Wednesday, September 28, 2011

Apa bila blogger di tegur.

 Seperti biasa adat orang melayu, memulakan sesuatu dengan ucapan salam. Salam kepada semua.blog yang acap kali aku tatap atau bahasa sekarang sign in. Tapi entry terkini tetap bertarikh pada bulan mei. Bila dalam keadaan bersendirian, idea untuk menghasilkan entry datang mencurah-curah ke ladang gandum. Tapi sayang sekali papan kekunci bakan di hujung jari. Bila sampai di depan komputer dan blog ni pon selesai di sign in, idea yang mengguna sebentar tadi hilang macam tu ja. Gaya penghasilan entry macam nak menghasilkan karya agung tapi entry sebelum ni masih berstatus biasa. Apa punya blogger la kau ni wan. Herdikan dari hati kepada badan. Tapi dah hakikat, jadi terima adalah pilihan yang paling tepat.


 Bukan saja di herdik hati yang orang lain tak boleh dengar, malah kelajuan entry baru aku masuk pada thap kelajuan yang kurang dari 10KM/H di perli oleh rakan lama. Hampir setahun tidak berjumpa, orang berkerjaya la katakan, kesibukan bukan perkara pelik tetapi bersifat rutin. Mendengara dia ada di melaka, terdetik seketika, mungkin ada perkara mengherat dia ke sini, kematangan membuat soalan kenapa di sini di biarkan.

 Kelitihan berprogram, kalau diikutkan nak saja terus baring dan tidur, tapi mengenangkan kawan yang datang dari jauh, niat gantungkan dahulu. Bila berjumpa, macam biasa, salam, bertegur,bertanya khabar dan perkara sewaktu dengan rutin sahabat. Dalam kerancakan bersembang, terselit satu ajukan soalan yang bagai balingan dat tepat ke point 20. Apa lagi kalau bukan soalan pasal blog yang sunyi sangat-sangat ni. Agak terasa bila terkena, tapi benda betul so tadah je la. Kelapangan sekarang dicampur dengan soalan yang menjadi mangkin semangat menaip, makan tercetus la entry boring ini.

2 comments:

  1. wan..mcm kenal jer sape bagi balingan 20 point tu..hahaha..like3

    ReplyDelete
  2. tau xpe..sndiri pham la beb...haha

    ReplyDelete