Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Ke -53 : Tahniah Malaysia

 Semperna ulang tahun kemerdekaan negara kita, Malaysia kali ke - 53 ni, aku nk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KALI KE - 53 kepada semua rakyat Malaysia. Kepada barisan pemimpin negara, terima kasih kerana terus berusaha menjadikan Malaysia kita negara yang maju dan bukan negara ketinggalan. Kepada rakyat malaysia, terima kasih kerana masih terus mengekalkan keharmonian yang telah berkurun lama kita kecapi. [Ucapan untuk semua]

Sunday, August 29, 2010

Bila Hati Minat Tapi........................

 Ehem-ehem...dah lama layar ni tak cerita kisah empunya blog. Asyik-asyik cerita pasal kekawan je. Seperti biasa, segan menghalang untuk post. Tapi bila fikirkan Living Life milik aku, so apa aku peduli. Minat, suka, jatuh hati seerti la semua tu. Ni cerita pasal aku, so apa kaitan ngan aku??...Kaitan dia, aku suka kat seseorang la..Bila tu?? hehe..bukan baru sekarang, bukan gak dah lama, kira tak berapa lama la dan tak berapa baru. Kira dah satu sem gak la. Siapa dia biar la aku yang tahu. Bila kita minat seseorang, benda yang tak lari kita buat semestinya, curi-curi tengok, kalau dia ada depan kita la. Kalau dia tak da lak, gambar pon jadi. Belek la gambar tu hari-hari..Tak jemu ke??nak jemu apa, dah memang suka. Perkara lain, cuba merapatkan diri kita ngan dia. Itu la yang aku buat. tapi bab merapatkan diri tu, sekarang ada sedikit masalah. Masalah tu datang dari aku sendiri kot. Mula-mula ok tapi sekarang..ntah la..

Majlis Berbuka Puasa KeReX

Bergambar Selepas Majlis Selesai

 Seperti tahun-tahun sebelum ni, kali ini KeReX tak terlepas untuk menganjurkan majlis berbuka puasa. Kali ni majlis di adakan di restoran Seoul Garden, Mahkota Parade, Melaka. Sekitar jam 6.30 petang kelibat bebudak KeReX dah kelihatan di kawasan restoran. Kehadiran En Tinta bersama ahli keluarga memeriahkan lagi suasana. Menariknya di restoran ini, cara makan nya adalah masak sendiri di meja masing-masing atau seperti slogan restoran itu "The Table Barbeque People". Macam-macam jenis makanan yang disediakan dari western, seafood, panas, sejuk dan pelbagai lagi. Sekitar jam 10 malam, kami pon melangkah keluar dari restoran. Sempat snap sekeping gambar beramai-ramai di depan restoran.

KeReX Frisbee

Line Up

 Seperti yang pernah aku bagi tahu sebelum-sebelum ni. di bawah kelab KeReX terdapat 5 elemen sport dan antaranya adalah Frisbee. Apa itu frisbee?? Frisbee adalah sebuah sukan yang di main menggunakan disc. Adalah format-format permainan dia. Aku nak cerita kat sini tak pandai. Sebab aku pon pernah main tapi sekadar main. Elemen sukan ni pon bukan di bawak bidang kuasa aku. So di bulan puasa, pada malamnya, KeReX ada mengadakan sukan ni pada hari Isnin, Rabu dan Khamis. Kebetulan, aku bosan di rumah, aku pon keluar jalan-jalan ngan kemera sorang-sorang. Perjalanan yang tak ada hala tuju. Tiba di dataran ayer keroh, aku nampak ramai orang, terus aku igat yang kelab aku ada main frisbee malam tu, so aku pon singgah. Sampai je terus aku ambil gambar.

Berbuka Puasa Bersama Kekawan Hikking

Line Up

 Pada 23 Ogos 2010, aku join berbuka puasa dengan kawan-kawan outdoor aku. Plan ni aku tau masa aku buat meeting ngan diorang untuk sub satu project gunung kat diorang pada ahad sehari sebelum tu. So aku pon set je untuk join diorang. Besoknya, seperti yang dirancang, diorang pon pergi ke bazar untuk beli juadah berbuka. Masa beli di bazar, aku tak join. Aku dari hostel aku terus pergi ke bazar peringgit untuk beli makanan. Lepas tu, aku jumpe diorang di masjid al-azim. Lepas selesai solat Maghrib, kami terusla ke lokasi untuk berbuka puasa. Lokasi pilihan adalah, air pancuk berirama di kampung jawa. Sampai di situ, air pancut belum beraksi, agak kecewa sekejap. Lepas terpandang papan tanda yang memberi tahu, air pancut tu on lepas jam 9 malam, kami pon puas hati n terus jalan ke sebelah sungai melaka. Sambil menikmati juadah berbuka dengan bersila dan bersipul sopan, kami di temani oleh bot river cruis yang lalu lalang membawa pelancong.

