Wednesday, April 14, 2010

Apabila 'OTAK' tidak berfungsi

 Bila otak tak lagi boleh berkerja seperti biasa, apa akan terjadi. Jawab nya sistem badan juga tidak boleh berkerja seperti biasa. PC aku dah hampir seminggu tak berjaga sebab 'otak' nya yang dah tak berfungsi. Bila PC tak boleh berjaga, banyak rutin harian aku yang terganggu. Mungkin ini satu sebab mengapa papan layar pada blog ini tidak mewujudkan entry terbaru.

 'Otak' PC aku (Hard Disk) rosak bukan sekadar menganggu rutin harian aku, malah menyebabkan semua data-data yang aku jaga, yang aku simpan, yang aku cari hilang macam tu ja. Movie aku sebanyak 180GB pergi tanpa memandang muka aku yang beriak hampa. Koleksi gambar aku lenyap tanpa sebaran pesanan. Semuanya pergi macam tu ja. [sedetik lagu Aizat-Pergi muncul]..
 Semalam, setelah beberapa hari berjuang menghidupkan 'Otak' itu, akhirnya aku berserah, tindakan seterusnya, mengeluarkan duit untuk membeli 'otak' baru. Argg..satu lagi benda berharga hilang. Duit aku!!!!..Selepas membeli 'otak' baru, terus aku pasang pada badan PC aku. 'Otak' baru, kapaciti pun baru. semestinya kapaciti lagi rendah dari dahulu. Bersesuaian lah dengan ketebalan bag duit aku yang tak pernah setebal yang aku harapkan.

 Selepas agak berminit menunggu, PC aku beriak gembira, sama seperti aku [tergiang-giang ayat kawan-kawan aku "muka ada sanyum"..]. Gembira kerana kebangkitan semula PC aku yang dah lama asyik membatukan dirinya. Yeah..rutin harian aku mungkin boleh kembali seperti biasa.

3 comments:

  1. ciannye...pinjam la lappy owng..hehehe

    ReplyDelete
  2. alalalaaaa...ciannye dy.
    pic, movie ilang sume?!
    owman...x hamik lg..huhu..
    kau pergiiiii~

    ReplyDelete
  3. hehe...
    itula pasal nye....
    ape kn daye..
    sudah takdir nya begitu..
    hohohoho..

    ReplyDelete