Semperna ulang tahun kemerdekaan negara kita, Malaysia kali ke - 53 ni, aku nk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KALI KE - 53 kepada semua rakyat Malaysia. Kepada barisan pemimpin negara, terima kasih kerana terus berusaha menjadikan Malaysia kita negara yang maju dan bukan negara ketinggalan. Kepada rakyat malaysia, terima kasih kerana masih terus mengekalkan keharmonian yang telah berkurun lama kita kecapi. [Ucapan untuk semua]
Ayuh kita renungkan sejauh mana kemerdekaan yang kita kecapi. Angka 53 membuktikan umur Malaysia setelah lahirnya dari perut kemerdekaan. Usia 53 jika kita samakan dengan usia manusia, di manakah tahap kita??. Adakah di tahap budak? atau matang? ataupun tua?. Semestinya jika kita banding dengan umur manusia, kita lihat Malaysia ini di tahap sudah berumur. Jika manusia yang dah berumur, pasti banyak yang telah mereka lalui. Sudah lali dengan asam garam kehidupan. Begitu jugakah Malaysia??. Satu lagi soalan ingin aku ketengahkan. Kita tunggu tarikh ini muncul, kita fahamkah erti di sebalik tarikh ini?? Mari kita jawab soalan ini dalam bahasa kita sendiri.
1Malaysia Menjana Transformasi. Slogan merdeka kali ini. Pemimpin kita mengharapkan satu transformasi berlaku dikalangan rakyat. Transformasi ini dijangka boleh membantu untuk wujudnya transformasi negara kita. Jelas, Rakyat merupakan mangkin kepada perubahan sesuatu negara. Rakyat malaysia, majmuk, harmoni. Bagus itu yang kita nampak. Namun yang kita nampak tapi kita tutup mata untuk melihat perlu juga kita renungkan. Kes buang bayi, bapak sembelih anak, Anak bunuh bapak, Haruan makan anak, Dadah, Rempit, Rogol, RASUAH. Bagi aku ini yang menghalang Malaysia untuk kecapi kejayan yang wajar sebaris dengan usianya.
Jadi, merdeka kali ini, ayuh kita wujudkan satu transformasi ke arah hidup yang positif. Elakkan perkara-paerkara negatif. Tak nak buang bayi, jangan cuba buat bayi. Bapak sembelih la benda lain. Bunuh, bukan kerja kita cabut nyawa manusia. Haruan tak payah makan anak sendiri, makan la isteri sendiri. Rempit, jimat-jimat la duit minyak tu. Rasuah, halal kah duit tu?? duit tu guna untuk hidup, halal kah 'hidup' tu nanti??. Ayuh fikirlah. Jika kita mahu negara kita ada transformasi, transformasikan dulu diri kita.
No comments:
Post a Comment