Tahun ni entry tak serancak mana. Bila tengok balik last entry bulan february pastu entry tengah hari tadi. terus bulan april kan. So, apa terjadi pada living life di bulan mac? Bulan mac bagi living live agak menarik sebenarnya. Retetan kehidupan yang lengkap dalam pelbagai vesion. Ada vesion bunga, suka, dan TAK SUKA. Awal bulan di mulakan dengan vesion suka. Ini ada kaitan dengan entry february yang mengheret sehingga awal bulan mac dan sebenarnya sehingga sekarang tetapi vesion duka dan mengambil bahagian so vesion bunga tidak menjadi watak utama. Vision suka pula berlaku pertengahan bulan. Vission nya kisah Gunung Rajah. Suka sebab kerja dan ativiti yang aku buat memang perkara yang aku minat dan berkerjasama pulak dengan orang yang senang berkerjasama iaitu Zack, Bella, Pak lah, Amin. Kami sebagai guid yang bawa student poli Merlimau ke Gunung Rajah. Menarik nya trip ni, kes kami delay selama 1hari akibat paras air naik di sungai Lata Naning. Kes menjadi sedikit hangat sehingga cerita masuk dalam akhbar beb. Tapi tak la segempak mana. Semua selamat. Walaubagaimanapun aku puas hati sebab akhirnya aku dapat tampal plat-plat kemsite kat semua kemsite di gunung rajah. Dah lama niat aku nak tampal, tapi asyik tergendala. Akhirnya tercapai jugak. Tapi...tahukah anda, itu adalah trip gunung terakhir ku. HEHEHE. kenapa?? ini la cerita Mac Vesion TAK SUKA.
Ok seperti entry petang tadi, sekiranya terbaca maybe kamu akan paham. Selepas trip rajah, agak mengejutkan aku diserang penyakit yang tak tau penyebabnya. Systerm bengkak pada muka, kepala dan kaki. Akhirnya 29/3 aku pon pergi ke Hospital Melaka dan akhirnya di tahan wad selama seminggu lebih [29/3-5/4]. Selama aku di wad, Urine dan darah di ambil hari-hari untuk tejuan pemeriksaan. Dan hasilnya aku di sahkan mengidap Nephrotic Sydrum oleh pakar Nephrotic, DR Korina Rahmat. Agak memeranjatkan aku dengan berita ini. Bukan aku sahaja, tetapi pihak hospital juga agak terperanjat. Maklumlah berdasarkan kajian, latar belakang aku dan puncak penyakit ini, tidak mendorong individu seperti aku mengidap penyakit ni. Tapi benda dah jadi, so layankan je. So bermulala kehidupan baru aku. Tak boleh aktif macam dulu, makan ubat selalu dan paling utama banyak perkara yang terbatas. Aku agak menghargai keprihatinan rakan-rakan. Tapi ada juga part kprihatinan diorang yang merimaskan. Rasa macam nak rakam semua benda guna voice recorder, then bila diorang tanya "wan dah ok ke?" terus aku press butang 'PLAY'..haha
Ok nanti klu aku rajin, aku share pasal Nephrotic ni sebagai rujukan semua. So pas nie tak yah la tanyer "wan dah ok", "ko dah sembuh ke"...hehehe...tq
No comments:
Post a Comment