Pada peringkat production, aku telah mencetak design yang telah siap sebagai sample untuk di cetak dalam bentuk foto copy sebanyak 800 unit. Hari khamis hari tu aku telah g ke Tong Hup untuk beli Raw Material yang diperlukan. Antara Raw Material yang digunakan adalah:-
-kertas A4 berwarna hijau gelap (80gsm)
-kertas A4 berwarna putih (180gsm)
-sampul surat berwarna putih bersaiz 114mm X 241mm
Setelah siap membeli kesemua Raw Material yang diperlukan, aku pun pergi ke kedai foto copy di Taman Tasek Utama (TTU) untuk melakukan proses foto copy sebanyak 800 unit. So pada petang tu juga siap. Stelah siap, aku pun bawa balik dan di rumah aku buat proses pencetakan untuk kertas keras sebanyak 200 unit. Dalam proses pencetakan kertas keras macam-macam hal juga yang berlaku. So proses Maintenance berlaku di sini. Pada mulanya PC aku memberi amaran 'Low Ink'. So aku pon pergi ke stygig untuk membeli ink. Lepas tu aku pun memasangkan ink semula. So proses pencetakan diteruskan seperti biasa. Selepas beberapa cetakan siap, masalah muncul semula. Rupa-rupanya roller aku dah kotor, so aku pon terpaksa lah meng service printer yang dah agak lama tak di service. Sehingga sekarang proses cetakan kertas keras masih berjalan tapi hanya tinggal sedikit sahaja untuk disiapkan.
Pada peringkat packaging & Labeling, packaging di sini adalah dengan menggunakan sampul surat. Selepas itu akan di label mengunakan cop stam pada sampul surat. Sampul surat akan dilabel dengan tarikh (26 Dis 2009) dan nama ayah aku serta alamat rumah aku. Sebanyak 425 unit telah siap dibungkus dan baru 50 unit siap dilabel. Proses labeling dijalankan oleh adik aku. Kerana kepenatan membuat kerja sorang-sorang aku telah mendapatkan khidmat buruh lain untuk membantu. Target aku minggu depan proses penhasilan kad ini akan siap sepenuhnya dan siap sedia diedarkan kepada customer. Customer ini bukan la abang aku. Tetapi customer ini adalah tetamu pada majlis perkahwinan abang-abang aku.
Ini la sedikit laporan kerja aku. Saja merepek sebab penat dan agak boring di rumah. Laporan ini lebih menarik dengan lampirang gambar-gambar kerja.
Gambar-gambar kerja :
Kilang Penghasilan Kad
Proses Pencetakan Kertas Keras
Proses Maintenance
Proses Finishing Before Packaging
Proses Packaging
Proses Labeling
No comments:
Post a Comment