Monday, November 30, 2009

Argggg.....Tak dapat g V2

 Akhirnya aku terpaksa buat satu pengorbanan di mana perkara yang dikorbankan adalah hobi aku yang aku minat. Apa hobi tu??daki gunung laa. Besok kawan-kawan aku akan memulakan pendakian untuk menawan Trans V2. Pada mulanya aku adalah salah seorang dari line up untuk trans tu. Tapi memandangkan permohonan cuti aku dari big bos kat rumah aku tak diluluskan, so terpaksala aku akur. Kalau aku lawan tak berkat lak perjalanan aku nanti. Silap-silap boleh...#$%@&.

Sunday, November 29, 2009

Terima Kasih Lin

 Oleh kerana pada hari raya haji hari tu aku off dari membuat kerja, so keboringan yang dah lama tak muncul datang balik. Dalam boring-boring tu, aku terigat akan hadiah konvokasyen aku yang di beri oleh Lin. Aku dah memang agak yang hadiah tu adalah novel, So aku rasa ini adalah masa yang sesuai untuk membaca. Aku pon terus mengambil hadiah dari dalam beg Alumni UTeM dan terus memngeluarkan novel itu dari pembalutnya. Lihat saja tajuk novel tu aku terperanjat gak sebabnya, novel yang dihadiahkan adalah novel yang aku terigin nak baca. Dengan cerita dari kawan-kawan aku, diorang kata novel tu menarik. Novel tu adalah novel keluaran Alaf 21, Penulisnya Damya Hana dan novelnya adalah Ilham Hati.

Santapan Di hari Raya Aidiladha

 Kejap je dah masuk hari ke-2 bagi hari raya aidiladha. Lembu dan seangkatannya telah selamat ditumbangkan. Takbir telah kita lafazkan bersama-sama. Aku dan keluarga aku seperti biasa sambut raya aidiladha di rumah aku je iaitu di Kampung Pantai Belimbing, Durian Tunggal Melaka. Pagi hari raya macam biasa g ke masjid untuk menunaikan solat hari raya aidiladha. Sempat la bersalam dan bertegur sapa dengan kekawan aku yang dah agak lama aku tak jumpa. Lepas tu balik rumah dan makan sarapan yang semestinya tak sama seperti sarapan pada pagi-pagi lain. Sarapan pagi tu ada ketupat daun palas + Nasi Impit +  Rendang cili api ayam.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

 Dalam cuti-cuti ni, tak sedar lak pertukaran hari sehingga menghampiri hari raya aidiladha. Pagi tadi pergi klinik Durian Tunggal nak amek ubat darah tinggi mak aku, aku perasan ada 2-3 orang bukak kedai tepi-tepi jalan jual daging. Kepala aku blur kejap, "apasal orang jual daging ni?" opss baru aku igat besok raya aidiladha..huhu. Memandangkan sambutan hari raya aidiladha kat melaka tidak lah meriah seperti negeri-negeri di Pantai timur, menyebabkan aku tak sedar kedatang hari raya ini. Kat melaka hari raya aidiladha sekadar pergi menunaikan solat hari raya, pastu balik umah. Kalau ada buat korban baru la terasa sikit. Itu pon tak la semeriah hari raya aidilfitri yang orang sambut hampir sebulan. Walaubagaimanapun, mak aku setia menyediakan ketupat daun palas dan rendang cili api ayam. Raya aidiladha tahun ni sorang abang aku tak dapat balik sebab terpaksa berkerja. So kurang la seorang isi rumah ni. Dalam kurang-kurang pon, rumah aku masih ada isi rumah seramai 11orang..hehe ramai ke?

Saturday, November 21, 2009

Hari Kualiti SKPM 2009

 Hari kualiti adalah satu hari untuk meraikan individu yang berkualiti. Pada enterie kali ni, hari kualiti yang dimaksudkan adalah hari penyampaian hadiah di Sekolah Kebangsaan Parit Melana (SKPM). Aku telah merajinkan diri menghadiri hari ini disebabkan adik aku yang bongsu akan grad. Bukan la grad yang besar-besar tapi sekadar grad tamatnya prasekolah. Tapi grad ni kira pembakar semangat pada dia untuk merasai grad yang 'sebenar'. Harap-harap dia akan fikir cam tu. Pada hari kualiti ini juga pelajar sekolah ini akan diberi hadiah di atas kejayaan mereka dalam bidang akademik. Pada hari yang sama, keputusan UPSR telah pun diumumkan dan dikhabarkan, seramai 3orang pelajar sekolah itu mendapat 5A. Ketiga-tiga pelajar itu adalah pelajar perempuan. So dimanakan kualiti 'Lelaki'? renungkanlah.

