Cik Fara Bha
Pada sabtu minggu lepas, tarikh nya 14 Ogos 2010. Aku telah menjadi pemandu pelancong dengan membawa pelancong dari sabah yang baru pertama kali tiba di melaka. Pelancong aku merupakan pelajar tahun 1 UTeM. Dia dikenali dengan Fara. Pelajar tahun satu Ijazah Kejuruteraan Mekanikal (Struktur Mekanikal) atau singkatannya BMCS. Pada hari sabtu tu, umurnya baru mencecah 20tahun. Aku kenal dia semasa dia menjadi peserta XPDC Gunung Besar Hantu anjuran kelab aku. Bila aku dengar dia pertama kali sampai di Melaka, aku pun tanyala yang dia pernah tak pergi jalan-jalan sekitar Bandar Hilir, lokasi simbolik negeri melaka. Dia pon jawab "ndak pernah". Oleh kerana niat aku nak ambil gambar orang di sekitar Bandar Hilir asyik tak menjadi, aku pon ajak la dia pergi ke sana. So kami pon merancang perjalanan kami bermula semasa XPDC gunung itu lagi.
Masa yang dirancang pon tiba, secara kebetulan, kami pergi berjalan adalah pada hari lahirnya. Kira ini adalah hadiah hari jadi aku pada Fara yang tak seberapa. Plan asal kami nak jumpa jam 10pagi. Oleh kerana kelewatan aku sendiri, kami jumpa di Bunga Raya jam 11 pagi. Dari Bunga Raya, kami naik bas panorama untuk ke Melaka Sentral. Dari Melaka Sentral pula kami ambil bas panorama juga terus ke Bandar Hilir. Bermula dari Stadhyus - Pelabuhan Melaka - Kincir Angin Sultan Melaka - Muzium Samudera - Kereta Api Lama - Muzium Rakyat - Muzium Setem - Muzium Budaya - Memorendem Pengisytiharan Kemerdekaan - A'Famosa - Stadhyus - Dataran Pahlawan. Ini lah perjalanan kami masa di Bandar Hilir. Setiap tempat itu merupakan tempat-tempat sejarah. Oleh kerana aku orang melaka, maka terpaksalah aku menerangkan serba sedikit sejarah melaka yang aku tahu.
Dari Dataran Pahlawan, kami terus balik ke Melaka Sentral. Dari Melaka Sentral kami ambil Bas Town terus balik ke Bunga Raya. Kami tiba di Bunga Raya jam 6 petang. Hampir satu hari juga perjalanan kami menghayati sejarah Melaka. Sepanjang perjalanan kami, Fara terpaksa menjadi model tanpa kerelaan. Banyak juga lah gambar yang aku snap, walaupun model aku kali ni tak suka di ambil gambar. Ok seperti biasa jom sama-sama kita layan gambar yang aku snap.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
awek baru ke..hahaha..
ReplyDeleteawek baru???bile mase aku ade awek???
ReplyDelete