Sunday, November 8, 2009

Pagi Indah Di Bukit Beruang



       Subuh : Permandangan dari atas bukit beruang

 Pagi ini bukan la pagi yang biasa. Bagi aku pagi ini ada kelainan dari pagi-pagi sebelumnya. Biasanya waktu pagi, rutin biasaku bersiap, keluar dari rumah, turun dan menghapiri parking motor lantas menghidupkan enjin motor. Setelah agak lama enjin moto dihidupkan aku akan menunggangnya dan bergerak ke kampus. Melihat deretan kereta yang seakan berlumba-lumba menuju ke destinasi masing-masing. Semuanya ibarat mengajar masa yang pastinya tidak mungkin dapat dikejar. Jika tiada kelas, pagiku hanya dibilik. Ketika itu rutinku adalah menemani katil ku yang setia menanggung badanku. Ataupun aku mengadap PC ku yang tidak pernah lena, setia dia berjaga melayani kerenahku. Tapi pagi ini aku lebih segar. Segar bersama peluh badan. Segar bersama udara pagi yang sememangnya nyaman dan dingin menyapaku. Segar terlinga ku kerna terhindar dari keriuhan enjin kenderaan. Badanku pagi ini tidak disapa oleh karbon monoksida yang keluar dari punggung kenderaan. Pagi ini, di depan mataku terbentang permandangan yang berkilau dek cahaya lampu.

 Selesai aku menunaikan solat subuh, aku pun mengeluarkan peralatan-peralatan seperti head lamp, hermock, kemera, beg, tuala kecil, tripod dan 2botol air masak kosong. Aku bercadang pagi ini untuk naik bukit beruang. Apa yang bermain di fikiranku hanya satu. permandangan dari atas yang pastinya cantik. Selesai aku memasukkan barang yang telah dikumpul ke dalam beg, aku pun terus melangkah keluar dari rumah dan menuju ke bukit beruang. Di luar ketika itu masih lagi gelab. Ketika aku tiba di pagar asrama, aku selisih dengan seorang budak kelas aku iaitu yanie. Ketika itu dia bersama seorang kawannya. Aku sekadar menegurnya "hye". Kaki ku terus ligat mengatur langkah menuju bukit beruang. Tiba di kaki bukit beruang jalan terlalu gelab. Di situ tidak ada lampu jalan. Head Lamp aku telah berkhidmat dengan menerangkan kegelapan jalan itu.

 Perjalanan yang memaksa aku mendaki telah mengeluarkan peluh lantas membasahkan badanku. Kurang dari 10minit aku pun tiba di atas bukit beruang. Dari atas aku sempat lihat permandangan yang cantik. Kilauan lampu-lampu jalan dan banggunan yang masih segar bercahaya memberikan satu permandangan yang sememangnya indah di pandangan mata. Aku terus mengeluarkan kemera dari dalam beg dan tanpa berlengah terus menangkap gambar-gambar yang lawa-lawa. Selesai mengambil gambar. Aku pun merebahkan badan di atas harmock yang aku bentang setibanya aku di sana. Wah bulan masih ada. Rezeki mataku yang berkesempatan melihat permandangan yang indah di samping melihat cahaya bulan.

 Selepas hampir 5minit aku melabuhkan badan, aku kembali bangun. Ku toleh ke belakang. Langit yang gelab kini bertukar warnanya menjadi jingga. wah mentari mahu menunjukkan rupanya. Namun pokok-pokok yang gah berdiri menghalang mataku dari melihatnya. Hati ini sedikit hampa, namun warna langit itu sedikit menghilangkan kehampaan pada hatiku. Setelah ku rasa agak lama di atas, aku pun mengemas barang-barang dan bergerak turun. Tiba di pondok guard, aku di panggil oleh staf UTeM yang datang di situ. Setelah memeriksaku dan sah aku adalah pelajar UTeM, baru la aku dibenarkan masuk. Tiba di bilik, terus aku mengabadikan cerita pagiku yang berbeza dari pagi-pagi sebelumnya di blog ini.


Subuh : Permandangan dari atas bukit beruang

No comments:

Post a Comment