Friday, April 29, 2011

Teman baru : Prednisolone

Photobucket

 Hukum karma, sakit mesti dikaitkan dengan ubat. sama la macam aku yang sekarang bergelar pesakit, semestinya ada ubat yang dibekalkan kepada aku. sekarang jadual harian aku ada pengisian baru iaitu "masa untuk makan ubat". Demi kebaikan diri sendiri, aku layankan je. hehehe. Sekarang ni, kemana aku pergi, aku banyak galas TNF Borealis merah aku. Senang boleh la aku isi ubat aku dalam tu. orang pon tak nampak aku bawak ubat. boleh la mengekalkan lagak lama agar tak nampak berbezaan walaupon hakikatnya perbezaan tu ada. hehe.


 Okey jom cerita pasal ubat aku. ubat yang dibekalkan bukannya sikit. boleh tahan la banyaknya. Ubat utama untuk sakit aku ni nama dia ubat Prednisolone. Semua pesakit Nephrotic memang kene makan Prednisolone. Ubat ni sekali makan 6biji terus. Selain tu ada la lagi ubat smpingan lain. Meh sini aku tunjukkan satu-satu.

Ubat Utama : Prednisolone.
Photobucket

Ubat Sampingan 1 : Potassium Chloride DR 600mg
Photobucket
ubat ni untuk bantu aku kencing atau buang air yang berlebihan agar badan aku tak bengkak.

Ubat Sampingan 2 : Frusemide 40mg
Photobucket

Ubat Sampingan 3 : Ranitidine Hydrochloride
Photobucket

Ubat Sampingan 4 : Paracetamol
- Tak payah gambar la, penadol KK je. Ubat ni untuk tahan sakit klu sendi aku sakit.Ubat dah abes, so tak leh la nam amek gambar. hehe

Cam mana? banyak tak ubat aku nak kena makan? untuk kebaikan dan cara untuk aku sembuh dan paling penting untuk aku kembali seperti dulu, aku layankan je. Apa ada hal, hidup perlukan perubahan walaupun kita tak nak, mungkin ada sebabnya. nasihat untuk diri sendiri dan orang lain, sekiranya sesuatu perkara berlaku pasti membuatkan kita melatah, tapi jangan biarkan kita terus-terusan melatah, cepat la tarik kemudi dan mengikut rentak untuk ke depan. Mungkin yang berlaku ni ganjarannya ada di depan. Untuk mengetahui apa yang di depan itu kenala kita ke sana. Life must go. Yeah...hehehe

No comments:

Post a Comment