Ekspedisi ini dianjurkan oleh Backpackers Advanture Team (BAT). Team ini adalah team outdoor bagi staf UTeM. Ini merupakan ekspedisi kedua anjuran kelab ini yang pernah aku ikut. Dalam ekspedisi ini, rakan-rakan trekking aku adalah:-
1. Amran (joko)
2. Anip
3. Zuraidah (Zu)
4. Wan Nasuha (Mek na)
5. Erin UTeM
6. Kabilah Amin (Kabil)
7. Chong
Trip ini bukan la hanya kami bertujuh sahaja yang join, tetapi ramai juga. Cume mereka ini adalah rakan-rakan yang trekking bersama aku dari mula hingga la selesainya ekspedisi. Ahli-ahli ekspedisi lain juga baik-baik dan ramah. Kiranya boleh la untuk berkawan. Bersama mereka bertujuh ini membuatkan aku gembira ketika mengikuti ekspedisi ini. Sememangnya gelak ketawa sentiasa menghiasi perjalanan kami dalam menamatkan ekspedisi ini. Istilah penat hanyalah sekadar sampingan. Trip ini memang banyak gambar yang kami ambil sehinggakan aku terpaksa delete gambar-gambar yang kurang menarik untuk mengambil gambar-gambar lain.
Ekspedisi bernula pada 24hb oktober 2008, malam itu kami berkumpul di cafe cubic iaitu di kampus industri. Tiba di sana seperti biasa kami akan menunggu pihak pengurusan program memberi ration makanan untuk dibawa oleh peserta. Sambil menunggu kami pon bersalam dan bertegur sapa dengan ahli-ahli ekspedisi supaya lebih kenal antara satu sama lain. Ada juga dikalangan mereka yang aku kenal dan ada juga yang baru aku kenal. selepas ration diagihkan dan beg-beg telah siap di packing, kami pon mengangkat beg masuk ke dalam bus UTeM. Selesai membaca doa, bus yang kami naiki memulakan perjalanan menuju ke Camaron Highland. kami di beri tahu bahawa 4WD akan mengambil kami di Surau Kg. Raja dan membawa kami ke kaki gunung Yong Belar iaitu di Blue Vally Dam.
Dalam bus kami mengisi masa dengan bersembang antara satu sama lain. Ada juga yang mengambil masa ini untuk tidur. Perut aku ketika itu sudah pon berkeroncong. Terasa lapar mungkin kerana belum diisi dari pagi tadi. Harap-harap bus akan berhenti di mana-mana R&R supaya dapat la aku memberhentikan koroncong ini. Akhirnya kami tiba di R&R seremban. Di sini kami berhenti untuk makan. Selesai makan, kami kembali ke bus. Selepas agak lama berada dalam bus, kami pon tiba di hadapan surau Kg. Raja. Waktu ketika itu masih awal pagi, kedinginan pagi tue menyapa kami bagaikan memberi ucapan selamat pagi dari cameron highland. Kesejukan yang menyapa terasa hingga ke tulang. Ketika mengangkat beg untuk di bawa masuk ke surau aku terserempak dengan seorang kawan ku dari arena gunung, dia juga merupakan guider gunung. Memang agak lama aku tidak berjumpa dengan nya, selepas salam dan kami bersembang, baru la aku tahu yang dia juga akan mendaki gunung ini. Dia menjadi guider untuk team cikgu. Opss lupa aku nk bagi tau, nama kawan aku nie Ryoq.
Setelah siap menukar pakaian dan 4wd telah sampai, kami pon bergerak ke kaki gunung. Sampai di kaki gunung, kami diberi bungkusan makanan untuk bersarapan. Selesai sarapan kami mengadakan sedikit warm up untuk meregangkan otot-otot yang bersimpul-simpul. Selesai senaman dan doa dibaca kami pon memulakan pendakian. Pendakian kami diketuai oleh Abang Ali dan Abang Sub. Kami memulakan perjalanan dengan mendaki anak-anak tangga batu. Selesai mendaki anak tangga batu kami bertemu dengan batu sempadan tiga negeri iaitu Perak,Kelantan dan Pahang. Selepas itu, kami memulakan treking dengan berpijak batang paip yang agak licin sehinggalah kami sampai di sungai. Di situ kami berhenti untuk mengambil air sebagai bekalan minuman sepanjang trekking.
Selepas menyeberangi sungai, kami mendaki trek yang tanahnya agak keras. Trek itu umpamakan kami mendaki batu. Trek itu juga agak licin. Masa itu kami bertujuh sudah jauh ditinggalkan oleh rakan-rakan ekspedisi kami yang lain. Diorang semua memang laju menyebabkan kami sukar untuk mengejar. selepas selesai mendaki trek batu, kami tiba di cabin. Di situ tanahnya agak lapang. kami berehat sebentar sambil-sambil mengambil gambar. Gambar yang keberapa aku tidak pasti, yang pastinya dari mula hingga la kami tiba di cabin sudah bnyak gmbar yang kami snap. Selepas agak lama kami meneruskan perjalanan kami pon tiba di puncak Maxis. Kami yang sampai di puncak itu, pada mulanya tidak tahu yang puncak itu adalah puncak maxis. Selepas John sampai, dia memberi tahu bahawa puncak itu adalah puncak maxis. Mengapa puncak itu diberi nama sebegitu? kerana di situ line maxis memang full..hehe. View dari puncak itu juga boleh tahan lawa. Kami pon berehat di situ dan mengambil gambar lagi. Tapi di sini ada sedikit kelainan bagi cara kami bergambar. Di sini kami bergambar bersama payung. Payung aku berwarna biru manakala payung joko berwarna hitam. Angin kuat dipuncak ini membuatkan payung aku hampir terbang bersam angin yang menyapa.
