Salam semua. Blog aku ni bukan kata dah berabuk, siap dah bersawang lagi. Ok cuti kali ni agak sibuk. banyak bende nk buat. Entry kali ni nk cerita pasal first aktiviti aku lepas bermulanya cuti sem. Last paper aku jatuh pada 22 Nov 2010. So tanpa tunggu lama, weekwndnya iaitu pada 28 Nov 2010 terus aku ke KL. Tujuan aku ke KL untuk naik Bukit Tabur. Dah lama dah aku nak g tempat ni. Akhirnya tercapai juga. Sekitar jam 8.00 malam, aku,Sopi dan Jaa naik bas dari Melaka Sentral ke Bukit Jalil. Sampai sana, yup datang jemput kami dengan kereta waja Ru. Terus kami ke Menara Rebong, tempat Ru kerja. Dari situ kami terus ke rumah Ru. Banyak juga lokasi persinggahan sebelum ke rumah Ru.
Sekitar jam 3pagi, kami bergerak dari rumah Ru ke kaki bukit tabur. Sebelum sampai ke bukit tabur, kami singgah makan di kedai nasi lemak. kami makan di situ sampai menunggu zaid datang. Kegagalan zaid mencari lokasi kami makan, akhirnya kami terus ke petronas wangsa maju untuk ambil zaid. Di petronas tu kami semua tukar pakaian treking. Selesai tukar pakaian treking kami pon meneruskan perjalanan ke kaki bukit tabur. Sekitar jam 5pagi kami pon memulakan pendakian kami untuk menawan puncak2 bukit tabur. Baru 15 minit pendakian kami telah disajikan satu pemandangan cahaya lampu yang indah. Ternyata cubaan kami menawan bukit tabur tidak sia-sia. Tidak sampai 2jam pendakian, kami telah berjaya sampai ke puncak yang pertama. Suasana sekitar masih lagi gelap, kami dari atas dapat lihat permandangan cahaya lampu satu KL. Memang lawa. Kat atas tu baru la kami tau ada banyak lagi puncak kena kami naik. Mungkin nama dia bukit tabur sebab puncaknya yang bertabur-tabur..hehe...
Bila mantahari nak keluar lak atau senag cakap sun rise laa..dari atas tu memang nampak lawa. Dari atas tu juga boleh nampak kawasan UIA. Selesai layan view kat atas, kami turun ke kereta. Perjalanan turun ikut trek yang sama. Sampai di kereta kami terus ke kedai mamak. Di sana kami sarapan pagi. dari kedai mamak, kami ke Ulu Yam untuk mandi-manda. Selesai mandi-mandi kami terus ke Ampang untuk makan tengah hari. Lokasi di tuju kedai nasi ayam Linda Onn, My Mom's Chicken Rice. Selesai makan, kami menuju ke Istana Budaya. Kat sana aku turun. Yang lain pula bergerak ke bukit jalil untuk hantar sopi dan jaa...
Sampai ja di IB, aku terus jumpa abang aku. Sekitar jam 3ptg aku pon tengok la pementasan Natrah. Cerita tu memang best. Keesokan harinya baru aku pulang ke Melaka.
No comments:
Post a Comment