Sunday, April 24, 2011

Epilog : K11 - C3 - GHM

Intro :
 Pada 29 Mac 2011 hingga 05 April 2011, aku kena tahan wad. Lokasi lebih detail di Hospital Besar Melaka, Wad C-3, Katil -11. Sebab di tahan seperti entry yang lepas iaitu mengidap Nephrotic Syndrome. 

Epilog :
 Petang 26 Mac 2011, sekitar jam 2.00 petang, bangun dari tidur terasa kepala berat semacam. Rasa macam ada satu beban atas kepala. Bengkak atas kepala gagal kelihatan walaupun dilihat pada cermin sebabnya atas kepala ada rambut.hahaha. Tapi kesan lain turut kelihatan. Bengkak pada muka tapi tiada rasa sakit. Cuma kelihatan comel. Muka aku bulat beb. hahaha. "ok, muka sembab psal baru bangun tido kot. so, abaikan. hehe"
 Malam 26 Mac 2011, sekitar jam 8.00malam, aku menyibukkan diri menyaksikan perlawanan bola sepak Liga KPT Zon Selatan. Perlawanan yang melibatkan UTeM. Dan lokasi semestinya di stadium UTeM. Dalam keadaan muka yang masih bengkak. Ramai yang perasan perubahan fizikal pada muka aku, tapi bila di tanya dengan tenang jawapan aku "Biasa la tidur lebih dai orang normal, so bengkak la"..hehehe 

 ~Kehidupan masih mengikut rutin~

Epilog 2 :
 Pagi 27 Mac 2011, Sekitar jam 8.00 pagi, bergegas ke padang B UTeM, untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Kejohanan UTeM Cup antara BMFP Rovers vs 2DIT. Kemenangan berpihak kepada BMFP Rovers dan kemenangan ini melayakkan BMFP Rovers ke peringkat Final Kejohanan UTeM Cup 2011. Turut lyak ke Final pada perlawanan separuh akhir pagi itu adalah pasukan D Voom yang telah mengalahkan BEKM United.
 Malam 27 Mac 2011, Sekitar jam 8.00 malam, kembali menyibukkan diri untuk majlis penutup UTeM Cup 2011. Majlis penutup dimana terdapat perlawanan merebut tempat ke-3 dan final UTeM Cup. Majlis selesai sekitar jam 11.00 malam. Keputusan penuh dimana pemenang UTeM Cup 2011 di sandang oleh D Voom, manakala Naib Juara BMFP Rovers, Ketiga 2DIT dan keempat BEKM United. Akhirnya perasaan lega bertapak jua. Perancangan selama 5minggu selesai dengan jayanya. Selesai majlis, aku bersama BMFP Rovers bergegas pulang dan sempat singgah untuk makan malam di kedai Brother Bob. Malam tu aku terus balik ke rumah family kerana merancang untuk ke hospital Alor Gajah pada keesokan hari nya ekoran bengkak pada muka dan kepala masih tidak berkurang.

~Kehidupan masih mengikut rutin~

Epilog 3 :
  Pagi, 28 Mac 2011, selepas mak aku balik dari berniaga, terus mak bawak aku ke hospital Alor Gajah. Bengkak kat muka dan kepala masa tu makin meningkat. Helmet yang dipakai tidak mampu menutup kepala. Hahaha. Setibanya di hospital Alor Gajah, terus aku dan mak bergegas ke bahagian kecemasan. Doctor yang periksa dengan tenang cakap yang aku ni alergik. So tindakan yang di ambil, memberi suntikan. Suntikan pertama pada tangan kanan. Selepas separuh ubat pada picagari di masukkan, tetiba ubat itu tersekat dan tak boleh di masuk abes. Lepas tu, dia pon tarik la picagari tu, darah pon kelihatan masuk pada picagari dan semestinya bercampur dengan baki ubat yang masih dalam picagari tu kan? akhirnya picagari di cabut terus dan di ganti di tagan sebelah kiri pulak. Sudah nya tangan aku jadi bahan tikus putih. erm.....Ubat yang di beri pulak, adalah ubat gatal sedangkan sikit gatal pon aku tak rasa. Selesai semua, aku pon balik. Medical Certificate yang ada aku guna sebetulnya. So hari tu aku M.C.

~ Kehidupan masih mengikut rutin~

Epilog 4 :
Pagi 29 Mac 2011, bangun pagi terasa bengkak dah ketahap maksimum. Bukan kata muka, Mata sebelah dah tertutup sebalah lagi kabur. Kepala makin besar. Tangan yang jadi bahan tikus putih semalam bengkak dan terasa kebas. Terus aku ikut ayah g Hospita Besar Melaka. Sampai di sana, terus aku ke bahagian kecemasan. Jumpa ja Doctor, terus doctor amek Urine dan sample darah, Hasil dari urine dan sample darah yag diambil jelas menunjukkan ada masalah pada bahagian Ginjal atau lebih tepat Buah Pinggang. Dengan kadar segera, aku di tahan wad. Mulanya aku di tempatkan di wad pemerhatian di bahagian kecemasan ekoran wad penuh. sekitar jam 3petang, aku telah di hantar ke wad lama di blok c, tingkat 3 atau singkatannya Wad C3. Memandangkan aku pelajar UTeM, so aku layak di tempatkan ke kelas 2. Namun wad kelas 2 yang penuh pada masa tu, so aku pon terus duduk kat wad C3. Belasah je la. Ops lupa nak bagi tau no katil. K11 katik aku. Situ la katil aku selama lapan hari. Detik ini bermulalah kehidupan aku di K11 - C3 - GHM.

~Kehidupan mula berubah. Rutin mula bertukar~



~Bahagian lain akan di sambung di kemudian waktu~

No comments:

Post a Comment