Selepas agak lama kami berehat kami pun meneruskan perjalanan dengan trek yang agak menurun. Tidak berapa lama, kami tiba di Kem Tudung Periuk. Di sini ada sekeping tudung periuk yang dipaku di batang pokok. Di atas tudung periuk itu tertulisnya "Kem Tudung Periuk". Mungkin kerana itu, kem ini bernama kem tudung periuk. Kami berhenti di situ untuk makan tengah hari dan menunaikan solat. Selepas hampir 15minit kami berehat, team yang di bawa oleh kawanku, Ryoq sampai di kem ini. Selesai makan dan solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kem Kasut. Kami diberi tahu bahawa kami akan bermalam di Kem Kasut. Perjalanan kami menuju Kem Kasut sama seperti tadi, bergambar, bergelak ketawa sepanjang trekking. Semestinya juga kami jauh ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain. Selepas agak lama kami trekking kami pon berhenti sekejap untuk minum. Kami semua haus. Tapi kami semua tak nak minum air putih. Kami nk minum air manis..hehe. So kami pon memasang dapur untuk menjerang air dan membuat air. Tempat yang kami rehat itu kami beri nama Kem 7Eleven. Di situ kesejukan menyapa kami. Mungkin kerana angin petang yang agak sejuk itu.
Selepas agak lama kami di situ, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Kem Kasut. Suasana gelap sudah menemani perjalanan kami. Itu tandanya sudah malam dan kami tegah OT..huhu..Hampir pukul 8malam kami pon tiba di Kem Kasut. Tiba di situ kami terus mencari tapak untuk memasang khemah kami. Setelah khemah selesai didirikan, kami pun membersihkan diri kami dan menukar pakaian tidur. Selesai solat kami pun berkumpul untuk makan malam. Mami isteri Abang Ali merupakan ketua chef dan dibantu oleh peserta-peserta perempuan yang lain. Makanan malam itu agak sedap. Kesejukan malam itu sedikit terhindar setelah melayani kopi yang telah disediakan. Selesai makan dan bersembang sambil tergelak-gelak kami pon bersiap-siap untuk merehatkan badan. Apa lagi tidor la.. Ketika hendak tidur, team cikgu yang di bawa Ryoq pon sampai di Kem Kasut.
Malam itu kami tido selenanya. Kelitihan badan sepanjang trekking siang tadi telah membantu kami mengecapi tidur yang nyenyak. Sejuk malam itu tidak terasa kerana kami tidur dalam khemah six man tent. Sweater yang dipakai dan tidur di dalam sleping beg membuat kan sejuk itu tidak terasa lantas membantu kami untuk tidur nyenyak. Tidur ini mempu mengembalikan semula tenaga yang telah digunakan siang tadi. Pagi itu awal aku sudah bangun. Selesai menunaikan solat subuh, aku kembali ke dalam khemah. Sambil menantikan sarapan pagi siap untuk disantap, aku pon berbaring. Niat untuk berbaring buat seketika tergendala kerana aku terlelap kembali. Sekitar jam 8pagi, aku bangun kembali untuk bersiap. Kami pun menukar pakaian trekking dan mengemas tapak di Kem Kasut. Selesai sarapan dan packing beg, seperti biasa kami warm up sebelum meneruskan perjalanan menuju puncak Yong Belar. Beg yang telah siap dipacking kami tinggalkan di Kem Kasut. Kami mendaki ke puncak sekadar membawa bekalan air untuk diminum sepanjang treking dan baju tema yang hendak dipakai di puncak.
Selepas siap kami pon meneruskan perjalanan. Dalam hati sudah berkata, puncak Yong Belar sebentar lagi kau akan ku tawan. Perjalanan yang cuma memakan masa 45minit dari Kem Kasut membuatkan kami kurang terasa penat namun peluh sentiasa menjadi peneman kepada badan kami. Tiba di puncak, kami merehatkan badan sementara menunggu peluh di badan kering. Setelah hampir 5 minit kami berehat, kami pun menukar pakaian tema. Tema kami dipuncak adalah memakai pakaian koperat bagi lelaki manakala perempuan memakai baju kurung. Setelah segak berpakaian tema kami pun meneruskan aktiviti rutin kami iaitu bergambar. Pemandangan cantik yang terbentang di dapan mata tidak kami sia-siakan. Kami mengambil gambar sebanyak yang boleh. Selesai bergambar, tanpa kami sedari john telah membawa mercun dan bunga api. Kami pon bermain bunga api dan membaling mercun. Suasana di puncak meriah bersama dentuman mercun. Setelah agak lama kami bersuka ria di puncak, kami pon turun semula ke Kem Kasut. Setelah hampir 25 minint kami tiba di Kem Kasut. Setibanya di Kem Kasut, aku lihat Ryoq baru bangun tidur. Kami pun tanpa membuang masa mengalas beg yang telah dipacking dan memulakan perjalanan turun ke Dam.
