Dulu kelab KeReX ni aku selalu letakkan perkara yang utama. Masa-masa aku banyak aku habiskan bersama bebudak kelab. Tapi masa tu aku masih lagi student diploma. Lepas aku sambung dgree, dalam masa setahun jugak aku tidak melibatkan diri dalam management kelab. Kiranya aku bercuti selama setahun. So sekarang entah kanapa, aku menglibatkan diri semula secara sukarela. Misi aku kali ini, aku nak bawa KeReX kembali gah di UTeM seperti zaman kegemilangan dia dulu. So far, syukur. Segala yang aku rancang menjadi. Dalam tiga minggu semestar baru dh buka, KeReX sentiasa ada aktiviti di hujung minggu.
Bermuladengan aktiviti minggu pertama, iaitu progra, KeReX Junior iaitu program mendaki Gunung Panti dan Gunung Arong. Minggu seterusnya pula, program sehari bersama KeReX dan pada minggu lepas Kerex telah menganjurkan XPDC Gunung Besar Hantu. Pada minggu hadapan, dalam pesta konvo KeReX tidak melepaskan peluang menganjurkan program Eco Challenge. Kalau dahulu KeReX gah, lepas tu senyap seketika. Kini kami mengorak langkah baru. Senyap kami bukan mati, senyap kami untuk tidur seketika setelah penat berkerja.
Pada minggu lepas juga, Team Painball kami telah menyertai kejohanan liga painball UNITEN dan keputusannya, team kami telah menjadi juara. Sekali lagi impak kami wujudkan dengan mengegar UNITEN dalam kejohanan yang terbuka kepada IPT sekitar Lembah Kelang itu. Kami yang merupakan pasukan tunggal dari Durian Tunggal Melaka berjaya melakar satu kejayan yang bagaikan permulaan bagi merealisasikan misi.
Akan datang program yang dirancangkan tidak kurang hebatnya. kepada golongan baru, kami mengharapkan kehadiran anda. So jangan malu untuk bersama kami. KeReX open to all!!!......
No comments:
Post a Comment