Kejap je dah masuk hari ke-2 bagi hari raya aidiladha. Lembu dan seangkatannya telah selamat ditumbangkan. Takbir telah kita lafazkan bersama-sama. Aku dan keluarga aku seperti biasa sambut raya aidiladha di rumah aku je iaitu di Kampung Pantai Belimbing, Durian Tunggal Melaka. Pagi hari raya macam biasa g ke masjid untuk menunaikan solat hari raya aidiladha. Sempat la bersalam dan bertegur sapa dengan kekawan aku yang dah agak lama aku tak jumpa. Lepas tu balik rumah dan makan sarapan yang semestinya tak sama seperti sarapan pada pagi-pagi lain. Sarapan pagi tu ada ketupat daun palas + Nasi Impit + Rendang cili api ayam.
Lepas bersarapan dan makan sama-sama, ayah dan adik aku g ke masjid balik untuk tolong menjayakan ibadah korban. Mak dan adik aku yang perempuan pulak siap kan tempahan kuih. Hari tu mak aku ada menerima tempahan kuih oleh mak ngah minah aku. Dia ada buat kenduri aruwah. Hari tu aku off dari buat kerja. So boleh la aku rehat.
Pada yang tak pernah tengok ketupat daun palas, nah aku tunjukkan. Kalau belom pernah rasa, try la rasa..
Ketupat Daun Palas dan Rendang Cili Api Ayam
Ketupat yang dah tanggal kulit
Sedia dimakan.
No comments:
Post a Comment