Perjalanan turun tidak la selama perjalan mendaki, Namun kami tetap tiba di dam malam. Mungkin kerana terlalu banyak berhenti untuk bergambar. Setelah selamat sampai di Dam, kami pun dihidangkan dengan air kopi panas. Penat sebentar tadi hilang selepas hampir 5minit melabuhkan punggung. Selepas kami menukar pakaian bersih, kami berkumpul dan bercerita sambil-sambil bergelak ketawa. Kami semua bagaikan sudah lama berkenalan. Kemesraan yang bagaikan adik beradik membuat kan ekspedisi ini menjadi menarik. Malam itu kami tidur lebih nyenyak dari semalam. Aku paling nyenyak, khemah six man tent yang dipasang digunakan oleh aku seorang. rakan-rakan ku yang lain semua nya tidur luar. mereka sekadar tidur di atas ground sheet tanpa bumbung. Pagi besok nya aku bangun agak lewat. Bangun-bangun aku terus melibat khemah dan mandi. Selesai mandi aku pun pergi ke kawasan masak untuk mendapatkan sarapan pagi. Tapi duka cita kerana makanan telah abis. Along anak abang Ali cakap kat aku, "ayah suruh along buang bihun lebih, ayah kata kalau wan nak makan, wan makan kt kedai Kg Raja". Sedih aku tapi nak buat macam mana, salah aku. Sapa suruh bangun lambat. Namun rezeki pagi itu tetap setia dengan aku, adik anak abang Ali seorang lagi telah menyimpan nasi goreng untuk aku. Selesai makan dan berkemas kami pun menaiki 4wd untuk balik ke Kg. Raja.
Tiba di Kg. Raja kami menaiki bus UTeM yang lebih awal tiba di situ. Dari Kg. Raja kami dibawa berjalan-jalan sekitar Cameron Highland. Aku dan rakan-rakan treking aku yang lain menggunakan masa yang diperuntukan untuk masuk ke Rose Vally. Dalam Rose Vally itu, banyak juga gambar yang kami snap. Tiket bernilai RM4.00 tidak terasa nilainya kerana kami berasa gembira kitika berada di dalam Rose Vally. Selesai berjalan di dalam Rose Vally, kami pon pergi ke gerai-gerai di bahu jalan untuk membeli strawberi dan bungan rose. Selesai shoping kami kembali ke bus dan bergerak pulang ke Melaka. Kepenatan kami membuat kan kami terlena sepanjang perjalanan pulang ke Melaka.
Tiba di kampus industri, kami terus di beri sijil penyertaan. Agak terperanjat juga dengan sijil itu. Terlalu cepat. Sijil yang dikeluarkan memang cantik dan ada calss..Selepas semuanya selesai, kami pun bersurai dan pulang ke kediaman masing-masing. Ekspedisi kami ini smpai di sini sahaja. Keseluruhannya, ekspedisi ini dikira berjaya kerana berkat kerjasama semua kami berjaya melaksanakan objektif ekspedisi. Sekian.
Gambar Ekspedisi :
Perjalanan Pergi : Berhenti makan di R&R
Naik 4WD : Menuju ke kaki gunung
Kaki Gunung : Sarapan pagi sebelum memulakan pendakian
Pendakian Ke Puncak : Tiba di batu sempadan tiga negeri
Pendakian Ke Puncak : Mendaki trek batu
Pendakian Ke Puncak : Zu, Mekna dan Joko
Pendakian Ke Puncak : Zu, Mekna, Joko dan Aku di puncak maxis
Pendakian Ke Puncak : Payungku diserang angin
Pendakian Ke Puncak : Berhenti makan di Kem Tudung Periuk
Pendakian Ke Puncak : Sebelum meninggalkan kem tudung periuk
Pendakian Ke Puncak : Berhenti minum di kem 7eleven
Puncak : Permandangan dari puncak Yong Belar
Puncak : Sebahagian daripada peserta ekspedisi
Puncak : Bergambar bersama pakaian tema
Puncak : Bergambar bersama "Iron Lady"
Puncak : Bermain bunga api
Bergerak Turun : Bergambar sebelum meninggal kan kem kasut
Bejalan di Cameron Highland : Di pintu masuk Rose Vally
Berjalan Di Cameron Highland : Bergambar bersama Rose Vally
Berjalan Di Cameron Highland : Di atas jambatan
Berjalan Di Cameron Highland : Masih di dalam rose vally
Berjalan Di Cameron Highland : Aku sayang mak
Berjalan Di Cameron Highland : Bergambar selepas shopping
Berjalan Di Cameron Highland : Bergambar sebelum menaiki bus
Tiba Di Cubic : Menerima sijil penyertaan
Sijil Penyertaan
No comments:
Post a Comment