Thursday, December 1, 2011

WMB Outdoor 2 : Mendaki Gunung Rajah (Istana Budaya)

view dari Puncak Gunung Rajah


 Weekend yang lepas bertarikh 26 Nov 2011 - 27 Nov 2011, aku mendapat tugasan menjadi jurupandu untuk membawa geng Istana Budaya mendaki gunung rajah. Kali ni, rakan yang menemani aku semasa bertugas terdiri dari golongan baru tapi tidak la terlalu baru. Antara mereka ialah Anis,Botak,Fiq dan Mila. Aku dan Anis bergerak dari melaka ke TBS menaiki bas. Kami berdua berkumpul dengan Botak,Fiq dan Mila di TBS. Mereka semua bergerak dari johor. Dari TBS kami menaiki LRT ke stesen LRT Titiwangsa. Dari Titiwangsa kami berjalan kaki ke Istana Budaya. Sampai di Istana Budaya kami menunggu geng IB sehingga semua urusan selesai. Kami bergerak ke Air Terjun Chamang iaitu lokasi kaki gunung rajah menaiki bas. Aktiviti mendaki selama dua hari satu malam berjalan seperti biasa dan di akhiri dangan jayanya dan selamat. Tak mahu cerita panjang. Kalau berminat nak tengok gambar semasa aktiviti dijalankan, jemputla klik album ni .

Wednesday, November 30, 2011

WMB Outdoor 1 : Abseiling & Kenoying di Berkelah Waterfall (Team 5 - UTM)



 Bertarikh 19 Nov 2011 hingga 20 Nov 2011, aku dan WMB Crew bersama Team 5 dari UTM Skudai telah berkampung di Hutan Lipur BErkelah, Kuantan, Pahang selama satu malam. Seperti biasa sekiranya membawa team masuk ke air terjun berkelah, aktiviti saringan semestinya Abseiling dan Kenoying. Tugasan minggu tersebut seperti biasa, selesai dengan jayanya. Melihat raut wajah peserta mempamirkan wajah riang pastinya memberi makna berpuas hati. Pembaca boleh melihat gambar aktiviti di album ini .

Friday, November 25, 2011

Python aku menyantap



 Seperti yang pernah aku cakapkan kat blog ni, aku ada bela ular sawa spesis Ball Python. Gambar dia sebelum ni korang dah tengok pada entry yang lepas, kali ni aku nak share korang gambar dia tengah makan rat. Dia makan seminggu sekali untuk adult rat. Tapi kalau rat kecik, aku kasi 3ekor sekali makan.

Wedding Khairul Dan Nurul



 Job photographer terbaru aku tapi tak la terbaru sangat, kira yang paling terkini la. Pengantin lelaki ni abang kepada kawan sekampung aku. Lokasi kenduri di Durian Tunggal dan lokasi Outdoor di Taman Seribu Bunga. Ok seperti biasa nak tengok gambar banyak-banyak, klik je Album ni

Wedding Razak dan Sabrina



 Agak lama gambar ni di ambil. Tapi kesibukan menghalang aku untuk mengupload sebagai paparan rakan-rakan blogger. Salah satu job aku iaitu photographer. Pengantin kali ni adalah kawan sekelab aku. So makin mudah la urusan aku sebab aku dah kenal rapat dengan pengantin. So mudah la untuk aku mengarah pengantin untuk berposing. Tak nak sembang panjang lebar, korang tengok la 3-4 keping gambar contoh. Selebihnya kena la tengok kat Album ni.

WMB Services



 Apa itu WMB Services? ya itu la syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana pemiliknya adalah aku. Secara jujurnya, tak pernah dirancang penubuhannya dari awal. Tapi masa yang berlalu memberi peluang untuk aku berniaga. Dari peluang aku ambil untuk mencuba dan dari cubaan aku terhasilah pengalaman yang cuma sedikit. Pengalaman tu aku guna untuk tubuhkan sebuah syarikat kecil. Syarikat yang hanya berstatus pemilik tunggal dan tidak ada pekerja tetap. Tapi untuk permulaan mungkin sesuai. Bila dah wujudnya syarikat ini, makin bertambah la kesibukan aku. Tapi lumrah seorang peniaga.

Thursday, October 27, 2011

Tips Mendaki Gunung

WMB Services.

WMB Outdoor.

