Saturday, November 14, 2009

Selesai Sudah Semestar Pertama

 Semestar pertama aku di UTeM sebagai student degree berakhir hari ni. Pagi tadi aku dan bebudak kelas aku menduduki paper terakhir kami iaitu paper static and strength of mechanics. Paper ni murupakan salah satu paper yang agak killer bagi kami di semestar ini. So semalam terpaksa la berhempas pulas untuk stady subject ni. Stady sampai tak tidur. Benda yang kami belajar selama 1sem kami stady cuma dalam 1malam. Ni la kelebihan student. Kelebihan memiliki kaedah pembelajaran pantas.

 Paper pagi tadi memang agak sukar, Tapi syukur aku masih berpeluang menulis jawapan. Ada gak yang aku stady keluar dan ada gak yang haram tak keluar. Tapi nak wat cam mana, anggaplah tak ada rezeki. Paper pon dah abes so tak nak la cerita pasal stady-stady ni. Pintu perjuangan dah tertutup rapat. Sekarang masa untuk menutup pintu bilik dan pintu rumah pulak. So balik-balik dari ambil paper, aku terus kemas barang-barang aku untuk dibawa balik ke rumah di kampung. Agak banyak juga la barang-barang aku. Barang outdoor ada, barang stady ada, barang keperluan lagi dan baju aku pun agak banyak.

 Plan asal aku nk hantar barang-barang aku balik petang tadi. Tapi aku tertidur selepas selesai kemas barang. Kepenatan stady semalam tanpa tidur mendorong aku untuk terus lena dengan nyenyaknya smpai ke magrib. Akhirnya aku buat keputusan untuk balik besok. Cerita kali ini aku nak konsing dengan korang pasal keadaan asrama aku untuk semestar ni. Semestar ni aku tinggal di Kolej Kediaman Pelajar UTeM Bunga Raya di Bukit Beruang Melaka. Kolej kediaman ni aku pernah tinggal satu masa dahulu. Ketika itu aku merupakan pelajar tahun 2 Diploma. Tapi dahulu aku tinggal di blok A. Sekarang aku tinggal di blok B. Dulu blok A adalah blok lelaki dan blok B adalah blok perempuan. Tapi sekarang dah tukar, blok A jadi blok perempuan dan blok B jadi blok lelaki.

 Ahli rumah aku semua 10 orang. 8dari 10 orang tu aku dah memang kenal lama. Diorang budak kelas aku time aku dip dulu. Kat rumah aku ada bilik yang isinya 2 orang, ada yang 3 orang dan ada yang seorang. Bilik aku 3 orang. Budak bilik aku semua kawan aku time dip. Seorang budak bilik aku adalah budak kelas aku sekarang nama dia Azrin tp kita orang panggil dia Pokyen. Seorang lagi budak BMFP juga tapi dia tahun 2. Nama dia wan juga tapi untuk membeza kan dia dengan aku, so kita orang panggil dia wan jo. Aku diorang panggil wan melaka sebabnya aku orang melaka. Asrama aku ni adalah apartment.

 Malam nie mungkin malam terakhir aku kat rumah ni untuk semestar ni. Dengan khabar semestar depan rumah tak bertukar. Bagus la sebabnya aku dah selesa duduk kat rumah ni. Rasa cam cepat sangat masa berlalu. Sekarang dah abis sem 1, terasa macam baru semalam aku sambung degree. Sem ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Gembira ada, sedih pun ada. Sem ni aku lebih banyak luangkan masa aku dengan bebudak rumah dan bebudak kelas. Macam sem-sem sebelum nie aku banyak lepak ngan bebudak gunung. Lepak dengan bebudak rumah dan bebudak kelas aku best gak.

 Bebudak rumah aku memang suka berjalan-jalan. Memang sejak kita orang diploma lagi. Bebudak kelas aku lak, tak sangka lak diorang pun suka lepak-lepak. tu yang banyak aktiviti kelas aku sem ni. Sem ni juga ada 1prinsip hidup aku yang telah berubah. Prinsip yang aku tak pernah abad buat dalam hidup aku, tapi sem ni aku buat. Manusia sentiasa berubah, cuma bagaimana dan bila yang menentukannya. Apa pun anggaplah ini semua pengalaman hidup. Ok lah cerita sem 1 dah abis. Tirai semestar ni dah melabuhkan tirai.

Gambar salingan :

Barang-barang aku Sem ni


Other side : Setle dah packing


Keadaan bilik aku
Katil Single : Wan Jo
Katil Double Atas : Pokyen
Katil Double Bawah : Aku


Meja PC : PC kesayangan

2 comments:

  1. wah..sgt 'kemas'.
    hehe
    spongebob,rumh tol ke x bertukar??

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    rumah bujang biase la...
    rase nyer xtukar...
    hari tu ade staf bunge raye msk umh kite org..
    die ckp xtukar..
    tp xtau la hostel bbdk pompuan...
    bgus klu xtkar...
    blh kluor mkan same2...huhu

    ReplyDelete