Sem 1 dah melabuhkan tirai. So apa lagi balik kampung la. Aku dah 2hari dah balik kampung. So bermula la rutin biasa yang dah agak lama aku tinggal kan. Biasa nya rutin ku banyak yang bersama PC dan kerja-kerja yang banyak pengang pen, kertas kajang, kalkulator dan benda-benda stady. Tapi rutin kali ni berbeza sedikit. Aku tak pegang pen, aku tak wat kerja memerah otak. kerja kali ni memang kerja menguruskan kehidupan.
Biasanya kerja aku bangun awal pagi, tolong mak aku g hantar kuih dan nasi lemak kat kedai dan tolong jual. Kalau tak ikut g niaga, aku duduk kat rumah tapi tetap kena bangun awal untuk angkat tilam-tilam letak kat dalam bilik pastu masuk kan baju dalam mesin basuh dan basuh. Baju dah siap basuh, angkat dan jemur. So dah 2hari rutin ni aku wat. Tapi cuti kali ni rutin aku akan bertambah sikit. Cuti kali ni rumah aku akan ada satu majlis perkhawinan yang sulung untuk keluarga aku. Along dan alang aku akan berkhawin hujung tahun ni. So kami satu keluarga terpaksa la bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis raja sehari ni.
Kepulangan yang dinanti. Siapa yang menanti? ya ini la yang menanti. Tugas-tugas menghias rumah dan banyak lagi. Berus-berus cat serta tong-tong cat dah lama menanti aku untuk mengecat dinding rumah aku. Perabot-perabot rumah aku yang dah lama mungkin akan diangkat buang dan digantikan dengan perabot baru. Fuhh tu semua perlukan perkerja. So siapa lagi kalau bukan aku. Apa nak buat, layan kan je la. So alang-alang aku tulis ni, aku nak jemputla kepada pembaca blog ni untuk menghadirkan diri ke majlis perkhawinan yang akan berlangsung pada 26 Dis 2009 iaitu pada hari sabtu. So sesiapa yang berkesempatan untuk datang, jemput-jemputla datang ye. Jangan malu-malu, kedatangan anda akan memeriahkan lagi majlis ini.
No comments:
Post a Comment