Tindakan utama yang perlu diambil oleh seorang pendaki gunung :
1.       Mengenal pasti tahap kesihatan badan.
2.       Mengenal pasti peralatan yang perlu di bawa semasa mendaki.
3.       Mengenal pasti lokasi dan keadaan tempat yang ingin didaki.
4.       Mengenal pasti latar belakang pihak yang menguruskan aktiviti mendaki.
5.       Mengenal pasti jurupandu untuk aktiviti mendaki.
6.       Memohon kebanaran dari pihak berwajib.
7.       Memberi tahu rakan bahawa anda akan melakukan aktivi mendaki.
8.       Mengatahui cara “packing” bag yang betul.
9.       Menyiapkan persiapan mental dan fizikal yang secukupnya.
10.   Mengenal pasti pihak yang perlu dihubungi sekiranya berlaku permasalahan dalam mendaki.

Masih mampu tersenyum

 "Mereka lihat ku tersenyum,Ceria bagai tiada duka..." Shima - Setelah aku kau miliki.
Antara lagu penyanyi perempuan yang aku minat. Mungkin tertarik dengan sebaris dua lirik lagu ini. Kelihatan sering tersenyum,gelak,suka. Itu adalah aku. Hidup bagaikan tiada masalah yang menjadi peneman. Tapi kesahihan nya sentiasa meleset. Itu hanya apa yang terlihat di mata mereka. Tapi sebaliknya bukan seperti yang dilihat. Hidup dengan masalah tapi berusaha menonjolkan kegembiraan agar dilihat bahagia sentiasa. Adakah itu hipokrit?
 Mungki ya. Ya dan memang ya.

Thursday, October 6, 2011

Kelahiran-Kerancakan-Kejatuhan-Kebangkitan-Kukuh, mungkin nanti Kemegahan

 Individu itu akan merasa rela,setia,sayang bila sesuatu yang direla,disetia,disayang itu telah sebati dengan dirinya. Sebati itu bukanlah perlu masa sejenak untuk muncul. Mungkin berbulan atau sahaja berkurun. Bagi aku sebatinya DIA dengan aku kerana lebih dari berbulan tapi tidak lah sehingga berkurun. Cuma sentiasa bersama DIA mankin sebati itu wujud lantas berakar utuh. Bersama dari mula sehingga kini meski saja menjadi sebati. Bermula dengan Kelahiran, betapa sukarnya untuk DIA wujud, aku rasa. Disusuli dengan Kerancakan dia, aku agresif mengikut rentak kerancakan itu. Tiba satu ketika, DIA jatuh. Kejatuhan sebab KAMI. Aku kesali. Kesal tidak berguna jika terus duduk bertongkat dagu. KAMI atur tindakan membangun. KAMI lancar gerakan membina hingga DIA bangkit. Dalam Kebangkitan itu aku puas kerana KAMI berjaya buat dia jatuh cuma sebentar. Mungkin masa jatuh itu, DIA mahu berehat kerna penat dengan kerancakan sebelum. Makin membuat aku berlapang dada sekarang dengan melihat DIA Kukuh. Disebabkan MEREKA yang setia memberi perhatian padu pada DIA. Kesetian MEREKA membuatkan aku yakin, DIA akan selesa berada di peringkat atas. KAMI kini hanya tinggal AKU. Mungkin bosan kerna keseorangan. Tapi MEREKA juga perlu aku damping. menyokong sentiasa gerak langkah MEREKA atur. Ada ketika AKU MEREKA rujuk. Ada ketika AKU MEREKA ajar. Masa beredar membawa kelainan. Masa KAMI tidak akan sama dengan masa MEREKA. Namun sendiri aku memngajak aku memikir selepas MEREKA, akan ada kah MEREKA yang baru mampu menjaga DIA atau membawa DIA menjadi Kemegahan? Semoga MEREKA yang AKU cari datang menunjuk rupa bersilih bakat juga gigih.

