Salam bloger..
Seperti yang kita semua tahu. Sekarang ummat Islam sedang mengerjakan ibadat puasa. Semestinya di bulan Ramadhan. Bila sebut puasa, kita senonim dengan istilah berbuka dan bersahur. Semestinya dua perkara wajib bagi ibadat puasa. Kenikmatan berbuka dan bersahur bersama rakan-rakan kerab kita rasai. Terutaman bagi golongan sebaya dengan aku atau lebih tepat golongan berstatus pelajar. Namun yang biasa itu tidak seindah yang jarang-jarang. Berbuka puasa bersama keluarga lebih menarik. Kalau bercerita pada rakan-rakan, semestinya cerita itu mampu mengumpul rating yang agak tinggi.
Semestar ini, kolej kediaman yang aku tinggal adalah di Taman Murai Jaya. Kondusinya bagi aku lebih sempurna dari kolej kediaman sebelum ni. Cuma jauh dari penempatan pelajar UTeM yang lain. Jarak dari kolej kediaman ke rumah family aku boleh dikatakan dekat. Paling lama pun hanya memakan masa 10 minit untuk sampai ke rumah. (dekat kan?? ). Jadi, dalam masa seminggu kerap jugala aku balik ke rumah. Tapi bukan ini point utama entry aku. Point utama adalah cerita masa aku berbuka dan bersahur pada weekend yang lepas. Memang meriah. Enjoy gila masa berbuka dan bersahur di rumah.
Petang sabtu, lepas keluar dengan kawan aku dari sabah di bandar hilir, aku terus menuju ke bazar bukit beruang. Memandangkan jam dah pun pukul 6.30 petang, niat aku nk berbuka di rumah aku batalkan. Selepas selesai beli juadah berbuka, telefon bimbit aku berbunyi. Panggilan masuk itu datang dari mak aku. Mak aku tanya nak buka kat mana. (saja buat-buat tanya..hehe) Aku pon bagitau la buka kat asrama. Dengar aku nak buka kat asrama terus mak aku bagi tau yang rumah aku ramai adik beradik balik. Semua balik kecuali kakak aku yang kat kedah. So memang meriah la. So lepas berbuka, aku terus balik ke rumah. Sempat la aku berbuka, bersahur dan berbuka beramai-ramai. Saat mcam ni memang jarang nak berlaku. Maklumla masing-masing adik beradik aku kerja luar melaka.
Dalam kemeriahan sebegini. Menyesal sekejap. Punyala nak balik cepat, aku boleh lupa nak bawak balik 'awek' aku. So semestinya tak dapat la nak merakam gmbar kenangan. Jadi, macam mana pun kena la tunggu gathering lagi sekali. Bila tu?? entah la..raya kot..hehehe..Apapun, weekend tu memang best. kepada kakak aku yang tak dapat balik tu. Dengar jela cerita ni..hehehe..tak pa, raya ni ada lagi..hehe
No comments:
Post a Comment