Proses Penghasilan 'Wedding Card' Fasa 2

 Hari tu proses design kad dah siap. So untuk penghasilan kad, maka proses seterusnya pun di teruskan dan masih lagi menggunakan khidmat seorang pekerja siapa lagi kan kalau bukan aku. Seperti yang aku belajar dalam bidang pembuatan, proses penghasilan sesuatu produk terdiri dari beberapa peringkat. Peringkatnya adalah Order (Customer) -Design (Design Engineer) - Production - Maintenance - Pakaging & Labeling - Customer. So pada enteri sebelum ni iaitu pada fasa satu order from customer iaitu abang aku merangkap pengantin telah pun di buat dan designing pun telah siap. So peringkat seterusnya adalah production - maintenance - Pakaging & Lebeling.

Wednesday, November 18, 2009

Wedding Card Along dan Alang Satle

 Huh akhirnya siap juga wedding card untuk perkahwinan along dan alang aku hujung tahun ni. Aku baru satle design dan besok aku akan print out kad-kad tersebut. Maka proses pengedaran kad boleh la dijalankan oleh orang tua aku. Jemput-jemput la datang ya kepada mereka yang menerima kad jemputan. Yang tak dapat kad tapi telah diberitahu mengenai majlis ni juga diharap dapat menghadirkan diri.

Tuesday, November 17, 2009

Kepulangan Yang Dinanti

 Sem 1 dah melabuhkan tirai. So apa lagi balik kampung la. Aku dah 2hari dah balik kampung. So bermula la rutin biasa yang dah agak lama aku tinggal kan. Biasa nya rutin ku banyak yang bersama PC dan kerja-kerja yang banyak pengang pen, kertas kajang, kalkulator dan benda-benda stady. Tapi rutin kali ni berbeza sedikit. Aku tak pegang pen, aku tak wat kerja memerah otak. kerja kali ni memang kerja menguruskan kehidupan.

Saturday, November 14, 2009

Selesai Sudah Semestar Pertama

 Semestar pertama aku di UTeM sebagai student degree berakhir hari ni. Pagi tadi aku dan bebudak kelas aku menduduki paper terakhir kami iaitu paper static and strength of mechanics. Paper ni murupakan salah satu paper yang agak killer bagi kami di semestar ini. So semalam terpaksa la berhempas pulas untuk stady subject ni. Stady sampai tak tidur. Benda yang kami belajar selama 1sem kami stady cuma dalam 1malam. Ni la kelebihan student. Kelebihan memiliki kaedah pembelajaran pantas.

Thursday, November 12, 2009

Renungan : Ingat 2 Perkara Lupakan 2 Perkara

 Salam blogger kepada semua pembaca. Sehingga sekarang aku belum boleh nak tidur. Aku pun tak tahu kenapa susah sangat nak tidur. Kalau diikutkan, kondusi aku ni dah mampu buat aku tidur dengan nyenyak sangat. Dari malam kelmarin aku tak tidur sebab nak kena cover banyak chapter untuk paper introduction manufacturing yang aku ambil semalam. Semalam aku hanya tidur selama 3jam. Itu pun tidur untuk mengelakkan aku jadi blank bila dalam dewan time ambil exam. Lepas balik dari exam hingga sekarang aku masih belum boleh nak lelapkan mata. Dalam mencuba nak lelapkan mata ni, aku terigat kata-kata seorang kawan aku, kabil ketika kami dalam perjalanan nak pergi trip trans titiwangsa cuti semestar lepas. Kata-kata tu buat aku terasa ingin menulis pagi-pagi ni sebagai renungan kita sesama pembaca. Kata-kata tu dipetik dari satu syarahan oleh seorang dalam satu majlis yang kawan aku join.