Thursday, September 29, 2011

Sehari Bersama KeReX & Jamuan Hari Raya KeReX 2011

 Seperti setiap tahun, selepas intake baru masuk ke UTeM, KeReX akan mengadakan satu program berbentuk pengenalan outdoor kepada ahli baru kelab. Program yang dikenali sebagai Sehari Bersama KeReX melibatkan program yang menggabungkan semua elemen yang ada di bawah naungan KeReX. Pada kali ini, kemeriah dari sambutan pelajar baru terhadap program ini agak membanggakan. Kelainan Sehari Bersama KeReX pada kali ini adalah Jamuan Hari Raya. Disebabkan tarikh program ini masih dalam bulan syawal, maka ahli majlis tertinggi kelab sebulat suara menggabungkan dua program ini menjadi satu.

Apa itu Sehari Bersama KeReX ?

Teman Sebilik - Sofia

 Semenjak duduk rumah sewa, istilah teman sebilik tak wujud sama sekali. Tapi istilah tu datang balik disebabkan hobi baru aku. Hobi yang lama dah bertapak dalam hati aku tapi kekangan sebelum ni menghalang hobi tu dizahirkan. Oleh kerana minat tu belum terkubur malah berbuak-buak, maka terrealisasilah minat aku menjadi realiti. Nak tahu apakah minat aku tu yang mencipta hobi ke-3 aku? jawapan nya SOFIA.

 Siapakah SOFIA? Istimawakah dia sehingga menjadi teman sebilik aku? Perempuan ke? Boleh lak duduk sebilik dengan aku?  haaaaaaaaaa.........

Wednesday, September 28, 2011

Apa bila blogger di tegur.

 Seperti biasa adat orang melayu, memulakan sesuatu dengan ucapan salam. Salam kepada semua.blog yang acap kali aku tatap atau bahasa sekarang sign in. Tapi entry terkini tetap bertarikh pada bulan mei. Bila dalam keadaan bersendirian, idea untuk menghasilkan entry datang mencurah-curah ke ladang gandum. Tapi sayang sekali papan kekunci bakan di hujung jari. Bila sampai di depan komputer dan blog ni pon selesai di sign in, idea yang mengguna sebentar tadi hilang macam tu ja. Gaya penghasilan entry macam nak menghasilkan karya agung tapi entry sebelum ni masih berstatus biasa. Apa punya blogger la kau ni wan. Herdikan dari hati kepada badan. Tapi dah hakikat, jadi terima adalah pilihan yang paling tepat.

Saturday, May 21, 2011

Hari Wesak D' Broga

Photobucket

 Cuti hari wesak yang jatuh pada hari selasa , 170511 aku isi dengan lepak di Broga Hill. Memandangkan ada beberapa junior kelab aku yang rapat ngan aku belum pernah menjejakkan kaki diorang di Broga hill, maka aku pon ajak mereka ke sana. Hasil dari planing, seramai 5 orang on untuk join. Kami berlima gerak sebiji kereta yang dipinjam oleh sharul. Kami semua gerak dari melaka.

Line Up [Dari Melaka] :
~Wan KeReX
~Hazwani Ramlan
~Joe
~Sharul
~Pigi

Line Up [Dari Semenyih a.k.a Guider]
~Caer

Line Up [Dari KL]
~Abd Salam
~Abdul Razak
~Vinothinee

Friday, May 20, 2011

BBQ Ex- DMF 06-09

Photobucket

 BBQ ni agak lama iaitu bertarikh 30 April 2011. Oleh kerana bulan May ni banyak gambar-gambar photoshot yang aku cari, so fokus aku agak terabai pada koleksi gambar BBQ ni. Mintak maaf kat line up BBQ ni sebab buat korang semua tertunggu gambar dari aku. Semalam baru saja selesai upload gambar BBQ ni kat FB.

 Berbalik kepada BBQ ni. Master mind BBQ ni adalah Epik. Nie BBQ antara aku dengan kawan-kawan aku masa diploma. bermulanya dari tahun 2006 sehingga 2009. Lepas tu masing-masing dengan haluan masing-masing. Sekarang mas buat ijazah kelas lain-lain. Turut tidak lupa yang sudah berkerjaya. So masa untuk bersama macam dahulu agak terbatas buat masa sekarang. Event macam ni la kami gunakan untuk lepak-lepak semula. Terima kasih kepada yang menjayakan dan yang memeriahkan.

Monday, May 16, 2011

Testing Mood D' Masjid Selat [150511]

Photobucket

 Pada asalnya outing petang tu aku rancang nak out ngan dua orang kawan aku. Jadi kami pun plan la nak keluar . Untuk menjadikan outing ni lebih menarik, kami pun plan la untuk cari sorang dua model, tapi dukacita sebab tak dapat. So kami plan keluar saja-saja layan snaping tanpa model ganteng-ganteng.

