Sunday, November 21, 2010

Lepak dengan Aini, Azrina dan Huda



 Salam semua. Agak lama blog aku tak post sebarang entry. Kali ni aku berpeluang post entry baru. Ini maksudnya aku baru selesai buat satu aktiviti. Baru-baru ni, jumaat yang lepas aku ada keluar lepak-lepak dengan 3orang budak kelas aku. Diorang nie aku baru kenal sem nie. Diorang ni aku panggil Aini, Azrina dan Huda. Oleh kerana kami ada minat yang sama, iaitu minat pada DSLR, so kami pon rancang la nk outing sama-sama dengan kemera masing-masing. Hari jumaat, 19/11, petang tu sekitar jam 4.30petang kami pon kumpul kat pangsapuri TTU. Lepas semua dah sampai kami terus gerak ke lokasi pertama, Kg. Portugis. Oleh kerana aku orang melaka dan tempat-tempat yang diorang nak g ni, aku kerap g. So aku la pemandu pelancong.
 Sampai di Kg. Portugis, masing-masing terus keluarkan dslr masing-masing. Aini dan Huda guna Canon, aku pula guna Nikon. Azrina tak ada dslr, so dia ni kira model la. Setelah agak lama di Kg. Portugis, kami pon bergerak ke lokasi seterusnya, Masjid Selat di Pulau Melaka. Di situ sempat la kami snap beberapa keping. Selesai solat Maghrib, kami gerak ke kedai makan depan kolam memancing di Pulau Melaka. Selesai makan, kami pon balik. Aini dan seorang lagi kawan dia terus bergerak balik ke serkam. Aku, Azrina dan Huda terus balik ke Ayer Keroh dan Durian Tunggal.

Ok ni la hasil gambar yang aku sempat snap.




















No comments:

Post a Comment