Tuesday, November 10, 2009

BMFP : Temasya Bowling Di MiBC

 Jam 3 tadi tiba-tiba hand phone aku berbunyi. Tengok nama pemanggil rupa-rupanya fatin. Dia ajak aku g main bowling. Dia cakap bebudak kelas aku yang lain pon ramai yang pergi. So memandangkan aku tengah bosan tahap dewa. Aku pon join sekali. So pukul 5petang kita orang pon kumpul kat tempat parking motor. agak lama juga la menunggu bebudak kelas aku. Semestinya yang ditunggu adalah perempuan. Huh dah nama pon perempuan..so fikir sendiri la..hehe. Selepas agak lama menunggu, kami pon bergerak ke Melaka International Bowling Canter (MiBC) dekat MiTC melaka. agak ramai la budak kelas aku yang join. Tapi stay bukan semua. Even tak semua yang join. Petang tu tetap meriah. Aktiviti bowling tu dah jadi macam sukaneka. Gelak lebih dari main. Lantak la yang penting enjoy.

Monday, November 9, 2009

BMFP : Birthday Wan

 Tanggal 20 October adalah birthday kawan aku, wan yang ke 23. Dia nie budak kelas aku. Dia ni dalam kelas kita orang memang terkenal ngan perangai yang boleh tahan la sengal, lawak dan macam-macam lagi la. Tapi dia ni ok. Tak la negatif sangat. Senang cerita boleh la di bawa berkawan. So, bila tiba birthday dia, budak-budak kelas aku pon plan la nk kenakan dia. Kira sambut birthday la tapi cara meraikan kurang bagus dan ingat " don't try this at home..at hostel ok". Sebenarnya sehari sebelum hari lahir dia, haqim sorang lagi budak kelas aku dah plan nk kena kan dia. Haqim ni kira seangkatan la dengan wan. kiranya perangai sama 2 x 5.

Sunday, November 8, 2009

Pagi Indah Di Bukit Beruang



       Subuh : Permandangan dari atas bukit beruang

 Pagi ini bukan la pagi yang biasa. Bagi aku pagi ini ada kelainan dari pagi-pagi sebelumnya. Biasanya waktu pagi, rutin biasaku bersiap, keluar dari rumah, turun dan menghapiri parking motor lantas menghidupkan enjin motor. Setelah agak lama enjin moto dihidupkan aku akan menunggangnya dan bergerak ke kampus. Melihat deretan kereta yang seakan berlumba-lumba menuju ke destinasi masing-masing. Semuanya ibarat mengajar masa yang pastinya tidak mungkin dapat dikejar. Jika tiada kelas, pagiku hanya dibilik. Ketika itu rutinku adalah menemani katil ku yang setia menanggung badanku. Ataupun aku mengadap PC ku yang tidak pernah lena, setia dia berjaga melayani kerenahku. Tapi pagi ini aku lebih segar. Segar bersama peluh badan. Segar bersama udara pagi yang sememangnya nyaman dan dingin menyapaku. Segar terlinga ku kerna terhindar dari keriuhan enjin kenderaan. Badanku pagi ini tidak disapa oleh karbon monoksida yang keluar dari punggung kenderaan. Pagi ini, di depan mataku terbentang permandangan yang berkilau dek cahaya lampu.

Mengimbau Kenangan : Xpdc Yong Belar (X:YB)

 Ekspedisi gunung Yong Belar ini merupakan salah satu dari ekspedisi-ekspedisi yang pernah aku ikuti. Gunung Yong Belar merupakan gunung ke-3 tertinggi di semenanjung Malaysia. Gunung ini mempunyai ketinggian 2181 Meter atau 7156 Kaki dari paras laut. Ekspedisi yang memakan masa 3hari 2malam ini bermula dari 24 hb - 27hb Oktober 2008 iaitu ketika cuti menyambut perayaan deepavali. Lihat pada tarikh ternyata ekspedisi ini sudah lama aku pergi, tapi malam ini baru hati aku tergerak ingin menulis dan berkongsi cerita dengan pembaca blog aku. Mengapa? mungkin kerana selepas aku tengok gambar-gambar dalam ekspedisi ini. Ketika aku lihat gambar-gambar ekspedisi ini terukir senyum ku lantas keiginan untuk aku mengabadikan kenangan ekspedisi ini di blog datang.