 Petang tu sekitar jam 4.45petang, aku gerak dari rumah family aku terus ke murni tempat tinggal kawan aku tu. Setibanya di trafik light IPK Bukit Beruang, aku dapat msg outing ni tak jadi. So aku pun dah separuh jalan, rasa rugi nak patah balik. So aku teruskan lah niat aku untuk 'menembak'. Sampai di masjid selat, aku terigat satu mood yang pernah aku cuba tapi masih tak berjaya. Mood nak bagi air nama berwap atau berasap. Jadi petang tu adalah masa untuk aku testing mood tu. Nak kata jadi atau tak sendiri la menilai. Tapi aku masih tak berpuas hati dengan mood ni. So next time kena cuba lagi.

Sunday, May 15, 2011

Air Terjun Bukit Sebukor [130511]

Photobucket

 Air terjun bukit sebukor terletak di sekitar ayer keroh, melaka. Air terjun buatan manusia yang menjadi lanscap yang agak menarik. Lokasinya di tepi jalan berdekatan dengan trafic light menjadi medium penenang diri ketika pengguna jalan raya yang terkandas di kesesakan jalan raya berdekatan kawasan tersebut. Itu la sedikit info mengenai air terjun bukit sebukor.
 Seperti biasa, bila dah tak tau nak buat apa. Aku pon plan untuk keluar dengan mr. N aku. Lokasi petang tu adalah air terjun bukit sebukor. Selama air terjun tu wujud dan selama aku tinggal di melaka, belum pernah aku pergi air terjun tu. Petang tu tercapai gak. Hasil nya dapat la sekeping dua gambar. Boleh la buat menambah ilmu dalam bidang snaping. Jom layan gambar. Seperti biasa nak tengok gambar lain klik je Air Terjun Sebukor [130511]


F.L.O.R.A

 Entry pertama aku untuk bulan Mei. Walupun bulan mei dah melangkah selama 15hari. Nak menghasilkan entry memerlukan mud untuk mengerakkan jemari menekan papan kekunci. Walaupun kelapangan masa mencurah-curah keladang gandum, tapi oleh kerana mod menulis tak mari, tak guna juga. akhirnya layar perak ni ku biarkan sunyi. Ok kembali kepada tajun entry "F.L.O.R.A". Berterikh 03 Mei 2011 masa tu semestinya petang. Kebosanan telah sampai ke tahap maksimum, aku pon dengan tidak keruan di dalam bilik terus mencapai Mr. N aku dan terus post kat status FB : Let's go mr.n, time for shot. So apa tunggu lagi..start moto terus ke taman seribu bunga. Hasil gambar boleh la di buat tontonan di kala bosan. Nak tengak gambar semua boleh la tengok kat album di Fb aku nie F.L.O.R.A :

Saturday, April 30, 2011

Kayak D' Redtma

Photobucket

 Bila di fikirkan balik, agak lama jugala tangan ni tak pengang padle kayak. Dan di kala terbatas untuk beraktiviti, datang la keinginan untuk berkayak. Tanpa berfikir panjang terus aku create status yang mentionkan nama kawan-kawan outdoor aku kat utem. yang mana nak join boleh la join aku berkayak. Hasilnya dua orang dapat aku pancing. Terima ksaih aku kat faiq dan diba yang sudi temankan aku melepaskan rindu pada padle.

 Lama juga aku tak jumpa faiq, petang tu dapat jumpa dia, banyak gak la topik yang disembangkan kat tengah-tengah tasek tu. Syok sembang sampai kayak kami dah terlebih dari boya. Sampai kena perli ngan orang yang tengah memancing kat tasek tu. Adui..cepat-cepat kami revearse stroke kayak.

BBQ Murai Jaya ~ DT4450 : Asal bulehhh..

 Seperti rutin harian, duduk dalam bilik mengadap PC. Jam 8.00 malam, timing bosan dah datang. Laman You Tube menjadi mangsa peneman mengusir mood bosan dari bermaharajalela. Satu per satu clip video lagu arena 80-an di layan. Sambil memerhati baris-baris lirik sambil tu bibir bergerak untuk turut melalak. Apa nak buat..BOSAN!!!..

