Friday, November 25, 2011

WMB Services



 Apa itu WMB Services? ya itu la syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana pemiliknya adalah aku. Secara jujurnya, tak pernah dirancang penubuhannya dari awal. Tapi masa yang berlalu memberi peluang untuk aku berniaga. Dari peluang aku ambil untuk mencuba dan dari cubaan aku terhasilah pengalaman yang cuma sedikit. Pengalaman tu aku guna untuk tubuhkan sebuah syarikat kecil. Syarikat yang hanya berstatus pemilik tunggal dan tidak ada pekerja tetap. Tapi untuk permulaan mungkin sesuai. Bila dah wujudnya syarikat ini, makin bertambah la kesibukan aku. Tapi lumrah seorang peniaga.
Sibuk itu ibarat garam dan ajinamoto dalam memasak. Dan bila wujudnya syarikat ini, makin mendorong aku untuk terus mengejar sumber rezeki. Target aku dalam syarikat ini, aku nak jadikan WMB Services ini berstatus SDN. BHD. dan masa tu, aku nak nama kan WMB Group Sdn. Bhd. Dibawahnya pula terdapat empat cabang WMB sekarang dengan kedudukan yang lebih stabil iaitu berstatus Enterprise. Sebagai contoh WMB Photo Enterprise, WMB Outdoor Enterprise, WMB Printing Enterprise dan WMB Catering Enterprise. Tapi buat masa sekarang biar la dia bergerak seperti sedia ada. Target mula aku kejar bila boleh fokus 200% terhadap perniagaan. Semoga target aku tercapai .

Gambar Hiasan :


No comments:

Post a Comment