Jumaat petang, tengah aku syok layan lagu, tetiba roza buzz aku kat ym. dia tanya plan aku weekend ni. Aku memang tak da plan apa-apa la. So dia pon ajak la aku g broga. So aku set. Aku pun ajak la 2-3 orang kawan aku. Kira g 1kete, kete Roza. Broga ni kat semenyih. Dah lama aku teringin nak g, tapi asyik tak jadi je. So kali nie syukur menjadi. Dalam kul 2.50 Roza ngan Faiq datang Bunga Raya, hostel aku untuk pick up aku ngan Tiqa. Dari bunga raya terus kita orang g pangsapuri untuk pick up Eja. Tapi Eja tak dapat g lak. Dia kurang sihat. So akhirnya kita orang berempat ja yang g. Perjalanan kami mula-mula tak da masalah. Setelah melepasi pintu hadapan UKM, kami mula sesat-sesat. Jalan yang kami lalu, banyak Johny. Kat kaki Broga pon ada Johny. Akhirnya lepas sesat-sesat, kami pon sampai kat kaki Broga. Sampai-sampai ja, aku nampak kelibat senior-senior Kembara UTHM. Seboleh-boleh nya aku cuba mengalak dari jumpa diorang. Kat puncak Broga baru aku tegur diorang. Hehe.
Serius, Broga memang lawa. Patut la ramai yang suka g sana. Kat sana ramai yang datang bersama DSLR. Hebat-habat gajet diorang. View yang cantik rugi klu tak snap. Padang rumput yang memang lawa, batu-batu di celah rumput-rumput, perk memang aku puas hati. Selesai lepak kat atas, kami turun ke kaki. Selesai bersalam-salam ngan bebudak Kembara UTHM, kami gerak ke Masjid untuk membersihkan diri. Dari masjid kami mencari kedai makan. Selesai makan, kami pon terus balik ke Melaka. Dalam kete Roza ngan aku je berjaga. Roza drive, aku peneman yang setia. Sampai di Melaka, terus kita orang g pangsapuri turun kan roza, Faiq bawak keta. Faiq terus g hantar aku dan Tiqa kat Hostel. keletihan tak tido wat aku terus lentok bila tengok tilam. Tapi sempat aku transfer gambar kat PC dan layan jap.Broga ni, serius aku cakap. Aku akan g lagi.
Gambar :
Baru sampai kat kaki Broga
View-view Puncak
Qem n Roza : Kat kaki Broga
Kat Masjid
Singgah Makan
broga ni kat mane wan?
ReplyDeletekat semenyih, selangor..
ReplyDeleterendah je..
nak g kew?
wuu..ley lelah aku nnty
ReplyDeletetunggu aku otter stamina dulu la,aha! ;D
cam best je kan...
ReplyDeleteaku mampu lihat dr jauh jer. haha
best r...
ReplyDeletet ade pluang g la...