 Melalak punya melalak, jam dah bertukar ke angka 9. Kelibat Nuar muncul dalam bilik. "wei nak join BBQ tak?" "bila?" balas ku pantas. "malam ni,jap lagi nak g beli barang, nak tak?" "ok gak". tanpa fikir panjang, laju ja aku bersetuju. Mungkin aura bosan menjadi mangkin untuk kata setuju keluar dari mulut. Selesai kutip RM5 seorag untuk membeli barang-barang berBBQ, Nuar,Pokyen dan Megat terus bergegas ke MYDIN.

 Aku dan yang lain duduk rumah menyambung mood bosan. Sekitar jam 1.00 pagi kerancakan berBBQ bermula. Lokasi BBQ belakang rumah je. Aku pon snap la seberapa keping gambar kenangan + gambar untuk bakar golongan yang tidak terlibat. Enjoy juga la BBQ tu. Dapat gak BOSAN tu pergi jauh buat seketika. Walaupon planing last minit, tetapi berjaya juga terlaksana.

Friday, April 29, 2011

Teman baru : Prednisolone

Photobucket

 Hukum karma, sakit mesti dikaitkan dengan ubat. sama la macam aku yang sekarang bergelar pesakit, semestinya ada ubat yang dibekalkan kepada aku. sekarang jadual harian aku ada pengisian baru iaitu "masa untuk makan ubat". Demi kebaikan diri sendiri, aku layankan je. hehehe. Sekarang ni, kemana aku pergi, aku banyak galas TNF Borealis merah aku. Senang boleh la aku isi ubat aku dalam tu. orang pon tak nampak aku bawak ubat. boleh la mengekalkan lagak lama agar tak nampak berbezaan walaupon hakikatnya perbezaan tu ada. hehe.

Wednesday, April 27, 2011

Tribute for someone : Kepada Mu Kekasih

Lagu kepadamu kekasih nyanyian trio antara Jamal Abdillah, Hattan dan M. Nasir. Tiga legend dalam industri seni suara tanah air kita. Setiap bibit-bit pada lirik ni aku suka dan aku tujukan kepada seseorang. Lagu berkisar penyerahan hati dan adakah penyerahan itu diterima oleh si Dia bergelar KEKASIH. Indah jika penyerahan diterima namun pedih jika sebaliknya.

Maka, Kepada Mu KEKASIH.................apakah kau akan menerima....penyerahan ini.....

Packing versi terbaru

 Packing-packing ni dah menjadi kebiasaan aku bila tiba hari jumaat. Sebabnya malam tu aku akan gerak keluar berekreasi. So jumaat petang aku akan packing bag, set up ration dan sewaktu dengannya. Tapi kali ni, "Packing" aku versi lain. Aku packing terus guna kotak. Nak tengok tak??....

 Photobucket

Sunday, April 24, 2011

Epilog : K11 - C3 - GHM

Intro :
 Pada 29 Mac 2011 hingga 05 April 2011, aku kena tahan wad. Lokasi lebih detail di Hospital Besar Melaka, Wad C-3, Katil -11. Sebab di tahan seperti entry yang lepas iaitu mengidap Nephrotic Syndrome. 

Epilog :
 Petang 26 Mac 2011, sekitar jam 2.00 petang, bangun dari tidur terasa kepala berat semacam. Rasa macam ada satu beban atas kepala. Bengkak atas kepala gagal kelihatan walaupun dilihat pada cermin sebabnya atas kepala ada rambut.hahaha. Tapi kesan lain turut kelihatan. Bengkak pada muka tapi tiada rasa sakit. Cuma kelihatan comel. Muka aku bulat beb. hahaha. "ok, muka sembab psal baru bangun tido kot. so, abaikan. hehe"
 Malam 26 Mac 2011, sekitar jam 8.00malam, aku menyibukkan diri menyaksikan perlawanan bola sepak Liga KPT Zon Selatan. Perlawanan yang melibatkan UTeM. Dan lokasi semestinya di stadium UTeM. Dalam keadaan muka yang masih bengkak. Ramai yang perasan perubahan fizikal pada muka aku, tapi bila di tanya dengan tenang jawapan aku "Biasa la tidur lebih dai orang normal, so bengkak la"..hehehe 

