Salam blogger kepada semua pembaca. Sehingga sekarang aku belum boleh nak tidur. Aku pun tak tahu kenapa susah sangat nak tidur. Kalau diikutkan, kondusi aku ni dah mampu buat aku tidur dengan nyenyak sangat. Dari malam kelmarin aku tak tidur sebab nak kena cover banyak chapter untuk paper introduction manufacturing yang aku ambil semalam. Semalam aku hanya tidur selama 3jam. Itu pun tidur untuk mengelakkan aku jadi blank bila dalam dewan time ambil exam. Lepas balik dari exam hingga sekarang aku masih belum boleh nak lelapkan mata. Dalam mencuba nak lelapkan mata ni, aku terigat kata-kata seorang kawan aku, kabil ketika kami dalam perjalanan nak pergi trip trans titiwangsa cuti semestar lepas. Kata-kata tu buat aku terasa ingin menulis pagi-pagi ni sebagai renungan kita sesama pembaca. Kata-kata tu dipetik dari satu syarahan oleh seorang dalam satu majlis yang kawan aku join.
Kata-kata itu adalah "untuk jadi seorang mukmin yang sepurna kita harus mengamalkan prinsip INGAT 2 PERKARA LUPAKAN 2 PERKARA". Lepas tu kawan aku pun jelaskan apa 2perkara tu. So sekarang aku nak jelaskan kat pembaca yang masih lagi belajar dan mencari. Dalam hidup ni, setiap hari kita belajar.
2 Perkara yang perlu diingat :
- Kebaikan orang terhadap kita (Supaya kita jadi seorang yang mengenang budi)
- Keburukan kita terhadap orang (Supaya kita jadi seorang yang sedar terhadap kekurangan dan
keburukan diri sendiri)
2 Perkara yang perlu dilupakan :
- Kebaikan kita terhadap orang (Supaya kita tidak jadi seorang yang bongkak,sombong)
- Keburukan orang terhadap kita (Supaya kita jadi seorang yang pemaaf)
Inilah yang kawan aku bagi tahu kat aku. So bila kita renungkan perkara ini, memang jelas ini ada sahihnya. Dalam kehidupan sekarang, aku rasa perkara yang perlu diingat itu lah kita lupakan dan perkara yang perlu kita lupakan itulah kita ingat. Nasihat ini juga aku tujukan kepada diri aku sendiri, kerana aku pun adakalanya bersikap seperti tu. Bila orang buat sesuatu yang buruk kat aku, memang susah aku nak lupa. Tapi bila kita renungkan balik, siapakah kita untuk menghukum orang lain. Kita ni adalah sesama manusia. Ayat paling famous, "sedangkan Nabi ampunkan ummat, inikan kita manusia yang lebih rendah darjatnya berbanding Nabi kita".
So bila aku renungkan perkara ini terdetik dalam hati aku untuk meminta maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan aku atau senang cakap marah atau bengang dengan aku. Harap renungan ini dapat kita kongsikan bersama dan boleh la kita jadikan satu garis panduan dalam hidup kita.
2 bahagi 2 = 1..
ReplyDeleteminum susu untuk tido..kalau x bleh minom...minom jugak....ataupun makan kacang badam.
ReplyDeletehaah.kalau kite wt salah,yg salah je org ingat smpai mati.yg baik byk2 kite buat dorg lupe....kalau ade khilaf saye mintak maaf awal2.... :)
ReplyDeletetq..bg pendapat...normal r tue..tp utk kebaikan ubh la..
ReplyDelete