Saturday, November 21, 2009

Hari Kualiti SKPM 2009

 Hari kualiti adalah satu hari untuk meraikan individu yang berkualiti. Pada enterie kali ni, hari kualiti yang dimaksudkan adalah hari penyampaian hadiah di Sekolah Kebangsaan Parit Melana (SKPM). Aku telah merajinkan diri menghadiri hari ini disebabkan adik aku yang bongsu akan grad. Bukan la grad yang besar-besar tapi sekadar grad tamatnya prasekolah. Tapi grad ni kira pembakar semangat pada dia untuk merasai grad yang 'sebenar'. Harap-harap dia akan fikir cam tu. Pada hari kualiti ini juga pelajar sekolah ini akan diberi hadiah di atas kejayaan mereka dalam bidang akademik. Pada hari yang sama, keputusan UPSR telah pun diumumkan dan dikhabarkan, seramai 3orang pelajar sekolah itu mendapat 5A. Ketiga-tiga pelajar itu adalah pelajar perempuan. So dimanakan kualiti 'Lelaki'? renungkanlah.

 Di hari kualiti kali ni juga adik aku yang second last ada membuat persembahan. So aku dipaksa datang untuk ambil gambar adik-adik aku. Memandangkan aku memang boring di rumah dan bosan dengan kesibukan menyiapkan kad. Aku pon menghadirkan diri. So sedikit tergelak ketika melihat graduan 'kecil' itu dan persembahan adik-adik di sekolah itu.

Jom layan gambar :

Perarakan Graduan 'Kecil' Mengambil Tempat


Graduan 'Kecil' Mengambil Tempat


Graduan 'Kecil' Berbaris Menerima Sijil


Graduan 'Kecil' Menerima Sijil Dari Guru Besar


Adik Second Last Aku Mendeklamasikan Sajak


Adik Aku Lead Persembahan Kalam Jami'e


Persembahan Kalam Jami'e


Persembahan Pop Yeye


Persembahan Pop Yeye 

No comments:

Post a Comment