Monday, November 9, 2009

BMFP : Birthday Wan

 Tanggal 20 October adalah birthday kawan aku, wan yang ke 23. Dia nie budak kelas aku. Dia ni dalam kelas kita orang memang terkenal ngan perangai yang boleh tahan la sengal, lawak dan macam-macam lagi la. Tapi dia ni ok. Tak la negatif sangat. Senang cerita boleh la di bawa berkawan. So, bila tiba birthday dia, budak-budak kelas aku pon plan la nk kenakan dia. Kira sambut birthday la tapi cara meraikan kurang bagus dan ingat " don't try this at home..at hostel ok". Sebenarnya sehari sebelum hari lahir dia, haqim sorang lagi budak kelas aku dah plan nk kena kan dia. Haqim ni kira seangkatan la dengan wan. kiranya perangai sama 2 x 5.

 Hari yang dinanti-nantikan tiba. Aku time tu baru balik dari rumah kawan aku. So sampai kat parking motor, aku tengok ramai lak budak-budak kelas aku, pelik sekejap tak ingat lak pasal birthday wan. So bila dah bagi tau. Aku pon join sekali la. Time tengah tunggu tu aku pon tengok la barang-barang keperluan yang digunakan untuk memasak wan. Serius memang cam nak memasak. Lengkap, tepung ada, telor ada, pastu siap ada air apa aku pon tak tau. Yang pasti air tu bau, Ya Allah busuk!!.Tengok lak kat motor wan, siap ada tampal-tampal. Tu semua keja nya fatin. So birthday fatin nanti siap kau..hehe..Dekat tank motor wan tampal "We Love You" dan dekat fearing motor wan tampal "Happy Birthday". Lama gak la kami semua tunggu wan balik. Wan minggu tu balik kampung. Even dia balik kampung, Dia masih tak boleh lari dari plan gila ni. Plan yang dirancang oleh kawan-kawan dia yang terlebih "sayang" kat dia.haha..

 Masa yang dinanti-nantikan pon datang. Kami pon dengan hati yang terbuka pergi la dekat gate sambut dia. Time tu yang ada dengan dia sekali Yanie, Nabila dan Alif. Agak menarik la, kita orang sambut dia dengan kek beb. Mesti wan terharunya dan mesti dalam hati dia kata "Dah..mati aku" hehe. Nasib kau la wan. So upacara tiup lilin pon bermula. Memang payah la dia nk tiup lilin. Lilin asyik padam sebab angin malam tu boleh tahan la. So lepas dia berjaya tiup lilin. Fatin pon suap la dia dengan kek. Romantik kan?? Pastu saat-saat romantik hilang. Terus bertukar saat-saat tragis..haha. Wan kena simbah dengan air yang bapak punya busuk, kena baling dengan tepung, kene sapu dengan kek kat muka. Memang kesian r. Tapi nak buat macam mana, semua tu dah ada dalam tentatif program. So untuk buat program berjaya kena la ikut tentatif yang telah ditetapkan. So pada kawan-kawan yang lain berhati-hatila pada tarikh keramat anda. Tidak mustahil giliran anda akan tiba. Awas!!!

So korang tengok la gambar ni..


Menunggu ketibaan yang diraikan

Air yang gila bapak busuk

 
We Love You wan..Sayang sangat-sangat..haha


Happy Birthday Wan!!!

 
Kek untuk wan..23Tahun..Dah tua rupanya


Ya..Yang diraikan dah sampai


Mangsa cuba melarikan diri..Tapi tak dapat jek.


Hye nak tiup lilin pon payah..


Fatin suap kek kat wan


Yang diraikan dah jadi mangsa


Siap sedia untuk digoreng..haha


2 comments:

  1. Best bg yg meraikan..
    Perit bg yg diraikan...

    pape pon we all enjoy!!!!

    ReplyDelete