 ~Kehidupan masih mengikut rutin~

Friday, April 22, 2011

Kisah bulan mac

 Tahun ni entry tak serancak mana. Bila tengok balik last entry bulan february pastu entry tengah hari tadi. terus bulan april kan. So, apa terjadi pada living life di bulan mac? Bulan mac bagi living live agak menarik sebenarnya. Retetan kehidupan yang lengkap dalam pelbagai vesion. Ada vesion bunga, suka, dan TAK SUKA. Awal bulan di mulakan dengan vesion suka. Ini ada kaitan dengan entry february yang mengheret sehingga awal bulan mac dan sebenarnya sehingga sekarang tetapi vesion duka dan mengambil bahagian so vesion bunga tidak menjadi watak utama. Vision suka pula berlaku pertengahan bulan. Vission nya kisah Gunung Rajah. Suka sebab kerja dan ativiti yang aku buat memang perkara yang aku minat dan berkerjasama pulak dengan orang yang senang berkerjasama iaitu Zack, Bella, Pak lah, Amin. Kami sebagai guid yang bawa student poli Merlimau ke Gunung Rajah. Menarik nya trip ni, kes kami delay selama 1hari akibat paras air naik di sungai Lata Naning. Kes menjadi sedikit hangat sehingga cerita masuk dalam akhbar beb. Tapi tak la segempak mana. Semua selamat. Walaubagaimanapun aku puas hati sebab akhirnya aku dapat tampal plat-plat kemsite kat semua kemsite di gunung rajah. Dah lama niat aku nak tampal, tapi asyik tergendala. Akhirnya tercapai jugak. Tapi...tahukah anda, itu adalah trip gunung terakhir ku. HEHEHE. kenapa?? ini la cerita Mac Vesion TAK SUKA.

Kembali revolusi tersangkut di sisi papan kekunci.

 Apakah ini? "revolusi tersangkut di sisi papan kekunci"?? ok!! secara ringkas dan padat. aku rasa masa untuk kembali seperti dulu-dulu-dulu-dulu-dulu. Meningkatkan peratusan masa di depan PC dengan menekan jemari di atas papan kekunci. Dulu acap kali. Lepas tu tersangkut di sisi. "Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia" Sharul watak dalam KL Menjerit pernah cakap. Aku tambah cikit " Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia, jangan lupa pada peredaran masa yang mampu merubah kehidupan manusia secara drastic". RUTIN boleh jadi JANGGAL. Hari esok tiada tetingkap untuk kita jenguk-jengukkan kepala, panjang-panjangkan leher, mengintai apa akan jadi. Yang mampu menyandar belakang kepala pada dinding legap dan berandaian mengenai hari esok. Andaian tetap andaian. Kesahihan tetap tiada. Akhirnya kita sekadar menunggu apa terjadi esok. Jesteru, Kekuatan dalaman perlu kita rapatkan ke sisi mengekori kemana kita pergi.

 Buat tempoh sekaran RUTIN ku telah jadi JANGGAL bagi ku. Sekiranya bosan terus memanjat carta, "revolusi tersangkut di sisi papan kekunci" aku angkat letak di atas.

Friday, February 18, 2011

Betul ke ni??

 Agak lama layar blog ni sepi tanpa sebarang entry. Kesibukan mengundang abuk-abuk halus untuk membina penempatan pada layar ini. Untuk memusnahkan nya tidak semudah memulas pili air dan menyimbahnya. Kesukaran melampirkan gambar hiasan pada layar ini mungkin satu faktor abuk-abuk lincah beraksi berani bermaustautin di sini. Pagi ni bagai ada kata berbisik mengajak aku kembali menjenguk layar perang ini. Bagai pengidap penyakit skizofrenia yang acap kali mendengar bisikan suara sendiri. Bila pintu layar ku kuakkan, agak ketat pintu itu untuk terkuak. bila sudah terbuka, hampir bersin di buatnya. abuk yang bagaikan menghalau tuan layar dari masuk ke rumah sendiri. malas kembali datang. terigat kata dari seorang aspirasi. MALAS ITU PEMUSNAH SEGALA PERKARA. aku kembali akur. scroll pada tetikus ku gerakkan perlahan. agak lama juga layar ni tidak di hiasi entry jiwa. mungkin pagi ini mengembalikan revolusi itu di ruang layar perang ini. ya..ianya sedang terjadi.