Thursday, November 5, 2009

Baju EX-DMF 06/09 Untuk Tempahan

 Hasil perbincangan antara aku dan sasuke seorang bekas classmeet aku yang sekarang merupakan pelajar kelas BMFR, kami telah bercadang untuk membuat tempahan baju untuk pelajar EX-DMF 06/09. Baju ini ditempah sebagai satu medium yang boleh di jadikan kenangan perhubungan yang terbina di kalangan kita sesama DMF 06/09. Di samping itu, baju ini juga sebagai lambang kita masih lagi mampu bersatu walaupun kita kini sudah berlainan kelas.

Tuesday, November 3, 2009

Video : No One



 Aku ade video menarik nak share ngan pembace blog aku..video nie dh lame aku jumpe..asal nyer aku jumpe kt matacafe time tue aku diploma tahun 3 n time tue aku ddk umh sewe..aku tgk video tue kt PC Nuar @ Roy..mmg time tgk video tue aku gelak smpai senak perut r..viedo nie mmg lawak n bdk dlm video nie bg aku ade talente yg bgus n lawak gile..

Monday, November 2, 2009

Video : Berita Pada Kawan



  Panat stdy, aku pon take time untuk rest kejap. Sambil2 rest aku pon search la you tube untuk layan video. Sudah menjadi kebiasaan aku untuk layan video clip sekiranya aku layan page you tube. Dalam melayan video2 kat you tube. Aku pon tengok video clip Berita Pada Kawan dendangan Abiet G Ade.

Sunday, November 1, 2009

Kini Kita Sudah Di Pintu......

 Akhirnya langkah yang sudah jauh menapak, sudah jauh berjalan kian hampir ke pintu. Apa yang tinggal sekarang adalah menunggu masa pintu itu dibuka. Aku sudah berjalan, aku sudah mendaki kini penamat langkahan aku, kemuncak pendakian aku telah tiba di destinasi nya. Besok pintu keramat itu akan terbuka. Dan bila ia terbuka, dalam rela atau terpaksa aku perlu jua melangkah masuk ke dalam dan melihat lantas menghadapi segala bentuk serangan ke arah aku. Persoalan nya sekarang. Sudah bersediakah aku utk melangkah masuk ke dalam?? sudah lengkapkah peralatan yang perlu digalas?? sudah kuat kah diri aku untuk menghadapi semua ini. Namun harus aku ingat kan diri aku, walaupun soalan ini kubiarkan sepi tanpa jawapan. Kaki ku tetap akan melangkah ke dalam tanpa mempedulikan badan serta hati aku yang tidak merelakan. Kenapa tidak merelakan?? Jawapan nya aku belum cukup kuat untuk menghadapinya.

Lab Report Statik

 Huh mcm2 dugaan la..hari tue aku g tgk cary mark aku untuk sbject2 sem nie..smpai kt sbject statik aku tgk 2markah lab aku 0.00..asal lak nie??timbul persoalan yg aku harap jawapan die "owh saye tersalah"..tp ternyata itu bkn jawapan yg aku dpt..jawapan die adalah.."awak xntar lab report, mana lab report awak?"..huh jawapan + soalan..aku skadar ckp yg lab rport tue kite org dh submit..tp Puan Suriati ttp kate rport tue xde kt die n mintak kite org cari rport tue..

Mengimbau Kenangan : Eksplorasi Jejak Banjaran TT 09'

Trip nie dh lame dh aku g..g time cuti sem..selang 4hari lpas aku balik dari gunung tahan..trip nie pade 30/05/09 - 05/06/09..trip nie anjuran kelab yg underground iaitu WaJaK NA (Warisan Jejak Nature Advanture)..kelab nie aku yg tubuh ngan sorang lagi kawan aku..org pnggil die ajak..nie kire trip pertame bagi klab nie..n smpai skang blom ade lagi trip slpas trip nie..huhu..Trip nie lebih dikenali ngan V1(version 1)..dalam trip nie kami akan menawan 3puncak G7 iaitu Korbu, Gayong n Yong Belar..dan ade gak la puncak2 laen..trip nie mmakan mase selame 6hari5malam..kami masuk dari dam Ulu Kinta, Perak n kami keluar kt dam Blue Vally, Cameron Highland..