Monday, August 23, 2010

Konvokasyen Ke-38 UKM

En. Roslan, Syera, Cikgu Radziah

 Entry kali ni kisah kawan baik aku zaman sekolah dulu. Dia ni lepas matrik sambung buat dgree kat UKM Bangi. Ops lupa, nama dia Syahirah Bt Roslan. Kita orang dulu sekolah kat Sek Men Keb Durian Tunggal. Mak dia cikgu di sekolah tu, cikgu Radziah. Dah agak lama aku tak jumpa mak dia, tapi rezeki, konvo hari tu aku jumpa. Ok, berbalik kepada cerita dia ambil dgree kat UKM. Dia ambil kos math kalau tak silap la. So pada 10 Ogos 2010 hari tu, dia pon konvo. Maksudnya dia dah ada dgree. Tahniah Beb!!. Memandangkan kami ni kawan agak rapat masa kat sekolah dulu, so aku pon merajinkan diri aku untuk datang time konvokasyen dia di bangi. Lepas je kelas aku kat UTeM, aku terus menunggang kuda aku pergi ke UKM, lebih kurang kul 4petang aku sampai UKM. Mati kutu sekejap, maklumla UKM bukannya UTeM, pusing punya pusing cari dewan last-last aku tanya student kat situ dan dia pun tunjuk la dewan.

Sunday, August 22, 2010

Lepak Sama Dany

Danny Joinim

 Cuti sem lepas, bosan punya pasal, aku pun lepak la dengan dany. Dany ni kawan kelas aku dari zaman diploma sampai la sekarang. Dia ni orang sabah, orang keningau. Oleh kerana cuti sem lepas dia mewakili pasukan bola sepak melaka dalam kejohanan SUKMA, so dia pun tak balik la ke sabah. Memandangkan kami sama-sama bosan dan tak tau nak buat apa, kami pun set la untuk lepak-lepak.
 Dari rumah, aku terus ke rumah sewa kawan dany untuk jumpa dan pick up dia. Kami pun pergi lepak di kedai mamak padang kota, mydin mitc. Lepas lepak kt situ dengan agak lama, aku pun ajak dia g ayer keroh untuk ambil gambar. Saja bosan-bosan. Sambil-sambil tu boleh la praktis. Sepanjang kami lepak-lepak, ni adalah 2-3 buah tangan dari aku.

Saturday, August 21, 2010

Bersiar-siar Bersama Cik Fara Bha

Cik Fara Bha

 Pada sabtu minggu lepas, tarikh nya 14 Ogos 2010. Aku telah menjadi pemandu pelancong dengan membawa pelancong dari sabah yang baru pertama kali tiba di melaka. Pelancong aku merupakan pelajar tahun 1 UTeM. Dia dikenali dengan Fara. Pelajar tahun satu Ijazah Kejuruteraan Mekanikal (Struktur Mekanikal) atau singkatannya BMCS. Pada hari sabtu tu, umurnya baru mencecah 20tahun. Aku kenal dia semasa dia menjadi peserta XPDC Gunung Besar Hantu anjuran kelab aku. Bila aku dengar dia pertama kali sampai di Melaka, aku pun tanyala yang dia pernah tak pergi jalan-jalan sekitar Bandar Hilir, lokasi simbolik negeri melaka. Dia pon jawab "ndak pernah". Oleh kerana niat aku nak ambil gambar orang di sekitar Bandar Hilir asyik tak menjadi, aku pon ajak la dia pergi ke sana. So kami pon merancang perjalanan kami bermula semasa XPDC gunung itu lagi.

