Agak lama layar blog ni sepi tanpa sebarang entry. Kesibukan mengundang abuk-abuk halus untuk membina penempatan pada layar ini. Untuk memusnahkan nya tidak semudah memulas pili air dan menyimbahnya. Kesukaran melampirkan gambar hiasan pada layar ini mungkin satu faktor abuk-abuk lincah beraksi berani bermaustautin di sini. Pagi ni bagai ada kata berbisik mengajak aku kembali menjenguk layar perang ini. Bagai pengidap penyakit skizofrenia yang acap kali mendengar bisikan suara sendiri. Bila pintu layar ku kuakkan, agak ketat pintu itu untuk terkuak. bila sudah terbuka, hampir bersin di buatnya. abuk yang bagaikan menghalau tuan layar dari masuk ke rumah sendiri. malas kembali datang. terigat kata dari seorang aspirasi. MALAS ITU PEMUSNAH SEGALA PERKARA. aku kembali akur. scroll pada tetikus ku gerakkan perlahan. agak lama juga layar ni tidak di hiasi entry jiwa. mungkin pagi ini mengembalikan revolusi itu di ruang layar perang ini. ya..ianya sedang terjadi.
mungkin kekeliruan muncul sejenak. tajuk entry ini ada kaitan kah dengan apa ku taip sekarang?? cerita sebaliknya adalah mengenai perasaan,jiwa,hati dan mungkin juga akal. segala ini bagaikan membina satu pakatan dan mencipta satu gerakan ke arah DIA. dalam keriuhan, merangkaklah si persoalan tanpa sedar. Betul ke ni? tindakan yang aku buat. perasaan yang aku sendiri cipta. dataran khayalan yang aku tuju. mungkin juga betul kerna dia ada uniknya. dia ada yang orang lain tiada. dan yang orang lain ada dia juga ada. tapi samar kelihatan pada dia. terselit atau tersorok. atau juga sengaja di selit atau di sorok. namun yang tersorok tu la yang aku pandang unik. dan mungkin itu juga menolak aku untuk menjawab persoalan siapa dia. ya..ada juga jawapan yang aku dapat. dan ada juga yang tergantung ada juga yang aku biarkan tergantung. selama bergelar si pencari yang lagaknya seakan detective conan yang menyelesaikan siasatan kes pembunuhan, aku membawa diriku rapat dengan dia. yang tak tahu, kini aku tahu. apa di belakang, kini aku nampak. kala itu juga hati bagaikan bertukar warna. jika dulunya merah sekarang mungkin sahaja bertukar menjadi pink. tanah kontang milik aku. yang dahulu semak disebabkan sikap sambil lewa aku terhadap semaian bunga kini bagaikan berputik kuntuman bunga. dari mana datang nya benih. aku sendiri tak pasti. mungkin dia yang mencampaknya ketika aku leka mencari. mungkin aku sndiri yang tersiram atau terbaja ketika aku sedang mencari. bila perasan wujudnya kuntuman itu, ada juga timbul rasa ingin mencantasnya dari kembang dan berakar keras di tanah ku. tapi aura lain bagaikan menghalang.aura yang lagi dasyat dari aura malas. kini, bagai merelakan kuntuman itu besar. harap mekarnya cantik. aku mohon bukan kelopak hitam yang wujud nanti.
Persoalan 'Betul ke ni?' bagaikan selumbar yang ingin mencucuk. tapi tidak pula menucuk. kenapa soalan ini mengekorku rapat? mungkin pakatan aku ini menjemput soalan itu kemari tanpa aku sedar. kadang terdetik juga. kenapa aku bagaikan tidak membenarkan tanah itu berbunga. adakah sebab tidak mahu tanah itu semak. atau tidak mahu mengusahakan. mungkin juga kerna tidak mahu beban tergalas. tidak mahu atau belum bersedia? tapi tidak menjadi satu kesalahan jika aku membenarkan. tidak melanggar peraturan jika aku merelakan. masih lagi berdisiplin jika aku mengizinkan. jalan ini aku dah rintis. walaupon belum ke penghujung, tapi telah ke dalam. mengundur perlu ku berpatah balik. teruskan, perlu aku berusaha membuka. keduanya bukan mudah. biarlah adalah cara yang ku fikir terbaik. semoga hasil rintisan ku membawa aku ke penempatan yang indah.
No comments:
Post a Comment