Thursday, September 29, 2011

Teman Sebilik - Sofia

 Semenjak duduk rumah sewa, istilah teman sebilik tak wujud sama sekali. Tapi istilah tu datang balik disebabkan hobi baru aku. Hobi yang lama dah bertapak dalam hati aku tapi kekangan sebelum ni menghalang hobi tu dizahirkan. Oleh kerana minat tu belum terkubur malah berbuak-buak, maka terrealisasilah minat aku menjadi realiti. Nak tahu apakah minat aku tu yang mencipta hobi ke-3 aku? jawapan nya SOFIA.

 Siapakah SOFIA? Istimawakah dia sehingga menjadi teman sebilik aku? Perempuan ke? Boleh lak duduk sebilik dengan aku?  haaaaaaaaaa.........


 SOFIA adalah ular dalam kelompok sawa atau lebih dikenali sebagai BALL PYTHON. Minat untuk aku bela ular telah bertahun wujud. Semenjak aku lepak di rumah kawan aku yang juga pembela reptile. Seronok bermain dengan ular, mencetus minat baru dalam hidup aku. Akhirnya aku realisasikan minat aku dan sekarang aku telah memiliki ular Ball Python.

 Serba sedikit mengenai ular aku :

  •  Spesis haiwan = Ular Sawa 
  • Kumpulan haiwan = Reptilia
  • Nama saintifik = Ball Python
  • Jantina = Betina
  • Makanan = Mamalia
  • Makanan sekarang = Tikus
  • Kitaran makanan = 4hari sekali
  • Kitaran salin kulit = 1bulan sekali
  • Umur = 2 tahun
  • Panjang = 2 1/2 kaki
  • Diameter badan maksima = 50 Milimeter
  • Diameter badan minimum = 5 Milimeter
  • Diameter leher = 15 Milimeter
  • Warna batik = Coklat / Hitam
  • Corak batik = Bulat (Bubble)
  • Nama panggilan = Sofia


Lampiran gambar :








6 comments: