Apakah ini? "revolusi tersangkut di sisi papan kekunci"?? ok!! secara ringkas dan padat. aku rasa masa untuk kembali seperti dulu-dulu-dulu-dulu-dulu. Meningkatkan peratusan masa di depan PC dengan menekan jemari di atas papan kekunci. Dulu acap kali. Lepas tu tersangkut di sisi. "Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia" Sharul watak dalam KL Menjerit pernah cakap. Aku tambah cikit " Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia, jangan lupa pada peredaran masa yang mampu merubah kehidupan manusia secara drastic". RUTIN boleh jadi JANGGAL. Hari esok tiada tetingkap untuk kita jenguk-jengukkan kepala, panjang-panjangkan leher, mengintai apa akan jadi. Yang mampu menyandar belakang kepala pada dinding legap dan berandaian mengenai hari esok. Andaian tetap andaian. Kesahihan tetap tiada. Akhirnya kita sekadar menunggu apa terjadi esok. Jesteru, Kekuatan dalaman perlu kita rapatkan ke sisi mengekori kemana kita pergi.
Buat tempoh sekaran RUTIN ku telah jadi JANGGAL bagi ku. Sekiranya bosan terus memanjat carta, "revolusi tersangkut di sisi papan kekunci" aku angkat letak di atas.
No comments:
Post a Comment