Thursday, August 19, 2010

Wedding Mamat - Sepupu aku


 Wedding kali ini, pengantin lelakinya adalah sepupu aku. Mak dia adalah mak lang aku, adik kepada mak aku. Ok itu penerangan mengenai hubungan aku dengan si pengantin. Majlis dilansungkan dirumahnya di Ayer Hitam, Kluang Johor. Gambar ni aku dah ambil agak lama. Masa tu aku tengah cuti sem. So cuti sem memang tak ada masa nak upload. So dalam misi membuang abuk-abuk di layar blog aku ni, aku upload la gambar wedding ni sebagai tontonan semua pembaca blog aku. Kalau di lihat pada gambar-gambar yang aku snap, korang semua akan lihat gelagat pengantin lelaki yang bersahaja. Tak da segan silu atau lagak normal bagi orang yang bergelar raja sehari.

Wednesday, August 18, 2010

Wedding Joe & Wawa

 Memeterai Janji Mengerat Kasih

 Wedding ni dah hampir sebulan berlalu. Kesibukan dan masalah internet menyebabkan aku susah nak post entry ni. Walaupun niat nak post tu ada, tapi penghalang pun turut sama. So jawabnya 'nantilah'. Hehe. Pengantin kali ni adalah kawan aku masa di UTeM. Pengantin laki dan perempuan ni memang dah lama aku kenal. Kami ni kawan yang minat sama iaitu outdoor. Joe nie dulu budak BMFU dan wawa nie bdak FTMK. Joe konvo-4 dan wawa pula konvo ke-5. Kiranya wawa nie konvo sama ngan aku. Oleh kerana dua-dua penganti aku dah kenal, so semestinya aku kena la datang. Aku di jemput sebulan awal. Masa mereka bertunang aku tak dapat pergi, so wedding nie aku set dalam jadual aku status 'wajib'.

Tuesday, August 17, 2010

Merasai Kenikmatan Ramadhan

 Salam bloger..
 Seperti yang kita semua tahu. Sekarang ummat Islam sedang mengerjakan ibadat puasa. Semestinya di bulan Ramadhan. Bila sebut puasa, kita senonim dengan istilah berbuka dan bersahur. Semestinya dua perkara wajib bagi ibadat puasa. Kenikmatan berbuka dan bersahur bersama rakan-rakan kerab kita rasai. Terutaman bagi golongan sebaya dengan aku atau lebih tepat golongan berstatus pelajar. Namun yang biasa itu tidak seindah yang jarang-jarang. Berbuka puasa bersama keluarga lebih menarik. Kalau bercerita pada rakan-rakan, semestinya cerita itu mampu mengumpul rating yang agak tinggi.

Thursday, August 5, 2010

KeReX..Kembali setelah setahun bercuti

 Dulu kelab KeReX ni aku selalu letakkan perkara yang utama. Masa-masa aku banyak aku habiskan bersama bebudak kelab. Tapi masa tu aku masih lagi student diploma. Lepas aku sambung dgree, dalam masa setahun jugak aku tidak melibatkan diri dalam management kelab. Kiranya aku bercuti selama setahun. So sekarang entah kanapa, aku menglibatkan diri semula secara sukarela. Misi aku kali ini, aku nak bawa KeReX kembali gah di UTeM seperti zaman kegemilangan dia dulu. So far, syukur. Segala yang aku rancang menjadi. Dalam tiga minggu semestar baru dh buka, KeReX sentiasa ada aktiviti di hujung minggu.

Kembali Bertinta

Salam kepada semua pembaca..

 Dah agak lama aku tak memblogerkan diri. Cuti sem yang lepas memang aku bz berkerja. Untuk makluman semua, cuti sem hari tu aku berkerja sebagai cashier di mydin mitc melaka. Selama kerja, hari-hari aku banya diabiskan di mydin. Pulang ke rumah hanya untuk tidur. So memang tak ada masa untuk post sebarang entry. Sekarang aku dah pon masuk semestar baru. Sudah hampir sebulan aku masuk semestar baru. Memandangkan kat rumah aku sekarang tak da internet, so niat nak post entry memamg terbantut. Sehingga sekarang internet masih gagal beroperasi dirumah aku. Kali ni online kt pusat siber. Agak kekok pada mulanya, sampai terpaksa tanya kat budak baru cam mana cara nak guna..hehe..maklumla tak pernah guna pc kt dewan siber..hehe..

 So sekarang ni aku kena menjalankan misi menghidupkan layar blog aku yang dah berabuk ni.