adalah nasi goreng dan lauk dari hasil bbq kami.
BBQ
Makan Malam
Selesai makan, kami semua berkumpul untuk berbual. Ada juga yang menonton televisyen. Tidak lupa yang pergi memancing. Malam itu, peserta yang pergi memancing berbuah hasil kerana dapat menaikan ikan siakap merah. Ikan itu agak besar saiznya. Ikan yang berjaya di tangkap kami berikan pada mak cik di restoran itu untuk masak.
Hasil tangkapan
Keesokan hari nya pula, seawal jam 9.00 pagi, bot yang akan membawa kami menjalankan aktiviti snorkeling tiba. Selesai bersarapan pagi semua peserta menuju ke bot untuk mengambil BA dan Snorkeling Gear. Selepas semua peserta dapat dan pakai peralatan snorkeling. Semua peserta mempraktikkan peralatan tersebut di tepi pantai. Selesai praktis, peserta kembali ke bot untuk pergi ke lokasi snorkeling.
Sorkeling
Selepas selesai snorkeling untuk tiga lokasi, peserta balik ke pulau untuk makan tengah hari. Menu makan tengah hari menjadi lebih menarik, bila ikan yang berjaya ditangkap semalam di hidangkan. Selesai makan, peserta menyambung aktiviti snorkeling. Lokasi kali ini adalah lokasi yang membolehkan peserta melihat jerung di depan mata.
Snorkeling : Lokasi Jerung
Snorkeling : Fresh Water
Selesai snorkeling, sekitar jam 4.30 petang kami kembali ke pulau. Setibanya di pulau, masing-masing masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk riadah petang. Petang itu kami bermain bola tampar bersama orang pulau. Ada juga yang bermain bola sepak dan frisbee. Pada sebelah malam pula kami berkumpul semula untuk makan malam. Selesai makan malam kami bersiar sekitar pulau. Selesai bersiar-siar, kami kembali ke chalet dan berkumpul. Masing-masing mengambil kesempatan untuk beramah mesra sesama peserta.
Riadah Petang
Berkumpul malam
Bersiar-siar
Beramah mesra
Pagi itu, kami di sajikan dengan mentari pagi yang cantik. Suasana nyaman dan tenang itu memang sukar kami temui di luar. Selesai serapan pagi, kami pun bergambar sambil menunggu bot untuk ambil kami keluar ke jeti. Sekitar jam 10.00 pagi, bot yang kami tunggu sampai. Suasana dalam bot tetap meriah seperti masa kami hendak ke pulau.
Suasana Pagi
Bergambar sambil menunggu bot
Menaiki bot keluar ke jeti.
Setelah tiba di jeti, kami semua menuju ke kedai-kedai menjual cendera mata pulau perhentian. Selesai membeli barang, kami terus menuju ke bas. Tentatif kami hari ini adalah bersiar-siar sekitar Terengganu. Dari jeti, kami di bawa ke pantai penarik. Di situ kami di bawa ke kedai makan.
Di kedai makan, Pantai Penarik
Sotong celup tepung
Dari pantai penarik, kami menuju ke kedai keropok lekor. Kedai itu dikunjungi orang yang amat ramai. Peserta yang membeli keropok lekor terpaksa beratur panjang dan menunggu dengan agak lama. Dari kedai keropok lekor, kami di bawa ke Pasar Payang. Di situ, kami tidak melepaskan peluang membeli baju bercorak batik. Keunikan banggunan di situ yang cantik seni binanya menarik minat kami untuk bergambar.
Sekitar Pasar Payang
Dari Pasar Payang kami di bawa ke lokasi terakhir kami iatu Masjid Kristal. Masjid Kristal itu memang unik. Kecantikan masjid itu lebih tergambar tatkala mentari senja melabuhkan tirai. Permandangan indah itu tidak kami siakan. Banyak gambar kenangan yang kami ambil berlatar belakangkan Masjid Kristal.
Di Masjid Kristal
Dari Masjid Kristal, kami terus bergerak pulang ke UTeM. Selepas lebih kurang 30 minit bas kami bergerak, bas yang kami naiki singgah di sebuah kedai makan. Selesai semua peserta makan, kami terus bergerak menuju ke UTeM. Sekitar jam 4.30 pagi, kami pun tiba di UTeM. Dari UTeM, kami bersurai pulang ke kolej kediaman masing-masing.
baik pya wan
ReplyDeletetq....
ReplyDeletebest
ReplyDelete